Now Reading
“Ramai Suka Bawa Tidur” – Pakar Dedah Earphone Lebih Bahaya Berbanding Headphone

“Ramai Suka Bawa Tidur” – Pakar Dedah Earphone Lebih Bahaya Berbanding Headphone

Menurut Pakar Perunding Otorinolaringologi UiTM Private Specialist Centre (UPSC) Datuk Dr Ahmad Kusyairi Khalid, ramai di kalangan masyarakat suka menggunakan earphone untuk urusan atas talian.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum mengetahui kehilangan sensitiviti deria pendengaran adalah sesuatu yang amat menggerunkan. Kebiasaannya ia terjadi di kalangan warga emas. Namun ada juga anak kecil yang mengalami keadaan ini.

Menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, sebanyak 987 daripada 253,822 bayi yang disaring menerusi Program Saringan Pendengaran Bayi Universal (UNHS) pada 2023 didiagnosis mengalami masalah pendengaran.

Masalah ini sedikit sebanyak akan memberi cabaran kepada individu untuk melakukan rutin hariannya seperti biasa.

Pakar Dedah Faktor Berlakunya Masalah Pendengaran

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@santai.bersama.pakar) apabila Pakar Perunding Otorinolaringologi UiTM Private Specialist Centre (UPSC), Datuk Dr Ahmad Kusyairi Khalid berkongsi tentang teknologi canggih yang digunakan orang ramai.

Dalam podcast penuh di laman YouTube, Dr Ahmad Kusyairi berbincang tentang masalah pendengaran yang dilalui oleh golongan masyarakat lebih-lebih golongan dewasa. Jelas beliau, kebanyakan kes itu berpunca daripada faktor penuaan.

Sumber: Freepik

Namun terdapat juga punca lain yang kadangkala tidak disedari oleh orang ramai iaitu kekerapan penggunaan fon telinga (earphone).

“Zaman sekarang semua pakai earphone, semua atas talian (online). Sebenarnya penggunaan earphone yang lama dan konsisten boleh menyebabkan saraf (pendengaran) rosak,” kata beliau.

Guna Headphone Adalah Lebih Baik Berbanding Earphone?

Tambah beliau lagi, penggunaan fon telinga adalah lebih memudaratkan berbanding fon kepala (headphone). Hal ini kerana, fon telinga ini lebih memasuki rongga telinga dengan mendalam.

“Kalau boleh mungkin kalau perlu pakai, pilihlah headphone dengan frekuensi atau kenyaringan suara yang rendah. Kalau boleh tak pakai headphone adalah lebih baik.

“Semua rangsangan terhadap telinga ini boleh menyebabkan saraf rosak,” kata Dr Ahmad Kusyairi.

@santai.bersama.pakar Earphone lagi bahaya dari Headphone? #doktor #sihat #healthyaging #drkhairulayob #datukdrahmadkusyairi #drahmadzhafran ♬ original sound – Santai Bersama Pakar

Tonton video [DI SINI].

Ramai Suka Pakai Earbuds Ketika Tidur

Menurut pakar itu lagi, tabiat orang ramai yang suka memakai earbuds ketika sedang tidur juga dilihat semakin membimbangkan.

“Pakai earbuds untuk dengar muzik. Kita dah tidur saraf tu masih lagi dihentam bunyi yang banyak ni pun boleh menyebabkan masalah kurang dengar yang lebih pantas,” jelas beliau.

Alternatif terbaik bagi mengatasi masalah ini adalah dengan menggunakan pembesar suara (speaker) jika ingin mendengar muzik ketika mahu tidur.

Di bawah kami sertakan sekali video penuh podcast tersebut:

Baca Artikel Berkaitan: 5 Tips Elak Pekak Pada Usia Muda, Jangan Selalu Pakai Headphone Salah Satunya!

Ramai Pengguna Tegar Earphone Risau Dengar Penjelasan Pakar

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai sudah mula untuk menggunakan fon telinga dengan kerap selepas ini.

“Aku yang tengah pakai (earphone) ni terus cabut ya,” ujar seorang pengguna TikTok.

Malah, ada juga individu yang berkata penggunaan earphone adalah lebih mudah berbanding dengan pembesar suara jika berada di luar rumah.

“Habis tu kalau joging pakai headphones kepala jadi kemik, guna earphones telinga berdengung. Tak kan nak bawa speaker? ” tanya seorang wanita.

Sumber: TikTok (@santai.bersama.pakar)

Tips Elak Pekak Pada Usia Muda

Sebelum ini, doktor kesihatan, Doktor Samhan turut berkongsi beberapa tips yang boleh dipraktikkan orang ramai bagi mengelakkan diri daripada pekak pada usia muda.

Antaranya:

  • Elak menggunakan earbuds jika tiada keperluan.
  • Tetapkan masa penggunaan earphone.
  • Beri masa untuk perbaiki fungsi telinga yang rosak.
  • Menetapkan had bunyi yang selamat iaitu pada paras 60% atau kurang daripada itu.
  • Kurangkan penggunaan earphone dalam urusan harian.
Sumber: Pexels

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd