Now Reading
“Patut Jadi Contoh!” – Aksi Rider Foodpanda Tanam Kucing Dilanggar Kereta Raih Pujian

“Patut Jadi Contoh!” – Aksi Rider Foodpanda Tanam Kucing Dilanggar Kereta Raih Pujian

Menerusi video tular, kelihatan rider penghantar makanan dikenali sebagai Syah itu menggunakan sudip tangan yang disimpan di dalam begnya untuk menggali kubur kucing.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kadangkala apabila sedang memandu kenderaan, anda boleh lihat terdapat bangkai-bangkai haiwan terdampar di atas jalan raya. Antara haiwan yang sering dilihat adalah monyet di atas lebuh raya manakala kucing sekitar jalan raya lebih kecil.

Hal ini terjadi apabila pengguna jalan raya tidak perasan tentang keberadaan haiwan-haiwan berkenaan sehingga tidak sengaja melanggarnya sampai mati.

Ada sesetengah individu yang bertindak keluar daripada kenderaaan dan mengebumikan haiwan itu. Namun ada juga yang meneruskan perjalanan kerana terlalu panik sehingga tidak tahu untuk melakukan apa.

Rider Foodpanda Tolong Tanamkan Kucing Mati Kena Langgar

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@m_sy4h) menyaksikan satu situasi cemas yang berlaku di atas jalan berhampiran dengan pusat membeli-belah Mid Valley, Kuala Lumpur.

Menerusi video perkongsian, kelihatan seorang rider penghantar makanan Foodpanda dikenali sebagai Syah sedang turun daripada motosikalnya lalu bergegas lari ke arah seekor kucing yang mati di tengah jalan.

Menurut Syah, seorang pemandu kereta di kawasan itu secara tidak sengaja terlanggar si bulus tersebut namun tidak sempat untuk menguruskan bangkai berkenaan.

Cakna dengan situasi itu, Syah bertindak mengambil bangkai kucing meskipun dalam keadaan trafik sesak di sekitar ibu kota. Dia kemudian pergi ke kawasan tanah terbuka untuk menanam kucing itu.

Gali Tanah Guna Sudip Tangan Yang Disimpan Dalam Beg

Kebetulan pula Syah pada ketika itu menyimpan sudip tangan di dalam beg penghantaran makanan. Oleh itu, dia menggunakan perkakas berkenaan untuk menggali lubang kubur kucing terbabit.

Menurut Syah, dia memang menyimpan sudip tangan tersebut untuk digunakan semasa situasi seperti ini berlaku.

Selepas itu, Syah dilihat memakai sarung tangan sebelum menanam kucing itu dengan rapi dalam kubur kecil yang disediakan olehnya.

Syah Tidak Salahkan Pemandu Kereta Yang Tak Sengaja Langgar Kucing

Syah dalam masa sama meminta pemandu kereta yang melanggar kucing tersebut untuk tidak berasa susah hati mengenangkan nasib haiwan itu.

“Kepada kereta di depan saya tadi di Mid Valley, awak jangan susah hati ya. Saya sudah uruskan beliau (kucing). Awak tak salah dia pun tak salah. Takdir dah tertulis untuk dia pergi sebelum Ramadan,” kata Syah di ruangan kapsyen.

@m_sy4h

Kepada kereta di depan saya tadi.. di Mid Valley awak jangan susah hati ye.. saya sudah uruskan urusan beliau.. awak tak salah dia pun tak salah.. takdir dah tertulis untuk dia pergi sebelum Ramadan

♬ Kamu dan Kenangan – Original Soundtrack Habibie & Ainun 3 – Maudy Ayunda

Tonton video penuh [DI SINI].

Ramai Puji Syah Kerana Baik Hati Bantu Menanam Kucing Mati

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memuji tindakan Syah yang sudi membantu orang tidak dikenali bagi menguruskan kucing yang sudah dilanggar itu.

“Terima kasih abang panda. Saya tahu luaran abang nampak happy tapi dalaman abang seribu kesedihan tersimpan kan?” tanya seorang lelaki.

Malah, ada juga individu yang berkongsi pengalaman mereka mengangkat kucing mati di tengah jalan.

“Saya dua hari lepas baru tolong mak kucing kena langgar dekat lampu isyarat. Sedih bila ada orang marah sebab jalan jammed, tapi ada juga abang Grab tolong kosongkan jalan,” ujar seorang pengguna TikTok.

Sementara itu, ramai juga mendoakan agar segala urusan Syah selepas ini dirahmati dan dipermudahkan Allah SWT.

“Terima kasih abang Foodpanda, semoga (lalu) lampu isyarat selalu hijau. Tak kena sidai, pesanan siap awal. Dapat tips banyak. Semoga dipermudahkan urusan selalu,” kata seorang wanita.

Sumber: TikTok (@m_sy4h)

UAI Perjelas Hukum Tanam Bangkai Kucing

Sebelum ini, pendakwah bebas terkenal Ustaz Azhar Idurs (UAI) ada menjelaskan tentang hukum melanggar dan tidak mengebumikan kucing.

Jelas UAI, hukumya adalah sama jika seseorang itu terlanggar individu lain. Jika perbuatan tersebut tidak disengajakan, maka ia dikira tidak berdosa.

Sumber: Blogspot Kamaluddin

Adakah bangkai kucing tersebut wajib ditanam? Jawapannya adalah tidak.

Tambah pendakwah itu lagi hukum menanam kucing mati adalah sunat supaya bau bangkai tidak membawa kemudaratan kepada orang lain.

Beliau juga menegaskan bahawa tiada ukuran tanah diperlukan untuk menanam kucing. Bukan itu sahaja, bacaan talkin kematian dan juga batu nisan juga tidak diperlukan.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] UAI Perjelas Hukum Terlanggar Kucing Hingga Mati & Tidak Tanam Bangkai


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd