Now Reading
“Standby Tech Mana?” – Dakwaan Lif Hotel Rosak Sebabkan Tetamu Terperangkap 2 Jam Undang Kemarahan

“Standby Tech Mana?” – Dakwaan Lif Hotel Rosak Sebabkan Tetamu Terperangkap 2 Jam Undang Kemarahan

Tetamu tersebut mendakwa pihak hotel hanya memberi kerjasama kepada pasukan bomba dan penyelamat setelah bayi mulai lemah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Insiden lif tersangkut bukanlah perkara asing, terutama di bangunan bertingkat. Sama ada di pejabat, pasar raya, atau kawasan perumahan, kejadian ini boleh berlaku pada bila-bila masa tanpa diduga.

Walaupun lif diselenggara secara berkala, masih ada risiko ia mengalami masalah teknikal.

Oleh sebab itu, setiap bangunan dengan kemudahan lif perlu mematuhi Tatacara Pengendalian Piawai (TPP) yang ditetapkan. Prosedur ini penting untuk memastikan keselamatan pengguna dan mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Baca Artikel Berkaitan: 2 Budak Lelaki Dilaporkan Hilang, Rupanya Terperangkap Dalam Lif 9 Jam

Baca Artikel Berkaitan: Kes 2 Kanak-Kanak Terperangkap Dalam Lif, Video CCTV Bongkar Punca Lif Terhenti?

Baca Artikel Berkaitan: Insiden Kanak-Kanak Terperangkap Dalam Lif Di Desa Petaling, Bapa Mohon Maaf

Tetamu Tersangkut Dalam Lif Selama 2 Jam

Baru-baru ini, tular satu perkongsian di laman TikTok (@intannoratini) yang memaparkan detik cemas apabila beberapa tetamu sebuah hotel tersekat dalam lif selama dua jam.

Lebih membimbangkan, insiden itu turut melibatkan seorang bayi dan beberapa kanak-kanak. Bayi berkenaan kelihatan lemah dan hanya tersandar di bahu seorang lelaki yang dipercayai bapanya.

Dalam keadaan lif yang semakin panas, si bapa dilihat cuba menyejukkan anaknya dengan mengipas-ngipas wajah bayi tersebut.

https://www.tiktok.com/@intannoratini/video/7474452626600447250
Tonton video penuh [DI SINI].

Netizen Berang Dengan Tindakan Pihak Hotel Yang Didakwa Tidak Memberi Kerjasama

Dakwaan dibuat pengguna TikTok ini mengundang kemarahan dan kebimbangan ramai, terutamanya dalam kalangan netizen yang menonton video tersebut.

Ada juga yang mempersoalkan tentang prosedur (TPP) pihak pengurusan hotel tersebut yang didakwa tidak melakukan sebarang inisiatif untuk mengeluarkan mangsa yang terperangkap.

Menurut beberapa pengguna TikTok, juruteknik lif yang bertugas sepatutnya sudah mengambil langkah awal (TPP) sekurang-kurangnya setengah jam pertama mangsa terperangkap.

Sumber: TikTok @intannoratini
Sumber: TikTok @intannoratini
Sumber: TikTok @intannoratini

Menerusi perkongsian terbaru di laman TikTok @intannoratini, bayi yang lemah tersebut berjaya dikeluarkan selepas dua jam terperangkap.

Anggota bomba telah dipanggil dan mereka berjaya mengeluarkan bayi tersebut melalui laluan ‘man trap’ di bahagian atas lif.

Video tersebut mengundang lebih banyak reaksi daripada orang ramai yang majoritinya meluahkan rasa marah.

Perkongsian tersebut sudah meraih 3.3 juta jumlah tontonan, setakat artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@intannoratini/video/7474952915086511378
Tonton video penuh [DI SINI].

Baca Artikel Berkaitan: “Menggigil Nak Mati” – Lelaki Terperangkap Dalam Lif Kondominium Hampir 2 Jam [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Menyusahkan Orang Lain” – Lelaki Tekan Hampir Semua Butang Lif Sebelum Keluar Raih Kecaman [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm FacebookTwitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd