Gara-Gara Datang Kelas Lambat, Pensyarah Ini Minta Pelajar Berlakon Sebagai ‘Hukuman’
Difahamkan, pelajar-pelajar dalam video tersebut merupakan pelajar jurusan perfileman.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Semasa di universiti, pasti ada segelintir pelajar yang dikenali kerana ‘waktu’ kehadiran mereka ke kelas yang kadangkala sangat mengelirukan.
Ada yang datang terlalu awal, ada yang tiba tepat pada masanya, dan ada juga yang hanya muncul 30 minit sebelum kelas berakhir. Kebiasaannya, pelajar yang selalu datang lambat mempunyai satu sebab utama iaitu tidur lewat pada malam sebelumnya.
Namun, nasib seorang pelajar kali ini tidak sebaik selalu apabila pensyarahnya meminta dia berlakon terlebih dahulu sebelum dibenarkan masuk ke dalam kelas.
Baca Artikel Berkaitan: “Pantas Siswa Pantas!” – Ramai Throwback Lihat Pelajar Baharu Beratur Panjang Ketika Minggu Orientasi
Baca Artikel Berkaitan: “Lambat, Tinggal” – Ibu Ayah, Tolong Berhenti Buat 5 Penipuan Ini Terhadap Anak-Anak
Baca Artikel Berkaitan: 3 Pelajar Orang Asli Jadi Juara Dunia Menang Pertandingan Robotik Di Korea Selatan
Pelajar Disuruh Berlakon Kerana Lambat Datang Kelas
Menerusi satu perkongsian video di laman TikTok (@fhynbhrudn), seorang pelajar dilihat sedang melakonkan watak di hadapan pensyarahnya di dalam kelas.
Berdasarkan dialog yang dituturkan, dia membawakan watak seorang anak yang pulang ke rumah dan terkejut melihat ibunya terbaring di lantai selepas dipukul oleh bapanya yang merupakan seorang penagih dadah.
Pelajar tersebut kelihatan begitu menghayati wataknya dengan penuh emosi dan berjaya membawakan lakonan itu dengan sangat baik.
@fhynbhrudn sakitnya sampai sini. #fypシ゚
♬ lagu lelaki gila. – Naim Daniel
Lakonan Pelajar Ini Undang Pelbagai Reaksi Netizen
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan oleh netizen. Ada yang tertanya-tanya tentang pensyarah mereka yang kelihatan begitu santai seolah-olah tiada perasaan terhadap lakonan tersebut.


Tidak kurang juga yang bergurau mengenai bakat pelakon yang mampu membawa watak berbeza-beza dalam kehidupan.
“Pandai dia berlakon. Hati-hati para wanita,” gurau seorang pengguna TikTok.

Dalam salah satu komen, pemilik video itu menjelaskan bahawa dia dan rakan-rakannya memang merupakan pelajar jurusan perfileman. Tidak hairanlah jika mereka semua mahir dalam bidang lakonan.

Tular Pensyarah ‘Sporting’, Benarkan Pelajar Makan Dalam Bilik Kuliah
Sebagai seorang pelajar, bila dapat pensyarah yang baik dan mesra ini sememangnya satu bonus. Sesi pembelajaran akan menjadi lebih kondusif dan tenang dengan pensyarah sebegini.
Terdahulu, seorang pensyarah tular di X kerana membenarkan pelajar-pelajarnya makan di dalam bilik kuliah ketika sesi pelajaran berlansung.
Pensyarah tersebut dipuji ramai apabila pandangannya yang sangat terbuka terhadap penambahbaikan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif.
Saya seorang pensyarah yg membenarkan pljr saya makan di dlm bilik kuliah sewaktu saya memberi syarahan. Tak ada masalah. American style, professor saya dulu siap bawak kopi dlm mug. Tetapi saya berulang-kali mengingatkan pljr saya, hormati peraturan pensyarah lain. Jgn biadap.
— Siti Raudzah Ghazali (@sitiraudzah) February 5, 2025
Baca Artikel Berkaitan: Pensyarah Beri ‘Green Light’ Pelajar Makan Ketika Dalam Dewan Kuliah Raih Pelbagai Reaksi
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Coach Fitness Perjelas Kenapa Tidur Lambat Tak Bagus Walau Sudah Cukup 8 Jam
Baca Artikel Berkaitan: Pelajar Bawa Beg Guni Waktu Daftar Di UMS Raih Perhatian Menteri Pendidikan
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



