[Video] Penceramah Motivasi Perjelas Hukum Timbul Keraguan Dalam Diri Tentang Islam
Individu berkenaan yang dikenali sebagai Iddin Ramli dalam video itu menyeru umat Islam lebih mendalami ilmu asas Fardu Ain supaya tidak ada keraguan tentang agama.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Menjadi umat Islam yang dapat merasakan kemanisan iman merupakan satu cabaran. Sesungguhnya Allah SWT menjadikan syurga dan neraka itu bersebab.
Apabila kita kurang merasa kemanisan iman, terkadang diri kita khilaf dan akan timbul keraguan yang tidak sepatutnya.
Pasti ada yang pernah merasai pengalaman tercetusnya tanda tanya dalam diri tentang kebenaran agama Islam di akhirat kelak.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Sunnah Bercakap Ketika Makan? Ini Penjelasan Tepat Dari Dr Rozaimi
Baca Artikel Berkaitan: “Meremang Bulu Roma” – Alunan Merdu Bacaan Al-Quran Oleh Kanak-kanak 12 Tahun Buat Ramai Kagum
Baca Artikel Berkaitan: Al-Quran & Kitab Agama Milik Pemuda Tidak Basah Walau Rumah Ditenggelami Banjir
Iddin Perjelas Hukum Timbul Tanda Tanya Tentang Keberanan Islam
Menerusi perkongsian Iddin Ramli di laman TikToknya (@iddinramlii), satu soalan telah diajukan kepadanya yang berbunyi, “Berdosa tak kalau terlintas di minda yang entah-entah di akhirat nanti Islam ini agama yang salah.”
Menurut Iddin, soalan yang sama juga pernah terlintas di mindanya sewaktu dia masih kecil yang mana kini telah terjawab.
Iddin menyatakan bahawasanya tanggungjawab dan kewajipan kita sebagai umat Islam adalah untuk meyakini apa yang disampaikan dalam Al-Quran dan hadis merupakan perkara yang benar belaka.
“Itulah iman, kita beriman pada perkara ghaib. Kita yakin syurga, neraka, dosa, pahala, akhirat, titian sirat, Mizan, dan Hisab itu semuanya wujud”
“Tak boleh kita ni yakin sikit-sikit. Sebab ia bahaya. Ia berkaitan dengan akidah dan iman. Lagipun iman kita ni akan ada pencurinya, iaitu syaitan”
“Syaitan ini nak pastikan kita tak percaya pada Tuhan. Dia nak kita lakukan kemaksiatan dan akhirnya kita mati dalam kekufuran, itulah matlamatnya.”
Iddin turut menegaskan bahawa seseorang itu boleh mengatasi segala keraguan di hati mereka dengan cara menuntut ilmu.
“Sudah tiba masanya kita tuntut ilmu dan dalami asas Fardu Ain. Apabila kita mahir Fardu Ain, pasti kita akan jadi hamba Allah Taala yang baik,” ujar Iddin.
Ramai Setuju & Pernah Merasai Pengalaman Yang Sama
Menjengah ke ruangan komen, ramai bersetuju bahawa keraguan tersebut hanya mainan dan hasutan syaitan semata-mata.
Ada juga yang pernah berada di situasi sama apabila keraguan tentang kebenaran Islam timbul dalam diri mereka.
“Saya pun jujur pernah terlintas, tapi cepat cepat mengucap balik,” ujar seorang pengguna TikTok.




Mengecapi Kemanisan Iman Melalui Kehidupan Positif
Kemanisan iman ialah rasa bahagia dalam beribadah dan kesanggupan menghadapi cabaran demi mendapatkan keredaan Allah dan Rasul-Nya. Ia bermaksud kita taat kepada perintah dan larangan-Nya serta mengutamakan Allah dan Rasul lebih daripada segala-galanya.
Rasulullah SAW menerangkan bahawa kemanisan iman dapat dirasai apabila seseorang benar-benar menerima Allah sebagai Tuhannya, Islam sebagai agamanya, dan Nabi Muhammad SAW sebagai rasulnya.
Dalam satu hadis riwayat Imam al-Bukhari, Rasulullah SAW bersabda bahawa ada tiga perkara yang membuatkan seseorang merasai kemanisan iman:
- Mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada segalanya.
- Menyayangi seseorang kerana Allah semata-mata.
- Membenci kekufuran sebagaimana bencinya dicampakkan ke dalam api neraka.
Apabila kemanisan iman ada dalam diri, kita tidak akan rasa malas, bosan, atau cuai dalam beribadah. Sebaliknya, kita akan lebih bersemangat, rajin, dan ikhlas dalam melakukan segala tuntutan agama.
Baca Artikel Berkaitan: Semua Institusi TVET MARA Akan Ditekankan Asas Agama & Fardu Ain – Dr Asyraf Wajdi
Baca Artikel Berkaitan: PM Anwar Seru Pendakwah Kuasai Bahasa Inggeris
Baca Artikel Berkaitan: Komen Berbaur Hinaan Terhadap Islam, Cecelia Yap Terpalit Kontroversi ‘Ham’ Tampil Mohon Maaf
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.