Now Reading
[Video] Lembu Tersekat Dalam Longkang Bikin Abang Bomba Termenung

[Video] Lembu Tersekat Dalam Longkang Bikin Abang Bomba Termenung

Walaupun nampak keliru, anggota bomba masih tekad jalankan tanggungjawab selamatkan seekor lembu yang tersekat dalam longkang.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap panggilan kecemasan memerlukan tindakan pantas, tidak kira apa jua situasi. Bagi anggota bomba, tugas menyelamat bukan sekadar memadam kebakaran tetapi juga menangani kejadian di luar jangkaan. Kadangkala, mereka terpaksa berdepan cabaran yang mencabar logik akal.

Dari menyelamatkan kucing atas pokok hingga menangkap katak di rumah, segalanya sudah menjadi kebiasaan buat mereka.

Namun, baru-baru ini, satu insiden unik mencuri perhatian apabila pasukan bomba dipanggil untuk menyelamatkan seekor lembu yang terlentang dalam longkang sempit.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Anggota Bomba Gigih Cari Ular Dalam Bilik Penuh Sepah Undang Pelbagai Reaksi

Baca Artikel Berkaitan: “Macam Lidah Lembu Dah” – Kedai Makan Beri Pelanggan Sudu Berkerak Buat Ramai Geli

Abang Bomba Termenung Fikir Cara Nak Selamatkan Lembu

Menerusi satu video tular di TikTok (@fien_aron), kelihatan beberapa anggota bomba berdiri termenung melihat keadaan lembu yang terlentang di dalam longkang. Keadaan itu seakan membuatkan mereka tertanya-tanya bagaimana haiwan sebesar itu boleh terjatuh ke situ.

Walaupun pelik, mereka tetap menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. Dalam video tersebut, kelihatan anggota bomba cuba menarik lembu itu keluar dari ruang sempit tersebut menggunakan tali.

Proses menyelamat bukanlah semudah yang disangka. Lembu yang terperangkap itu kelihatan meronta-ronta, menjadikan tugas bomba lebih mencabar.

@fien_aron

Selamat berSantai di hujung minggu..

♬ suara asli – eka – eka
Tonton video penuh [DI SINI].

Netizen Terhibur & Keliru Dengan Situasi

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen terhibur melihat situasi tersebut. Ada yang berseloroh bahawa ini mungkin antara kes paling pelik yang pernah bomba hadapi.

Tidak kurang juga yang tertanya-tanya bagaimana lembu itu boleh berakhir dalam kedudukan sebegitu. Apa pun, usaha bomba tetap dihargai kerana bertindak pantas tanpa mengira apa jua situasi.

Sumber: TikTok @fien_aron
Sumber: TikTok @fien_aron
Sumber: TikTok @fien_aron
Sumber: TikTok @fien_aron

Ahli Parlimen Pernah Gesa Gaji Anggota Bomba Dinaikkan

Tugas anggota bomba ini sememangnya mencabar. Bukan sahaja sekadar memadam api, malahan menjadi penyelamat kepada banyak situasi.

Dalam usaha menggerakkan inisiatif menghargai jasa anggota bomba, beberapa orang ahli parlimen menggesa agar elaun yang diberikan kepada anggota bomba dinaikkan dalam persidangan Dewan Rakyat pada 26 November 2024.

Baca Artikel Berkaitan: Ahli Parlimen Gesa Elaun Bomba Dinaikkan, Tidak Sepadan Dengan Risiko Kerja

Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman, berkata elaun tersebut sepatutnya dinaikkan memandangkan elaun semasa tidak setanding dengan sifat bahaya pekerjaan itu.

Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir turut bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Young Syefura. Katanya, elaun anggota bomba tidak pernah meningkat sejak sekian lama.

Baca Artikel Berkaitan: Pemandu 30 Tahun Maut Selepas Rempuh Lembu Di Lebuhraya Plus

Baca Artikel Berkaitan: Anggota Bomba Terkedu, Terima Panggilan Kes Kebakaran Sekali Sampai Apinya Kecil [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd