[Video] Penumpang Kongsi Detik Cemas Dalam Batik Air, Dakwa Berlaku Kebakaran Kecil Disebabkan Powerbank
Dakwa penumpang penerbangan Batik Air itu, kebakaran berlaku di dalam ruang penyimpanan bagasi sehingga menyebabkan asap memenuhi ruangan kabin 30 minit sebelum mendarat.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Insiden semasa dalam penerbangan sememangnya menakutkan lebih-lebih ia berlaku ketika berada di udara.
Apabila sedang dalam penerbangan dan berlakunya suatu perkara yang tidak diingini, para penumpang hanya boleh berserah sahaja kepada tindakan yang bakal diambil oleh kru kabin dan kapten kapal.
Seperti sebelum ini, sebuah pesawat yang dalam perjalanan ke Pulau Pinang dari Subang terpaksa berpatah balik apabila mengalami kegagalan kipas pengekstrakan sehingga menyebabkan asap memenuhi kabin.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pesawat Dari Subang Ke Pulau Pinang Patah Balik, Didakwa Dimasuki Asap Dalam Kapal Terbang
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Insiden Pesawat Terhempas Di Korea Selatan: ‘Bird Strike’ Disyaki Punca Flight Terpaksa Belly Landing
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pesawat Terhempas Di Kazakhstan, 28 Penumpang Dilaporkan Terselamat
Penumpang Dakwa Kebakaran Kecil Berlaku 30 Minit Sebelum Pesawat Mendarat
Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok (@kentmaherr) telah memuat naik video yang menyaksikan keadaan mencemaskan di dalam sebuah kapal terbang apabila terdapat asap pada ruangan kabin.
Dakwa wanita itu, satu kebakaran kecil telah berlaku di dalam ruang penyimpanan bagasi sehingga menyebabkan bau asap memenuhi ruangan kabin dalam pesawat.
Menurutnya, pesawat Batik Air itu sedang dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Bangkok, Thailand dan dijadualkan mendarat dalam masa 30 minit apabila penumpang dikejutkan dengan kepulan asap dan bau kebakaran.
Penumpang Bantu Bawa Beg Punca Kebakaran Ke Belakang Pesawat
Menerusi video tersebut, dapat dilihat kru kapal sedang menggunakan alat pemadam api yang dihalakan ke arah ruang penyimpanan bagasi tersebut.
Mereka kemudiannya mengeluarkan bagasi dari dalam ruang penyimpanan itu sebelum dibantu oleh seorang penumpang yang mengeluarkan beg dipercayai mengandungi bahan punca kebakaran. Dia telah membawa beg tersebut ke bahagian belakang pesawat.
“Alhamdulillah penumpang dan kru kabin bekerjasama memadamkan kebakaran dan keadaan kembali terkawal dan aman.
“Setibanya di lapangan terbang Don Meung, pasukan bomba dan ambulans siap sedia menanti untuk memastikan keselamatan kesemua penumpang, kru kapal dan kapten,” jelas wanita itu.
@kentmaherr 30 minit sebelum landing, berlaku detik mencemaskan sbb berlakunya kebakaran dalam luggage compartment dalam flight BOEING 737 Batik Air Perjalanan JHB ( JOHOR BHARU) to DMK (DON MEUNG BANGKOK) 11.20am waktu Malaysia, semua penumpang di kejutkan dengan kepulan asap pekat keluar dari luggage compartment dengan bau kebakaran yg menyengat hidung. Alhamdulillah penumpang dan flight attendant bekerjsama memadamkan kebakaran dan keadaan kembali terkawal dan aman. Setibanya di lapangan terbang Don Meung, pasukan bomba dan ambulance siap sedia menanti untuk memastikan keselamatan kesemua penumpang, kru kapal dan captain. Terima kasih atas tindakan pantas dan kerjasama yg di berikan. Sepanjang hidup saya pernah travel, ini lah kali pertama mengalami kejadian seumpama ini, hanya mampu mengucap dan mengenang anak dan keluarga serta sahabat2 tersayang yg di tinggalkan di Malaysia. Terima kasih Allah SWT atas peluang masih bernyawa! #batikair #BOEING737 #KEBAKARANPESAWAT #JHB #DMK #FYP #powerbankterbakar ##FYPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPP #FORYOUPAGE #plane #firefighter ♬ original sound – KENT
Tonton video penuh [DI SINI].
Dakwa Powerbank Dalam Beg Punca Kebakaran
Menerusi satu video lain yang dimuat naik, dia mendakwa punca kebakaran kecil di dalam pesawat itu adalah disebabkan oleh powerbank yang diletakkan di dalam sebuah beg.
Dakwanya lagi, setelah beg dibawa ke belakang pesawat, kru kabin telah memanggil pemiliknya untuk mengesahkan jumlah powerbank yang dibawa sebelum bateri kuasa itu diletakkan ke dalam sebuah tong lalu disiram air.
Katanya lagi, kebakaran powerbank bagaimanapun dapat dipadamkan dan peranti itu kemudiannya diletakkan di dalam bilik air.
“Tapi saya hormat dengan semua penumpang pesawat Batik Air itu kerana tidak menimbulkan kekecohan, saling membantu dan tenang di tempat masing-masing. Saya percaya kalau ramai-ramai panik, mungkin ada kemalangan nyawa boleh berlaku,” katanya.
Dia dalam masa sama turut menzahirkan rasa terima kasih kepada kru kabin yang sangat tenang mengawal keadaan.
Setakat ini masih belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan pihak Batik Air. Kami akan mengemas kini artikel sekiranya terdapat sebarang maklumat baru.
@kentmaherr Live sharing experience berada dalam Batik Airlines sesama kebakaran powerbank berlaku di ketinggian entah berapa ribu kaki di udara, perjalanan JHB(JOHOR BHARU) ke DMK (Don Meung Bangkok) 11:20am 24 Feb 2025. Kejadian berlaku 30min sebelum landing di airport Don Meung, Bangkok. Thank you Cabin Crew yang sangat tenang mengawal keadaan @batikair_oficial Cabin Crew : @qilala.lala @anothernana TQ join Live saya and you guys did a very excellent job so a big fat Thank You again. #batikairlines #powerbankterbakardipesawat #firefighter #airlines #kapalterbang #cabincrewbatikair #fyp #FORYOUPAGE #FYPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPP ♬ original sound – KENT
Tonton video penuh [DI SINI].
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Rumah Influencer Hangus Terbakar Gara-gara Powerbank Meletup
Baca Artikel Berkaitan: Ini 4 Tips Untuk Elak Powerbank Meletup, Kena Jaga Betul-betul!
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Eksperimen Ini Dedah Tempat Duduk Paling ‘Selamat’ Jika Pesawat Terhempas
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



