Now Reading
“Nak Dia Happy” – Kakak Kirim Komen Kononnya Dari Stranger Di Akaun Game Si Adik Curi Perhatian

“Nak Dia Happy” – Kakak Kirim Komen Kononnya Dari Stranger Di Akaun Game Si Adik Curi Perhatian

Menerusi video tular, kelihatan si kecil dikenali sebagai Aisyah menjerit teruja selepas akaun permainannya di aplikasi Zepeto menerima lima komen.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Dengan teknologi canggih masa kini, rata-rata masyarakat kini terdedah dengan aplikasi dan media sosial yang semakin meluas.

Ia bukan sahaja menjadi tumpuan golongan dewasa, malah ramai juga kanak-kanak yang sudah ada peranti sendiri untuk mengakses sebarang konten atas talian, termasuklah permainan video.

Jika dibandingkan dengan zaman dahulu, golongan anak muda sekarang lebih memilih untuk bermain di atas talian. Hal ini kerana permainan alam maya itu membolehkan mereka berkenalan dengan ramai orang.

Kakak Tunjuk Sokongan Kepada Adik Untuk Bahagiakannya

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila seorang wanita dikenali sebagai Mia (@user00mia) berkongsi video si adik bernama Aisyah yang sedang melayan satu aplikasi permainan atas talian dikenali sebagai Zepeto.

Untuk info, Zepeto membolehkan seseorang yang mempunyai akaun untuk cipta karakter avatarnya sendiri. Dalam aplikasi ini juga anda boleh berkenalan dengan individu tidak dikenali bukan sahaja di Malaysia malah dari negara luar juga.

Sumber: Zepeto Support

Namun menurut Mia, adiknya yang mempunyai akaun Zepeto tidak menerima sokongan yang banyak. Kata Mia, Aisyah mendapat satu maklum balas sahaja yang ditinggalkan dalam salah satu kontennya yang mana Aisyah sendiri mengirim komen tersebut.

Oleh disebabkan mahu menggembirakan hati si adik, Aisyah bertindak menggunakan akaun palsu semata-mata untuk meninggalkan komen buat adiknya yang aktif dalam Zepeto.

Dalam klip sama, kelihatan si adik bersorak, bergelak ketawa dan menjerit kerana teruja menerima komen-komen tentang avatarnya. Kanak-kanak itu juga dilihat dengan pantas mahu membalas setiap komen diterima. Memang comel!

“Adik aku excited (teruja) sebab dapat lima komen. Dia tak tahu dua daripada tu (komen dari) akaun palsu aku. Dua lagi akaun palsu mama,” kata Mia.

@user00mia

siapa ada zepeto, gi la comment, dia suka🫂. username:aisyah195

♬ sonido original – vivi

Tonton video penuh [DI SINI].

Perkongsian ini nyata mencuri perhatian ramai selepas meraih sejumlah 3 juta tontonan setakat artikel ini ditulis (25 Februari).

Selepas hantaran ini tular, orang ramai terutamanya warga TikTok turut menunjukkan sokongan yang tidak henti-henti buat Aisyah.

Tonton video penuh [DI SINI].

Ramai Pakat Sokong Akaun Aisyah Di Zepeto

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memuji Mia atas kesungguhannya membuatkan si adik gembira.

“Okaylah, ia masih satu komen walaupun dari orang yang sama, saya suka dengar suara happy dia,” kata seorang pengguna TikTok.

Malah ramai juga berkongsi bahawa mereka melakukan perkara sama untuk ahli keluarga supaya mereka tidak patah semangat menggunakan media sosial dan sebarang aplikasi.

“Comelnya teringat dekat mama sebab pernah juga buat macam ni, like dia punya post TikTok baru padahal tu semua akaun palsu aku. Walaupun 2-3 like je dia suka betul, rindu mama,” kata seorang wanita.

Sementara itu, warganet juga bermurah hati memberikan ‘gift’ kepada Aisyah untuk digunakan di dalam Zepeto tersebut.

Sumber: TikTok (@user00mia)

Baca Artikel Berkaitan: IKEA UK Tawar Pekerjaan Sebagai ‘Co-Worker’ Dalam Game Roblox

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Generasi Muda Buat Protes Digital, Sokong Palestin Di Roblox. Siap Ada Sepanduk & Laungan Takbir!

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Raih 9.7 Juta Views, Gelagat Lelaki Lakon Babak ‘Squid Game 2’ Di Stesen Ampang Park Bikin Ramai Terhibur


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd