Now Reading
[Video] Ramai Tersentuh Lihat Anak Umur 7 Tahun Terpaksa Pisah Dengan Ibu Bapa Demi Pelajaran

[Video] Ramai Tersentuh Lihat Anak Umur 7 Tahun Terpaksa Pisah Dengan Ibu Bapa Demi Pelajaran

Kanak-kanak 7 tahun di Pulau Tioman terpaksa berjauhan dengan keluarga demi pendidikan. Jarak dan kekurangan sekolah memaksa mereka tinggal di asrama.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pendidikan merupakan asas penting dalam membentuk generasi yang berilmu dan berdaya saing. Ia bukan sekadar soal akademik, tetapi juga melatih disiplin dan jati diri sejak usia muda.

Atas kesedaran itu, ramai ibu bapa sanggup berkorban demi memastikan anak-anak mereka mendapat pendidikan terbaik. Ada yang mengorbankan masa, tenaga, malah berjauhan dengan anak demi masa depan yang lebih cerah.

Mana tidaknya, ibu bapa sentiasa lebih tahu tentang masa depan anak-anak mereka, apatah lagi soal peluang kerjaya.

Baca Artikel Berkaitan: “Budak Asrama Je Faham” – Pelajar Tuang Air Atas Seterika Untuk Buat Air Panas Raih Pelbagai Reaksi

Baca Artikel Berkaitan: KPM Tambah Warden Asrama Bagi Elak Kes Buli

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Demi Nak Bantu Keluarga Kurang Berkemampuan, Peniaga Jual Baju Sekolah 3 Helai RM10

Anak Pulau Tinggal di Asrama Seawal Usia 7 Tahun

Baru-baru ini, sebuah video di TikTok (@amiechadaenia) menarik perhatian ramai apabila memaparkan kehidupan kanak-kanak dari Pulau Tioman yang tinggal di asrama seawal usia tujuh tahun.

Dalam video yang dikongsi, keluarga kanak-kanak itu membuat kejutan dengan melawatnya pada minggu pertama persekolahan.

“Kehidupan anak pulau, duduk asrama seawal tujuh tahun. Setiap malam angah menangis rindukan adik. Tapi angah pun pernah lalui semua tu. Seawal tujuh tahun dah kena berdikari sendiri.

“Tak ada mak ayah yang sanggup berjauhan dengan anaknya. Tapi demi menuntut ilmu, inilah caranya,” tulisnya di kapsyen video.

Keadaan geografi dan kekurangan kemudahan sekolah menyebabkan mereka tiada pilihan selain menetap di asrama.

https://www.tiktok.com/@amiechadaenia/video/7474204797059468551?embed_source=121374463%2C121468991%2C121439635%2C121433650%2C121404359%2C121497414%2C73319237%2C121477481%2C121351166%2C121487028%2C73347566%2C121331973%2C120811592%2C120810756%2C121503376%3Bnull%3Bembed_card_play&refer=embed&referer_url=www.kosmo.com.my%2F2025%2F02%2F23%2Fvideo-kehidupan-anak-pulau-darjah-satu-sudah-duduk-asrama%2F&referer_video_id=7474204797059468551
Tonton video penuh [DI SINI].

Jarak dan Pengangkutan Jadi Cabaran Utama

Menurutnya, sekolah yang menempatkan kanak-kanak ini terletak di Kampung Tekek, Pulau Tioman. Bagi mereka yang tinggal di Kampung Paya, satu-satunya cara untuk ke sekolah adalah dengan menaiki bot.

Namun, cuaca dan keadaan laut yang tidak menentu sering menjadi cabaran utama. Jika laut bergelora atau hujan lebat, perjalanan ke sekolah menjadi sukar dan boleh mendatangkan risiko keselamatan. Keadaan ini menyukarkan murid-murid untuk hadir ke sekolah secara konsisten.

Oleh itu, ramai ibu bapa mengambil keputusan untuk menghantar anak mereka ke asrama. Pada masa yang sama, ibu bapa juga tidak perlu risau tentang keselamatan anak-anak mereka.

Ramai Sebak Dengan Keadaan Keluarga Itu

Melihat di ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa tersentuh dan sebak melihat perkongsian video berkenaan. Rata-rata netizen memahami betapa besar pengorbanan yang perlu dilalui oleh keluarga tersebut.

Ada yang berkongsi pengalaman serupa, malah tidak kurang juga yang memuji ketabahan kanak-kanak itu dalam menghadapi kehidupan di asrama pada usia yang begitu muda.

Selain itu, ramai yang mendoakan agar anak kecil itu terus kuat dan berjaya dalam pelajaran, serta dipermudahkan segala urusan buat keluarganya.

Sumber: TikTok @amiechadaenia
Sumber: TikTok @amiechadaenia
Sumber: TikTok @amiechadaenia

Pengorbanan ini bukanlah sesuatu yang mudah, tetapi ia perlu demi masa depan anak-anak. Walaupun sukar, ibu bapa tetap memberikan sokongan agar anak-anak terus bersemangat belajar. Demi pendidikan, mereka sanggup berjauhan seketika dengan harapan anak-anak mereka mencapai kejayaan.

Baca Artikel Berkaitan: Rider Dedah Sering Berbaring Di Kubur Ibu Kerana Rindu Pada Insan Tercinta

Baca Artikel Berkaitan: Keluarga Hanya Perasan Anak Tertinggal Di Homestay Setelah 30 Minit Perjalanan

Baca Artikel Berkaitan: Gamuda Cove Bakal Ada 2 Sekolah Rendah Baru!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd