Padah Parking Di Loading Bay, Pemandu Lori Ini ‘Sidai’ Pemandu Kereta Hampir Sejam
Menerusi video itu, pemandu lori menjelaskan dia terpaksa berulang-alik dari kedai ke lorinya untuk memunggah barang.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kebiasaannya, di kawasan lot kedai, ruang parkir telah disediakan bagi memudahkan orang ramai yang datang untuk membeli barang.
Lorong di belakang lot kedai pula biasanya berfungsi sebagai tempat memunggah barang dari lori ke dalam premis. Selain itu, lorong ini juga digunakan sebagai laluan alternatif untuk membuat pusingan U, yang kebiasaannya hanya sehala.
Namun, keadaan boleh menjadi sukar sekiranya ada pemandu tidak bertanggungjawab yang menyalahgunakan lorong tersebut, menyebabkan pemandu lori terpaksa berdepan kesukaran untuk menghantar barang ke kedai.
Baca Artikel Berkaitan: “Jangan Curi Parkir Customer!” – Food Court Bandar Sri Permaisuri Dibanjiri Kereta Penduduk Flat & Apartmen
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Wanita Tercengang Kena Bayar RM2,084 Lepas Parkir Kereta 13 Hari Di KLIA
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Honda HR-V Hampir Terjatuh Selepas Rempuh Dinding Parkir Tingkat 2 Di Hospital Serdang
Pemandu Kereta ‘Block’ Laluan Utama Lori Hantar Barang
Tular di laman TikTok (@ejal.co) satu perkongsian yang memaparkan seorang pemandu lori berdepan kesukaran ketika dalam perjalanan menghantar barang ke sebuah kedai.
Sebaik tiba di lorong belakang kedai, laluan masuknya tersekat akibat sebuah kereta yang diparkir di situ. Malah, kelibat pemandunya juga tidak kelihatan.
Menurut pemilik video, keadaan ini mungkin tidak menjadi masalah jika barang yang dihantar hanya dalam kuantiti kecil. Namun, disebabkan barang yang dibawa sangat banyak, ruang yang luas diperlukan untuk memunggahnya.
Rakaman tersebut juga menunjukkan bahawa laluan bertentangan terlalu sempit untuk dilalui, lebih-lebih lagi dengan lori bersaiz besar yang dipandu.
Pemandu Lori Sidai Pemandu Kereta Sejam
Dalam satu hantaran lain, kelihatan pemandu kereta akhirnya muncul untuk mengalihkan kenderaannya.
Menurut pemilik video, pemandu itu hanya tiba selepas 30 minit ketika dia sudah beberapa kali berulang-alik dari kedai ke lori untuk memunggah barang.
Sebagai pengajaran, pemandu lori tersebut bersantai dalam menyelesaikan kerjanya, seolah-olah membalas tindakan pemandu kereta yang menghalang laluannya sebegitu lama.
“Tunggu lah sekejap, saya boleh tunggu awak, takkan awak tak boleh tunggu saya?” ujar pemilik video kepada pemandu kereta.
Ramai Setuju Dengan Tindakan Pemandu Lori
Menjengah ke ruangan komen, orang ramai bersetuju dengan tindakan pemandu lori berkenaan. Ada yang meluahkan rasa puas hati melihat pemandu kereta pula yang terpaksa menunggu selama 30 minit.



Ada juga yang turut menjelaskan bahawasanya ini bukan kali pertama pemandu tersebut meletakkan kenderaannya di situ.

Jika situasi benar-benar mendesak dan anda terpaksa meletakkan kenderaan di kawasan sebegini, sekurang-kurangnya tinggalkan nombor telefon agar mudah dihubungi sekiranya menghalang laluan.
Seboleh-bolehnya, carilah seseorang untuk menemani dan menunggu di dalam kereta sementara anda menyelesaikan urusan. Dengan cara ini, kenderaan boleh dialihkan segera tanpa menyusahkan orang lain.
Persis perumpamaan, “Jika tidak dapat membantu, jangan pula membebankan.”
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kutip RM5 Hingga RM10, Lelaki Pertikai Tindakan Warga Asing Jadi ‘Ulat Parkir’ Di Bukit Bintang
Baca Artikel Berkaitan: Tak Mahir Parking? Lelaki Ini Ajar Cara Mudah Parkir Kereta Hanya Dengan Berpandu Cermin Sisi & Door Handle [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Persoal Tindakan Segelintir Warga Asing Jadi ‘Ulat Parking’ Di Bukit Bintang [Video]
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



