Now Reading
[Video] Tindakan Pantas Si Ibu Selamatkan Anak Tercekik Daging Kambing Raih Perhatian

[Video] Tindakan Pantas Si Ibu Selamatkan Anak Tercekik Daging Kambing Raih Perhatian

Menerusi video tular, kelihatan kanak-kanak lelaki tersebut datang kepada ibunya dalam keadaan menangis dan mengadu sedang tercekik daging kambing.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kes individu tercekik adalah satu perkara serius dan perlu dititikberatkan oleh semua lapisan masyarakat. Jika lambat mendapatkan bantuan, insiden sebegitu boleh mengundang maut.

Seperti sebelum ini, orang ramai dikejutkan dengan berita pemergian adik Mohamad Fahmi yang meninggal dunia akibat tercekik sebiji gula-gula kenyal.

Selepas kira-kira dua hari tidak sedarkan diri, anak-kanak 10 tahun itu menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU), Hospital Pulau Pinang (HPP).

Baca Artikel Berkaitan: Kanak-kanak Tercekik ‘Gummy Mata’ Meninggal Dunia

Baca Artikel Berkaitan: Tercekik ‘Gummy Mata’, Bapa Hilang Semangat Lihat Anak Dalam Keadaan Kritikal

Baca Artikel Berkaitan: Murid Lelaki 10 Tahun Kritikal Gara-gara Tercekik Makan ‘Gummy Mata’

Si Kecil Tercekik Daging Kambing

Terbaharu, tular satu hantaran di laman TikTok (@ainneam) menyaksikan situasi cemas melibatkan ahli keluarga seorang wanita dikenali sebagai Aiennam di ruang tamu rumah.

Menerusi video perkongsian, kelihatan setiap ahli keluarga Aiennam sedang menikmati juadah makanan di depan mata dengan berselera. Namun lain pula yang terjadi apabila anak saudara Aiennam secara tiba-tiba datang ke arah ibunya dalam keadaan menangis.

Menurut si kecil, terdapat seketul daging kambing yang melekat pada anak tekaknya. Jika tidak dikeluarkan dengan segera, kanak-kanak lelaki tersebut berisiko untuk tercekik.

Si Ibu Lakukan Pertolongan Cemas Terhadap Anak

Untuk segelintir individu, mereka akan terus panik jika situasi sebegitu berlaku, tetapi tidak buat ibu budak lelaki berkenaan apabila dia dilihat tenang dan memulakan pertolongan kecemasan terhadap anak kesayangannya.

Selepas seketika membantu, akhirnya daging kambing tersebut berjaya keluar daripada tekaknya.

“Mujur kakak ipar tenang dan pantas buat teknik Heimlich (manuver Heimlich). Alhamdulillah semua okay. Pentingnya kita belajar asas first aid (pertolongan cemas) ni,” kata Aiennam.

Tambah Aiennam lagi, dia bersama ahli keluarga lain pada ketika itu terpinga-pinga dengan situasi yang berlaku kerana ia terjadi dengan begitu pantas.

@aiennam Alhamdulillah nasib baik semua okay! Panik dahhhh. #firstaid #heimlich #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #fypシ ♬ original sound – MAN KINABALU

Tonton video [DI SINI].

Orang Ramai Harap Masyarakat Belajar Asas Pertolongan Cemas Kes Tercekik

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memuji tindakan si ibu yang pantas mengendalikan situasi cemas dengan tenang.

“Wah bagus akak ni laju buat kerja. Asas ni, semua kena belajar,” kata seorang warganet.

Malah, ramai juga berpendapat bahawa kesedaran tentang langkah keselamatan jika terlihat seseorang tercekik perlu diuar-uarkan.

“Sebenarnya kita dah patut mulakan kesedaran tentang teknik Heimlich ni. Sebab bukan gummy je berkemungkinan (tercekik), banyak je makanan atau objek yang boleh buat tercekik,” ujar seorang pengguna TikTok.

Sementara itu, segelintir individu turut berkongsi pengalaman mereka apabila kenalan terdekat tercekik sesuatu jenis makanan sebelum ini.

“Anak saya 16 tahun tercekik tulang ayam sampai tak boleh bernafas. Bapak dia buat teknik ni Heimlich, alhamdulillah keluar tulang. Kena cepat dan pantas,” kata seorang wanita.

Sumber: TikTok (@ainneam)

Praktik Ilmu Gerakan Manuver Heimlich Jika Seseorang Tercekik

Untuk info, tercekik yang dialami oleh si kecil tersebut dikenali sebagai tercekik ringan yang mana mangsa masih boleh bernafas dan juga menangis.

Ciri-ciri lain yang boleh diperhatikan adalah mangsa boleh batuk dengan kuat. Ia bermaksud saluran pernafasan mangsa masih tidak terhalang sepenuhnya.

Sumber: Calm Clinic

Di sini kami kongsikan gerakan manuver Heimlich yang boleh dipelajari oleh setiap individu untuk membantu mangsa tercekik. Mana tahu ilmu ini berguna pada masa akan datang. Antaranya:

  1. Berdiri di belakang orang yang tersedak dan lingkarkan kedua tangan anda di sekitar pinggangnya seperti posisi memeluk.
  2. Jika orang tersebut dalam posisi berdiri, tempatkan salah satu kaki anda di antara kedua kakinya.
  3. Kepalkan salah satu tangan. Pastikan ibu jari masuk ke dalam kepalan. Letakkan kepalan tangan sedikit di atas pusar orang tersebut, tetapi di bawah tulang dada.
  4. Posisikan sisi luar ibu jari menghadap perut mangsa dan genggam kepalan tangan anda secara rapat.
  5. Dengan pantas, tekan kedalam dan keatas badan mangsa dengan genggaman anda.
  6. Kawal kekuatan mengikut umur individu sebagai contoh gunakan tenaga yang tidak begitu kuat untuk kanak-kanak.
Sumber: Medrite Urgent Cares

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd