Now Reading
[Video] Kucing Tersesat Di Tembok Flyover Sebelum Diselamatkan APM Raih Perhatian

[Video] Kucing Tersesat Di Tembok Flyover Sebelum Diselamatkan APM Raih Perhatian

Wanita itu menyedari terdapat kucing yang tersesat di atas tembok terbabit apabila mendengar bunyinya sebelum menghubungi pihak Angkatan Pertahanan Awam.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kucing merupakan salah satu haiwan yang sering dipelihara kerana sifatnya yang begitu comel. Namun dalam masa sama, masih banyak si bulus yang tinggal di jalanan.

Jika nasib tidak menyebelahi mereka, kucing jalanan boleh ditimpa musibah sekaligus membahayakan nyawanya.

Syukur apabila terdapat para pencinta haiwan yang mengambil tanggungjawab demi menyelamatkan kucing yang dalam kesusahan.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Anak Kucing Didakwa Dicampak Keluar Dari Kereta Bikin Ramai Sebak

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lelaki Jadi ‘Hero’ Selamatkan Anak Kucing Terjatuh Dalam Perigi Dipuji Ramai

Baca Artikel Berkaitan: Ancom Nylex Sediakan Tempat Tinggal Buat Kucing Jalanan

Wanita Nampak Kucing Tersesat Di Bawah ‘Flyover’

Itulah yang turut dikongsikan oleh seorang wanita menerusi TikTok (@eda_elysees) apabila seekor kucing kelihatan tersesat di atas tembok tinggi di bawah jejambat (flyover) sebuah lebuh raya.

Tidak pasti bagaimana kucing berwarna putih itu boleh berada di situ, namun kelihatan seperti tiada cara baginya untuk turun dengan sendiri.

Melihat situasi berkenaan, wanita tersebut telah menghubungi pihak Angkatan Pertahanan Awam (APM) agar kucing itu dapat dibawa turun dengan selamat.

“Kesiannya. Nak buat kerja pun dah sangkut. Pasalkan kau ni je aku patah balik tau,” kata wanita itu.

Tonton video penuh [DI SINI].

Kucing Berjaya Dibawa Turun Oleh APM

Dalam satu video lain, kelihatan dua anggota APM telah menaiki kren membawa jaring berwarna biru untuk menyelamatkan kucing terbabit.

Kucing itu yang berjaya dibawa turun bagaimanapun kelihatan tidak terurus dan kurus mungkin kerana sudah lama tidak makan minum sepanjang tersekat di bawah jejambat tersebut.

@eda_elysees

Replying to @detective_RS bkn abg2 yg naek tau tp kakak2 yg jd penyelamat si bulus

♬ original sound – Mizz YaYa 🦋 – Mizz YaYa 🦋

Menurut wanita itu, kelihatan juga bekas dipercayai kesan gigitan anjing pada tubuh badan si bulus berkenaan.

Namun dia tidak dapat mengambil si bulus itu memandangkan rumahnya sudah dipenuhi 23 ekor kucing lain. Ini memang membuktikan bahawa wanita yang menyedari situasi si Putih tadi sememangnya seorang pencinta kucing.

Difahamkan kucing itu telah diambil dan kini berada dengan pihak APM Kuala Lumpur.

Sumber: @eda_elysees/ TikTok

Timbul Persoalan Bagaimana Kucing Tersesat Di Sana

Kecekalan wanita itu yang memastikan kucing terbabit diselamatkan telah meraih pujian orang ramai.

Beberapa pengguna media sosial turut memuji dia kerana menyedari kucing yang tersesat itu walaupun berada tinggi di atas tembok bawah jejambat.

Namun dalam masa sama, timbul persoalan dalam kalangan orang ramai tentang bagaimana si bulus boleh berada di tempat yang tiada jalan naik dan turun.

Seorang individu menganggap kucing itu pasti dibuang di atas jejambat lebuh raya. “Dia tak tahu nak lari mana, jumpa lubang masuk tembus bawah flyover tu,” katanya.

Sumber: @eda_elysees/ TikTok

Hukum Buang Kucing Boleh Jadi Haram

Jika benar kucing itu dibuang oleh seseorang, ia sememangnya merupakan satu tindakan yang amat tidak bertanggungjawab.

Menurut pendakwah Datuk Syeikh Faisol Haji Omar sebelum ini, hukum membuang kucing adalah harus sekiranya tidak menimbulkan bahaya dan memusnahkan si bulus itu.

Hukum itu bagaimanapun boleh berubah menjadi haram sekiranya kucing dibuang di kawasan yang membahayakan nyawanya seperti yang dikongsikan di atas.

Namun orang ramai diingatkan bahawa membuang kucing merupakan satu kesalahan undang-undang di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015.

Baca Artikel Berkaitan: Adakah Membuang Kucing Satu Kesalahan Undang-Undang Di Malaysia?

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Wanita Berjaya Jumpa Semula Kucing Lepas Lebih 2 Tahun Hilang Bikin Ramai Sebak

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Dah Macam Kerja Offshore! Kucing Tersadai Hampir 2 Bulan Atas Kapal Buat Ramai Terhibur


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd