“Sejak Bila Masjid Untuk Lelaki Je?” – Tun Laila Kesal Dakwa Ada Individu Salahkan Budak Dicabul
Menurut influencer dan peguam Tun Laila, segelintir warganet seolah-olah menyalahkan mangsa berbanding si pelaku dalam kes cabul di sebuah masjid sekitar Batang Kali, Selangor.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Pada minggu lalu, orang ramai dikejutkan dengan berita seorang kanak-kanak perempuan yang disyaki dicabul oleh seorang remaja lelaki berusia 19 tahun sewaktu solat Subuh di sebuah masjid di Batang Kali, Selangor.
Dalam satu klip tular sebelum ini, lelaki berkenaan dilihat menyelinap masuk ke bahagian solat wanita sebelum memeluk dan mengangkat mangsa yang berada di saf paling belakang.
Menerusi video berasingan, kelihatan lelaki terbabit seolah-olah cuba melakukan perbuatan tidak senonoh kepada mangsa berdasarkan reaksi kanak-kanak itu yang meronta dan menangis.
Baca Artikel Berkaitan: Tular Lelaki Didakwa Cuba ‘Rogol’ Budak Perempuan Tengah Solat Dalam Masjid
Baca Artikel Berkaitan: Remaja Lelaki Ditahan Polis, Disyaki Cabul Kanak-Kanak Perempuan Di Masjid
Tun Laila Beri Pandangan Tentang Kes Kanak-kanak Yang Dicabul Dalam Masjid
Terbaharu, tular satu hantaran di laman TikTok (@yarafaee) apabila influencer yang juga peguam, Tun Laila berkongsi pandangannya tentang kes kanak-kanak yang dicabul di rumah Allah SWT.
Menurutnya, dia berasa sangat terkejut selepas membaca respon orang ramai berkenaan isu terbabit. Jelas Tun Laila, segelintir individu mempersoalkan mengapa si kecil tidak menjerit semasa kejadian berlaku.
Tidak terhenti di situ sahaja, sesetengah warganet turut berkata kaum Hawa sepatutnya solat di rumah sahaja untuk mengelakkan kes cabul atau seumpamanya daripada berlaku.
“Dah sejak bila pulak rumah Allah tu rumah untuk lelaki je. Dan kau nak suruh budak perempuan (pertahankan diri) tu faham tak? Kanak-kanak umur 10 tahun kau nak suruh dia ada seni pertahankan diri, menjerit dan semua.
“Bila orang nak ajar tentang pendidikan seksual korang tak bagi. Lepas tu bila budak tu tak tahu apa nak buat korang persoalkan pula,” kata Tun Laila.
Tun Laila Dakwa Warganet Lebih Fokus Tentang Kesalahan Pihak Lain Berbanding Pelaku
Tambah influencer ini lagi, orang ramai seolah-olah lebih memfokuskan tentang ‘kesalahan’ makmum wanita yang didakwa tidak cakna dan juga mangsa daripada suspek itu sendiri.
“Kita tengah salahkan semua orang dan faktor kecuali si pelaku,” kata Tun Laila.
@yarafaee banyak lagi nak cakap sebenarnya but ???
♬ original sound – Tun Laila
Tonton video penuh [DI SINI].
Ada Individu Yang Minta Untuk Maafkan Si Pelaku
Menerusi semakan kami, berikut adalah antara komen tentang kes si kecil yang disentuh di masjid. Ada yang berkata golongan wanita tidak sepatutnya pergi ke masjid untuk menunaikan ibadah.
Lebih menghampakan, ada juga individu yang tidak sensitif dengan meminta mangsa memaafkan suspek.
Sementara itu, terdapat netizen yang meminta orang ramai berhenti mengecam kerana ia adalah aib suspek terbabit.






Ramai Setuju Dengan Pandangan Dilontarkan Tun Laila
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai bersetuju dengan pandangan Tun Laila yang berkata tiada larangan untuk golongan kanak-kanak dan wanita untuk pergi ke masjid meskipun lebih afdal untuk solat di rumah.
“Terima kasih jadi wakil! Saya lelaki pun tak setuju kenyataan netizen ni. Rumah Allah SWT untuk semua. Lain lah solat Jumaat memang lelaki saja yang wajib,” kata seorang lelaki.
Bahkan ramai juga mengingatkan orang awam untuk tidak menyalahkan kanak-kanak berkenaan dalam situasi ini.
“Bila tak bertutup, salahkan pakaian, bila dah bertutup, salahkan kenapa tak jerit, kenapa itu, kenapa ini. Kenapa suka mempersoalkan apa yang mangsa tengah buat daripada menyalahkan penjenayah itu sendiri,” ujar seorang pengguna TikTok.
Ada juga individu yang yang berkata kebanyakan masjid memang mengasingkan saf golongan dewasa dan kanak-kanak.
“Kadang-kadang ada orang masjid terutamanya wanita yang berumur diorang tak suka budak dalam saf orang dewasa. Tu sebab budak tu ada dekat (saf) belakang. Jadi jangan salahkan budak perempuan tu dengan mak dia, sebab dekat tempat saya begitu,” kata seorang wanita.












Baca Artikel Berkaitan: 18 Akaun TikTok Media Di Malaysia Disekat Isu Konten Insiden Cabul Di Masjid
Baca Artikel Berkaitan: Guru Sekolah Rendah Didakwa Cabul 2 Murid Dalam ‘Rumah Hantu’
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.