Now Reading
[Video] Aksi Pakcik Naik Wheelchair Tunggu Lampu Isyarat Curi Perhatian

[Video] Aksi Pakcik Naik Wheelchair Tunggu Lampu Isyarat Curi Perhatian

Menerusi video tersebut, pakcik berkenaan dipercayai menggunakan kerusi roda elektrik.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kerusi roda direka untuk memudahkan pergerakan titik A ke titik B bagi golongan orang kurang upaya (OKU) yang menghadapi masalah untuk berjalan.

Kebiasaannya kita dapat jumpa kerusi roda ini di kawasan hospital, klinik dan beberapa lagi pusat kesihatan.

Namun, lain pula dengan keadaan ini di mana seorang pakcik menggunakan kerusi rodanya di jalan raya.

Baca Artikel Berkaitan: “Kau Masih Sahabat Kami” – Bapa Hampir Lumpuh, Sajat Sebak Aliff Syukri Bantu Belikan Kerusi Roda Di Malaysia

Baca Artikel Berkaitan: Pemuda OKU Kongsi Pengalaman Travel ‘Solo’ Ke Thailand Dari Ipoh Naik Tren

Pakcik Tunggu Lampu Isyarat Di Atas Kerusi Roda

Menerusi satu perkongsian video di laman TikTok (@user2411212006), kelihatan seorang pakcik sedang menunggu lampu isyarat bersama-sama kenderaan lain walhal dia pada waktu itu sedang berada di atas sebuah kerusi roda.

Pakcik berkenaan yang dilihat sangat bersahaja turut berada di posisi paling hadapan barisan tersebut.

Video yang dikongsikan itu menarik perhatian netizen dan kini sudah meraih 1.2 juta jumlah tontonan, setakat artikel ini ditulis.

Tonton video penuh [DI SINI].

Pakcik Tunggu Lampu Isyarat Atas Kerusi Roda Curi Perhatian Ramai

Ruang komen dibanjiri dengan gurauan netizen dengan keadaan tersebut.

Juga dipenuhi dengan tanda tanya berkaitan keberadaan pakcik itu. Ramai mempersoalkan apakah pokok-pangkal ceritanya hingga dia bertindak menggunakan kerusi rodanya di atas jalan raya.

Ramai turut keliru tentang cara dia ingin bergerak menyamai kelajuan kenderaan lain memandangkan dia perlu menolak roda kerusinya untuk bergerak.

Sumber: TikTok @user2411212006

Namun, ada pengguna TikTok yang mendakwa kerusi roda berkenaan merupakan kerusi roda yang dikuasakan oleh tenaga elektrik. Menurutnya, mana mungkin kerusi roda tersebut merupakan kerusi roda biasa jika ia digunakan di atas jalan tar.

“Naya kalau pakai tangan,” ujar pengguna TikTok.

Sumber: TikTok @user2411212006
Sumber: TikTok @user2411212006

Baca Artikel Berkaitan: Tak Henti Ucap Rasa Syukur, Peniaga Warga Emas Berkerusi Roda Sebak Bila Ada Yang Beli Semua Barang Jualan [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Hari Yang Adam Paling Tunggu”- Guru Bawa Pelajar OKU Merentas Desa Guna Kerusi Roda Buat Ibu Sebak [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd