[Video] Pelajar Tulis Surat Untuk Rakan Tapi Sampai Pada Orang Lain
Dipercayai penghantar surat ingin bertanya tentang tindakan rakannya yang telah ‘block’ akaunnya di TikTok.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Jika anda masih ingat sewaktu bersekolah rendah, pasti ramai yang mengamalkan kaedah menulis surat sekiranya ingin bertanyakan apa-apa soalan yang lebih privasi kepada kawan.
Menulis surat juga kebiasaannya menjadi perantaraan utama meluahkan perasaan mahupun kekesalan terhadap sesuatu yang berlaku dalam kalangan kanak-kanak di sekolah.
Biasalah, semasa masih bersekolah rendah, kebanyakan ibu bapa tidak menyediakan lagi kemudahan telefon pintar. Jadi, komunikasi luar sesi bersekolah dalam topik yang lebih peribadi jarang berlaku.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Momen Pelajar Lelaki Nangis Ketika Majlis Perpisahan Buat Ramai Terkenang Zaman Sekolah
Baca Artikel Berkaitan: Gamuda Cove Bakal Ada 2 Sekolah Rendah Baru!
Baca Artikel Berkaitan: ‘Grammar Dia Power’- Surat Cinta Budak Darjah Empat Tarik Perhatian Netizen [Video]
Surat Tidak Sampai Pada Penerima, Orang Lain Yang Baca

Terbaharu, tular satu video di TikTok (@miraeeheh) berkenaan sepucuk surat yang ditulis dipercayai hendak dihantar kepada seorang pelajar yang bernama ‘Darwisy’.
Warkah itu bertujuan menanyakan tentang tindakan Darwisy menyekat akaun TikTok si penulis tersebut.
Lain pula jadinya apabila surat tersebut tidak sampai kepadanya dan telah dibawa pulang oleh seorang pelajar yang tidak berkaitan sebelum dibaca oleh ibunya.
Ibunya yang berkongsi video berkenaan, merakam isi kandungan surat tersebut dan berkongsi di laman TikTok miliknya yang kini sudah meraih jumlah tontonan sebanyak 1.6 juta, setakat artikel ini ditulis.
Menerusi surat tersebut, si pengirim terlihat amat kesal dengan tindakan rakannya yang menyekat dia di TikTok berdasarkan luahan yang dibuat dalam surat tersebut.
“Untuk Darwisy, kalau boleh bagilah nombor awak. Kenapa block aku dekat TikTok? Aku tahu kau rimas chat dengan aku, tapi aku suka kau betul-betul.
“Aku sebenarnya terasa dengan apa yang kau kata dekat aku. Aku tahu kau serabut, tapi perlu ke cakap yang tak baik dekat aku,” tulis pengirim dalam surat tersebut.
@miraeeheh Darwisy sila hadir. Ada surat untuk hg ni. –#haha #darwish #suratcinta #budakbarubelajar #fup
♬ original sound – Zamira – Zamira
Ramai Terhibur Membaca Isi Kandungan Surat
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang terhibur dengan tindakan ibu ini berkongsi surat tersebut di laman TikTok. Di awal surat, si penulis meletakkan amaran untuk tidak membenarkan siapa-siapa membaca surat itu.
Ada juga yang keliru dengan keadaan si penulis yang awalnya hanya meluahkan rasa suka terhadap Darwisy dan berakhir dengan ayat, “hang bukan siapa-siapa pada aku”.
Tidak kurang juga yang turut memuji si penulis kerana tulisannya yang kemas dan tersusun.





Sebelum ini pernah juga terjadi kes ibu bapa jumpa surat yang ditulis anak-anak. Tapi surat tersebut berbaur lucah.
Bagi kanak-kanak berusia 9 tahun, keadaan tersebut mengejutkan ibu bapa kerana ia bukanlah suatu perkara yang normal.
Jadi, tak mengapa nak biarkan anak-anak luahkan perasaan dan isi hati melalui surat. Tetapi, pantaulah apa yang ditulis dan kepada siapa ia dihantar. Semoga perkara di luar akal fikiran tidak terjadi.
Baca Artikel Berkaitan: Ibu Terkejut Baca Surat Cinta Anak Perempuan Darjah 3. Ada Unsur Lucah!
Baca Artikel Berkaitan: “Pagi Ke Tadika, Petang Ke Sekolah”- Wanita Dedah Punca Pernah Hadir 2 Sesi Persekolahan
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



