Now Reading
Bolehkah Pesakit Gastrik Tidak Berpuasa? Ini Penjelasan UAI

Bolehkah Pesakit Gastrik Tidak Berpuasa? Ini Penjelasan UAI

Menurut Ustaz Azhar Idrus sememangnya ada kelonggaran untuk pesakit gastrik ketika berpuasa di bulan ramadan namun ada syarat-syaratnya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bulan Ramadan sudah hampir tiba. Sudah menjadi kewajipan kepada umat Islam untuk berpuasa penuh.

Syarat seseorang itu wajib berpuasa di bulan Ramadan seperti beragama Islam, baligh, berakal, mampu dari segi kesihatan, bermukim serta suci daripada haid dan nifas.

Namun bagaimanapula dengan mereka yang menghidap penyakit perut seperti gastrik? Jom baca penjelasan Ustaz Azhar Idrus (UAI) di bawah.

Baca Artikel Berkaitan: Ini 3 Minuman Yang Perlu Dielakkan Untuk Pesakit GERD, Bimbang Simptom Makin Teruk

Baca Artikel Berkaitan: Ustaz Azhar Idrus Perjelas Hukum Keluar Mengundi Ketika Pilihan Raya

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ustaz Azhar Idrus Terpanggil Ulas Isu Hukum Kebumi Jenazah Jauh Dari Kubur Lain. Ini Penjelasan Sebenar

Sakit Gastrik Dan Tidak Boleh Berpuasa, Bagaimana?

Menerusi satu perkongsian di laman TikTok (@ustaz.azhar.idrus), pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus (UAI) menegaskan terdapat kelonggaran buat mereka yang menghidap penyakit gastrik.

Namun, mereka yang gastrik perlu menilai sejauh mana mereka mampu berpuasa sebelum mengambil keputusan untuk berbuka.

Beliau menjelaskan bahawa tanggapan masyarakat mengenai pesakit yang perlu berpuasa separuh hari adalah tidak tepat dan bertentangan dengan ajaran Islam.

“Apabila seseorang itu sakit dan bulan Ramadan tiba, ada perintah yang membenarkan mereka untuk tidak berpuasa, tetapi dengan syarat wajib menggantikannya (qada) di hari lain,” katanya.

Mengulas mengenai pesakit gastrik, UAI turut menjelaskan bahawa kewajipan berpuasa bergantung kepada kemampuan individu.

“Kalau seseorang itu mengalami gastrik, sejauh mana dia mampu berpuasa? Ulama berpendapat bahawa setakat mana dia mampu bertahan, itulah yang wajib baginya,” jelasnya.

Tonton video penuh [DI SINI].

Hanya Sakit Yang Mudaratkan Diri Diberi Kelonggaran Ketika Berpuasa

UAI turut menegaskan bahawa individu yang menghidap gastrik wajib makan untuk menjaga kesihatan sekiranya mereka lapar hingga memudaratkan diri.

“Dalam Islam, sudah ada perintah umum yang menyatakan, ‘Janganlah kamu sengaja merosakkan diri kamu’ serta perintah khusus bahawa, ‘Barang siapa yang sakit ketika berpuasa lalu berbuka, mereka hanya perlu menggantikannya pada hari lain.’

“Persoalannya, sakit yang bagaimana? Para ulama menjelaskan bahawa sakit yang membolehkan seseorang berbuka puasa ialah sakit yang menyebabkan ketidakmampuan untuk meneruskan ibadah puasa.”

Perkara ini turut disokong oleh firman Allah dalam Surah Al-Baqarah, ayat 184-185:

(Iaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Maka barangsiapa diantara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (yaitu): memberi makan seorang miskin. Barangsiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.

Surah Al-Baqarah, ayat 184-185

Tips Untuk Elak Terkena Gastrik Ketika Bulan Ramadan

Bagi mereka yang mempunyai masalah gastrik, berpuasa boleh menimbulkan kebimbangan untuk berpuasa nanti.

Namun anda tidak perlu bimbang, kami kongsikan tips elak terkena gastrik ketika berpuasa!

  • Minum air rendaman kurma ketika bersahur.
  • Jangan makan hidangan pedas dan berminyak.
  • Jangan baring selepas sahur
  • Jangan terlebih makan ketika bersahur.
  • Latih diri dengan puasa sunat sebelum

Semoga tips yang dikongsikan ini dapat membantu para penghidap gastrik di luar sana sebagai persiapan menjelang bulan Ramadan yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Baca Artikel Berkaitan: Nak Puasa Tapi Ada Masalah Gastrik? Ini 5 Tips Untuk Anda

Baca Artikel Berkaitan: Ramadan 2025: Ini Tips Simpan Kurma Untuk Tahan Lebih Lama Sepanjang Bulan Puasa

Baca Artikel Berkaitan: ‘Power Nap’, Makanan Seimbang & 5 Lagi Tips Belajar Buat Murid Ketika Ramadan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd