Now Reading
“Menang Tanpa Bertanding” – Ramai Tersentuh Murid Lelaki Tolak Rakan Naik Wheelchair Ketika Merentas Desa

“Menang Tanpa Bertanding” – Ramai Tersentuh Murid Lelaki Tolak Rakan Naik Wheelchair Ketika Merentas Desa

Menerusi video perkongsian, kelihatan murid lelaki itu bersungguh-sungguh menolak rakan yang berkerusi roda untuk ke garisan penamat acara merentas desa sekolah tersebut.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tidak seperti semua orang, golongan OKU (Orang Kurang Upaya) mempunyai sedikit halangan dan cabaran untuk melakukan sesuatu aktiviti. Namun dengan kenalan rapat yang sentiasa prihatin, golongan tersebut mampu merasai pengalaman seperti individu normal yang lain.

Seperti sebelum ini, tular di media sosial menyaksikan sekumpulan lelaki yang mengiringi rakannya yang berkerusi roda dikenali sebagai Haikal untuk berjoging di taman rekreasi.

Walaupun tidak berupaya untuk berjalan, namun rakan-rakan Haikal tidak meninggalkannya sendirian dan membawa dia sekali untuk beriadah.

Baca Artikel Berkaitan: 3 Sekawan Tunaikan Permintaan Rakan OKU Tiada Kaki, Teringin Nak Rasa ‘Vibe’ Joging [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Susah Senang Bersama” – Tular Video Iringi Lelaki OKU Joging, Rakan Kongsi Kisah Persahabatan

Murid Lelaki Bantu Rakan OKU, Tolak Kerusi Roda Hingga Ke Akhir Acara

Terbaharu, tular satu hantaran di laman TikTok (@qalmuhd) apabila lelaki dikenali sebagai Qal berkongsi situasi menyentuh hati melibatkan dua orang murid di sebuah sekolah yang sedang menyertai acara tahunan, merentas desa.

Menerusi video perkongsian, kelihatan murid lelaki berpakaian t-shirt merah sedang menolak kerusi roda rakannya yang OKU sepanjang jalan di sebuah kawasan perumahan.

Walaupun agak lambat dari peserta yang lain, namun murid itu dilihat tidak berkira untuk menolong rakannya hingga ke penghujung larian. Siap tersenyum lagi apabila disapa oleh orang di kawasan sekitar.

“Di saat sahabat lain sedang berjuang merebut tempat pertama, tapi awak dik sedang memperjuangkan perkara yang lebih penting dari sebuah pingat iaitu kasih seorang sahabat,” kata Qal.

Lebih mencuri perhatian apabila murid OKU itu dilihat tersenyum seolah-olah rasa gembira dapat menyertai acara larian bersama rakan seperjuangan yang lain.

Qal Bangga Lihat Semangat Setia Kawan

Melihat situasi tersebut, Qal memuji tindakan murid lelaki terbabit yang mendahulukan sahabatnya daripada kemenangan.

“Abang bangga dengan awak dik. Tidak semua orang mampu lakukan macam mana yang awak lakukan.

“Kawan awak mesti tak rasa yang dia kekurangan, kerana dalam kekurangannya hadir insan seperti awak yang mampu beri kelebihan kepada dirinya. Semoga awak berdua berjaya dunia dan akhirat,” kata Qal di ruangan kapsyen.

Baca Artikel Berkaitan: “Hari Yang Adam Paling Tunggu”- Guru Bawa Pelajar OKU Merentas Desa Guna Kerusi Roda Buat Ibu Sebak [Video]

@qalmuhd Abang bangga dengan awak dik, 🥺tidak semua orang mampu lakukan macam mana yang awak lakukan🫡 kawan awak mesti tak rasa yang dia kekurangan, kerana dalam kekurangannya hadir nya insan seperti awak yang mampu beri kelebihan pde dirinya, Semoga Awak berdua Berjaya dunia dan akhirat❤️🤲🏻#fyp #xyzbca #sahabatsampaisyurga #merentasdesa #foryoupage ♬ Sahabat Tak Akan Pergi – Betrand Peto Putra Onsu & Anneth

Tonton video [DI SINI].

Ramai Kagum Dengan Tindakan Si Rakan Yang Sanggup Menolak Kerusi Roda

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai turut memuji murid lelaki tersebut kerana tidak meninggalkan rakannya yang mempunyai kekurangan untuk berlari.

“Saya nampak adik ni berdua merentas desa tadi. Tahniah dik, awak dah buktikan yang sahabat yang baik tu wujud,” kata seorang warganet.

Malah ramai juga mengharapkan agar pihak sekolah memberikan sedikit sagu hati atau hadiah kepada kedua-dua murid tersebut atas kesungguhan mereka berlari ke garisan penamat.

“Harap pihak sekolah bagi juga anugerah, medal atau hadiah kepada keduadua anak ni sebagai penghargaan untuk mereka,” ujar seorang lelaki.

Sementara itu, ramai juga yang mendoakan agar kebaikan murid yang berbaju merah menjadi asbab buatnya untuk ke syurga di akhirat kelak.

“Bayangkan dekat sana nanti kawan awak pulak yang tolak awak sama-sama ke garisan penamat iaitu syurga,” kata seorang pengguna TikTok.

Sumber: TikTok (@qalmuhd)

Islam Ajar Umatnya Untuk Santuni Semua Pihak Termasuk Golongan OKU

Sebelum ini, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri ada mengulas tentang peranan masyarakat bagi menyantuni golongan OKU.

Menurut beliau, Islam mengajar umatnya agar bersikap adil terhadap semua individu. Jelas Dr Zulkifli, mentaliti atau sikap sesetengah masyarakat umum yang menganggap kumpulan OKU sebagai satu bebanan hidup perlu diatasi.

Sumber: Pexels

Sebagai seorang Muslim yang beriman, mereka akan melihat konteks OKU ini sebagai ladang untuk menuai pahala dengan menghulurkan bantuan yang sewajarnya.

Firman Allah SWT:

وَتَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡبِرِّ وَٱلتَّقۡوَىٰۖ وَلَا تَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡإِثۡمِ وَٱلۡعُدۡوَٰنِۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۖ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلۡعِقَابِ ٢

Maksudnya: Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya). 

[Surah Al-Maaidah: 2]

Baca Artikel Berkaitan: Gelagat Comel Pelajar Perempuan Sanggup Dukung Kawan Sebab Tak Nak Kena Tinggal Buat Ramai Geli Hati [Video]

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Hanya Berkaki Ayam, Murid Sekolah Dari Sarawak Jadi Juara Rentas Desa

Baca Artikel Berkaitan: “Mulia Hati Dia” – Ramai Puji Gadis Ini Bantu Lelaki Buta Cucuk Straw Pada Cawan Minuman


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd