Now Reading
Owner Homestay Caj RM30 Sebab Tuala Kotor, Tetamu Minta Beri Tuala Kepadanya

Owner Homestay Caj RM30 Sebab Tuala Kotor, Tetamu Minta Beri Tuala Kepadanya

Bekas kotoran pada tuala tersebut tidak dapat ditanggalkan setelah dicuci yang menyebabkan pemilik homestay memotong deposit sebanyak RM30.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Apabila tempahan hotel atau rumah inap dilakukan, rata-ratanya akan meminta tetamu untuk membayar deposit di samping kadar tempahan yang dikenakan.

Deposit tersebut bertujuan untuk menampung kos sekiranya terdapat sebarang kerosakan yang perlu disebabkan oleh tetamu.

Jadi kalau anda mahu deposit dipulangkan, pastikan bilik atau rumah yang ditempah ditinggalkan dalam keadaan yang serba baik.

Baca Artikel Berkenaan: [Video] Geng Motor Dipuji Jaga Kebersihan Homestay, Siap Cuci Lantai Simen Sebelum Check-out

Baca Artikel Berkenaan: Pengguna Media Sosial Beri Pendapat Perlu Ke Kemas ‘Homestay’ Sebelum Keluar

Baca Artikel Berkenaan: “Pengotor Betul” – Netizen Geram Pelancong Wanita Selamba Buang Air Besar Di Perkarangan Homestay

Tuala Di ‘Homestay’ Ditinggalkan Dalam Kedaaan Comot

Seperti yang diceritakan oleh pemilik sebuah rumah inap di platform Thread (@nurulfisyaaa), tuala yang disediakan buat tetamu telah mempunyai bekas kotoran.

Dapat dilihat daripada gambar yang dikongsi bahawa dua helai tuala berwarna putih telah ditinggalkan dalam keadaan yang comot seperti dikotori bekas celak atau maskara.

Menurutnya, bekas tersebut tidak dapat ditanggalkan walaupun setelah dicuci menyebabkan dia terpaksa memotong deposit sebanyak RM30.

Tetamu Minta Beri Tuala Kerana Dah Bayar Ganti Rugi

Namun apa yang mengejutkan adalah apabila tetamu berkenaan meminta agar tuala tersebut diberikan kepadanya memandangkan dia telah dikenakan caj.

“Dah la dari rumah nak ke homestay tu jauh. Sebab malas nak layan ,terpaksa la hantar balik tuala yang kotor tu ke homestay. Pengalaman jumpa macam-macam perangai manusia,” ujar wanita berkenaan.

Pun begitu, dia mengingatkan orang ramai agar tidak mengutuk tindakan tetamu terbabit. Sebaliknya ia bertujuan sebagai pengajaran agar tetamu menjaga barangan di hotel atau rumah inap agar tidak rosak.

ca”Kalau terosak kenalah berlapang dada jika pihak homestay atau hotel kenakan caj,” jelasnya.

View on Threads

Orang Ramai Kongsi Pendapat Berbeza Mengenai Isu Tolak Deposit Homestay

Perkongsian oleh wanita itu telah menarik perhatian orang ramai yang mempunyai pendapat berbeza berkenaan isu tersebut.

Ramai yang bersetuju bahawa tidak salah bagi pihak rumah inap memotong deposit jika terdapat kerosakan yang disebabkan oleh tetamu.

Ada yang bertanya sama ada pemilik homestay berkenaan telah mengenakan deposit bagi kos pembersihan yang hanya akan dipulangkan jika rumah ditinggalkan dalam keadaan bersih.

Seorang pengguna media sosial juga berpendapat bahawa nilai deposit yang ditolak itu adalah berpatutan dengan kos pencucian yang perlu ditanggung oleh pemilik homestay.

Sebaliknya, seorang individu berpendapat bahawa logik jika tetamu terbabit meminta tuala itu memandangkan dia telah membayar ganti rugi. Namun dia berkata perlu mengesahkan terlebih dahulu sama ada bayaran yang dikenakan adalah bagi kos pencucian atau harga tuala.

Dalam pada itu, ada juga yang berkongsi kisah ‘dituduh’ meninggalkan kesan darah pada kain cadar walhal ia telah disebabkan oleh tetamu lain sebelumnya.

Sumber: @nurulfisyaaa/ Threads
Sumber: @nurulfisyaaa/ Threads
Sumber: @nurulfisyaaa/ Threads
Sumber: @nurulfisyaaa/ Threads
Sumber: @nurulfisyaaa/ Threads
Sumber: @nurulfisyaaa/ Threads
Sumber: @nurulfisyaaa/ Threads

Lakukan Perkara Ini Sebelum Check-Out Dari Homestay

Apabila menempah rumah inap, sudah tentulah pemilik akan menyediakannya bagi tetamu dalam keadaan yang bersih dan sempurna.

Walaupun dikenakan caj, ini tidak bermakna rumah tersebut boleh dibiarkan dalam keadaan yang kotor.

Di sini kami kongsikan beberapa perkara yang anda boleh lakukan sebelum meninggalkan homestay:

  • Buang semua sampah di dalam tong. Lebih elok lagi jika ikatkan sampah terus dan buang di tempat pelupusan jika ada.
  • Pastikan katil ditinggalkan dalam keadaan yang sedikit kemas.
  • Gantungkan tuala di ampaian atau di dalam tandas. Namun terdapat juga hotel atau homestay yang meminta agar tuala diletakkan di atas lantai sahaja.
  • Cucikan perkakas dapur seperti pinggan, mangkuk dan cawan yang digunakan.
  • Tutup semua suis lampu, kipas dan pendingin hawa bagi menjimatkan penggunaan elektrik.

Di samping itu, pastikan juga tiada sebarang kerosakan yang dilakukan dan maklumkan pada tuan rumah jika berlaku sebarang perkara tidak diingini.

Baca Artikel Berkenaan: “Pelanggan Dari Neraka” – Wanita Ini Kesal Homestay Ditinggalkan Kotor & Bersepah

Baca Artikel Berkenaan: “Macam Hutan” – Lelaki Berang Rumah Ditinggalkan Dengan Longgokan Sampah & Sewa Tak Bayar

Baca Artikel Berkenaan: Ini Antara Terma Penting Yang Perlu Ada Dalam Perjanjian Sewa. Take Note!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd