Now Reading
[Video] “Opah Racing Is Real” – Opah Pandu ‘Honda Type R’ Curi Tumpuan Ramai

[Video] “Opah Racing Is Real” – Opah Pandu ‘Honda Type R’ Curi Tumpuan Ramai

Opah ini kelihatan berpengalaman memandu kenderaan bertransmisi manual. Difahamkan juga, kereta tersebut merupakan kereta milik anaknya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pada tahun 2025 ini, agak sukar untuk kita jumpa kereta baharu bertransmisi manual. Jika ada sekalipun, kereta tersebut pasti berharga luar biasa dan dibina dalam jumlah terhad.

Sedangkan kereta itu sendiri pun susah untuk dijumpai, apatah lagi pemandunya. Ramai lebih memilih untuk mengambil lesen memandu (DA) ataupun lesen kereta bertransmisi automatik.

Namun, satu momen ‘rare’ dikongsi di laman Tiktok di mana seorang opah kelihatan sedang memandu kereta manual milik anaknya.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Nenek Tunggu Cucu Ambil SPM Sambil Mengaji Luar Dewan Buat Ramai Sebak

Baca Artikel Berkaitan: Umur 81 Tahun Tak Halang Nenek Jadi Pro ‘Gamer’

Baca Artikel Berkaitan: Kagum Kereta Axia Jimat Minyak Hingga Nak Beli, Hantaran Wanita Ini Undang Pelbagai Reaksi

Opah Kelihatan Selesa Pandu Kereta Manual

Aksi bersahaja seorang opah yang kelihatan tidak kekok memandu kereta manual dikongsi di laman TikTok seorang pemuda didakwa merupakan anaknya (@anas_mikael).

Kebiasaannya, warga emas lebih selesa menjadi penumpang atau memilih kereta automatik jika perlu memandu sendiri. Namun, berbeza dengan opah yang satu ini di mana dia kelihatan cukup yakin dan selesa mengendalikan kenderaan milik anaknya.

Aksi bersahajanya ketika menukar gear dengan lancar membuktikan bahawa dia bukan sekadar mencuba, tetapi benar-benar mahir memandu manual.

https://www.tiktok.com/@anas_mikael/video/7475135154692820245?_r=1&_t=ZS-8uCfvL3XcH9
Tonton video penuh [DI SINI].

Netizen Kagum Melihat Opah Pandu Kereta Manual

Ruangan komen dihujani dengan pujian terhadap kehebatan opah memandu kereta milik anaknya itu.

Tambah-tambah pula kereta yang dipandunya merupakan sebuah Honda Civic Type R (FL5), sebuah kereta yang dicipta memfokuskan rekaan khusus untuk kegunaan litar.

Ramai kagum melihat skilnya, lebih-lebih lagi kerana kereta ini bukan model biasa, tetapi sebuah jentera berprestasi tinggi.

“Pergh makcik-makcik pun boleh bawa Type R, mantap,” tulis seorang pengguna TikTok di ruangan komen.

Sumber: TikTok @anas_mikael
Sumber: TikTok @anas_mikael
Sumber: TikTok @anas_mikael
Sumber: TikTok @anas_mikael

Kerajaan Mansuh Ujian Teori Kedua Untuk Lesen Berlainan Kelas

Pada tahun 2023, Kementerian Pengangkutan telah memansuhkan ujian teori kedua kepada mereka yang ingin mengambil lesen kelas lain.

Memetik laporan Astro Awani, Anthony Loke dalam ucapannya memberitahu bahawa perkara dirujuk mula berkuatkuasa pada 15 September tahun itu.

“Umum mengetahui bahawa dalam kalangan rakyat Malaysia kebanyakannya mengambil lesen motosikal dan kereta.

“Jadi kita gabungkan kelas teori dan ujian tersebut kerana tak perlu duduk dua kali. Kita bawa balik sistem lama dan gabungkan untuk mudahkan pemohon,” ujar beliau.

Tambah beliau, sistem itu pernah diamalkan di Malaysia sebelum ia diubah pada suatu ketika. Mengembalikan sistem tersebut tidak akan mengganggu kekompetenan seseorang pemandu itu.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kereta Petrol Parkir Di Ruang Pengecasan Tesla Undang Perhatian

Baca Artikel Berkaitan: “Muka Garang Tapi Hati Lembut” – Video Atuk Menangis Ketika Hantar Cucu Daftar Tahfiz Undang Sebak

Baca Artikel Berkaitan: Honda Malaysia Lancar The All-New Honda HR-V, Harga Bermula RM114,800


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd