[Video] “Rakyat Malaysia Tak Pernah Serius” – Pakcik Berjalan Di KLIA Disorak Bikin Ramai Terhibur
Difahamkan orang ramai di situ sedang menunggu untuk bersorak ketibaan kumpulan K-Pop terkenal. Lain pula jadinya bila pakcik itu berjalan di hadapan mereka.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Menjadi satu norma dalam kalangan golongan muda menunggu dan meraikan kehadiran orang ternama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Biasalah, jiwa muda yang bersemangat dengan hiburan. Kadang-kadang, aktiviti ini juga yang menjadikan negara kita terkenal dengan budaya mesra dalam penerimaan tetamu.
Lain pula jadinya apabila sekumpulan orang muda ini berkumpul di Balai Ketibaan dan bersorak secara rawak kepada orang-orang yang lalu di kawasan itu.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Gelagat Mat Salleh Selamba Ikut Ultras Sorak Di Stadium Jadi Perhatian Ramai
Baca Artikel Berkaitan: KLIA Duduki Tangga Ke-8 Lapangan Terbang Paling Teruk Di Asia, Ini Sebabnya
Pakcik Terhibur Ramai Sorak Ketika Berjalan di KLIA
Baru-baru ini, suasana di Balai Ketibaan KLIA menjadi riuh apabila peminat kumpulan K-Pop terkenal, Infinite, yang sedang menunggu kedatangan mereka memilih untuk bersorak secara rawak kepada individu yang lalu-lalang di situ.
Detik spontan ini dirakam dan dikongsi di TikTok (@cherrylattecake), memperlihatkan seorang pakcik disorak ramai secara tiba-tiba semasa sedang berjalan di kawasan tersebut.
Tanpa menyangka dirinya menjadi tumpuan, pakcik itu kelihatan melayan sorakan mereka dengan tenang walaupun dia seolah-olah cuba memahami situasi yang berlaku.
Lebih mencuit hati, dia melambai-lambai kepada mereka seperti seorang tetamu penting. Gelagatnya yang bersahaja menambahkan lagi kemeriahan suasana.
Aksi spontan ini bukan sahaja menghiburkan peminat di situ, malah menceriakan suasana di KLIA. Seketika, orang ramai yang berada di Balai Ketibaan turut terhibur dengan interaksi lucu tersebut.
Ramai Terhibur Lihat Kerenah Rakyat Malaysia
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa terhibur dengan aksi bersahaja pakcik itu. Ramai yang memuji sikapnya yang “sporting” dan tidak kekok melayan gurauan anak muda.
Ada juga yang berpendapat bahawa rakyat Malaysia sememangnya terkenal dengan sikap mesra dan mudah terhibur. Insiden seperti ini mencerminkan keharmonian dan hubungan baik antara generasi.





Momen lucu ini membuktikan bahawa kebahagiaan boleh datang dari perkara kecil. Daripada menunggu dalam kebosanan, peminat di KLIA berjaya mencipta suasana ceria dengan cara mereka sendiri.
Konsert Jelajah Dunia Kumpulan K-Pop Terkenal Infinite
Untuk info, Infinite merupakan kumpulan K-Pop generasi kedua yang terkenal, sebaris dengan BigBang, SHINee, dan 2NE1. Pada Disember lepas, mereka melancarkan Konsert Jelajah Dunia bersempena ulang tahun ke-15.
Lagu popular mereka, Bad, telah meraih 56 juta tontonan, membuktikan pengaruh besar mereka dalam industri. Konsert jelajah ini membawa mereka ke pelbagai lokasi di Asia Tenggara, termasuk Taipei, Macau, Jakarta, Singapura, Yokohama, Kuala Lumpur, dan Hong Kong.
Diselia di bawah Woollim Entertainment, Infinite terus menjadi tumpuan peminat global, termasuk di Malaysia. Kejayaan mereka membuktikan bahawa muzik mereka masih relevan dan kekal di hati peminat mereka, Inspirit, hingga kini.
Baca Artikel Berkaitan: KLIA Dinobat Sebagai Lapangan Terbang Dengan Kualiti Perkhidmatan Terbaik Di Dunia
Baca Artikel Berkaitan: “Ingat Ada Artis K-Pop” – Ramai Bersorak Di KLIA Ketika Hantar Rakan Belajar Ke Overseas Curi Perhatian
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



