[Video] Minum Air Halal Guna Botol Arak, Apa Hukumnya?
Menurut seorang mutawwif dikenali sebagai Ustaz Rahim Azhari, menggunakan gelas berlogo arak boleh mengundang fitnah.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Umum mengetahui pengambilan arak adalah diharamkan buat mereka yang beragama Islam. Bahkan, golongan Muslim juga dinasihati untuk elak mendekati minuman tersebut.
Namun ada juga kes di mana, sesetengah restoran menyajikan air di dalam gelas berserta logo arak meskipun minuman berkenaan adalah halal.
Perkara ini kemudian menjadi tanda tanya sama ada penggunaan botol arak dan seumpamanya ini dibolehkan atau pun tidak.
Baca Artikel Berkaitan: Umat Islam Haram Pakai Baju Ada Tulisan Atau Jenama Arak & Judi
Baca Artikel Berkaitan: Bekerja Di Kedai Jual Rokok Haram Dalam Islam, Betul Ke?
Baca Artikel Berkaitan: Apakah Hukum Orang Islam Pakai Jersi Bola Sepak Ada Logo Syarikat Judi & Arak? Ini Penjelasannya
Hukum Individu Minum Air Biasa Guna Botol Arak
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila seorang ustaz dan mutawwif dikenali sebagai Rahim Azhari (@rahimazhari) menjawab soalan yang diterima tentang hukum individu menggunakan gelas berlogo arak atau botol arak yang dicuci untuk minum air biasa (halal).
Menurut Ustaz Rahim, arak dikategorikan sebagai najis mutawassitah (pertengahan). Cara bagi menyucikan najis ini adalah dengan mengalirkan air sehingga hilang kesan-kesan ain (benda yang dilihat) najis tersebut dan juga sifat-sifatnya sama ada warna, rasa dan bau.

Jika ia sudah disucikan dengan betul, maka tiada masalah untuk individu menggunakan cawan berlogo arak untuk minum air kosong atau jus misalnya. Tetapi, ia adalah makruh dan tidak digalakkan.
“Kalau dah hilang semua tu, kita yakin suci dan gunakan benda tu (gelas berlogo arak atau botol arak) untuk minum tidak ada masalah. Hukumnya boleh,” kata beliau.
Minum Air Biasa Guna Botol Arak Undang Fitnah
Pun begitu, anda perlu memastikan bahawa perbuatan itu tidak menjurus kepada fitnah, kecaman atau persepsi negatif daripada orang lain.
Jelas Ustaz Rahim, kebanyakan kes sebegini sememangnya akan mengundang kepada fitnah.
Memetik Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, ia sekaligus boleh menjatuhkan martabat agama Islam. Perkara tersebut perlu dijauhi sebagaimana satu kaedah disebut Saidina Umar R.A,:
“اتَّقُوا مَواضِعِ التُّهَمِ”
Maksudnya: “Berhati-hatilah kalian dengan ruang-ruang tohmahan.”

Elak Lakukan Perkara Yang Menjurus Fitnah Kepada Islam
Jelas beliau lagi, keputusan seseorang untuk menggunakan botol arak atau gelas berlogo arak bukan sahaja mendatangkan fitnah kepada diri sendiri tetapi juga ajaran agama Islam terhadap umatnya.
“Kalau sesiapa yang memilih jalan yang mendatangkan fitnah, maka dia akan difitnah. Jadi kalau kita buat keputusan untuk pergi kedai yang ada jual arak, tapi kita order air biasa dan letakkan air tersebut dalam gelas arak.
“Lepas tu kita paparkan pula di media sosial dan umum. Benda tu datangkan fitnah tak? Jelas terang dan nyata akan datangkan fitnah untuk kita orang Islam,” ulas Ustaz Rahim.
Oleh yang demikian, Ustaz Rahim menasihati orang ramai untuk mengelak berkunjung ke tempat menjual arak dan memilih tempat lain untuk meluangkan masa.
@rahimazhari Replying to @Shahrul Amir Ahmad Kamal ♬ Emotional Cinematic Sad Violin and Piano – ISAo
Tonton video [DI SINI].
Guna Botol Arak Boleh Timbulkan Perasaan Ingin Cuba Untuk Ambil Minuman Haram
Menjengah ke ruangan komen, ada individu yang berpendapat penggunaan botol arak atau sedemikian untuk minum air biasa boleh mengundang kepada perasaan ingin tahu.
“Betul, fitnah satu hal. Nanti perasaan ingin mencuba (arak) tu pun tiba-tiba datang,” kata seorang lelaki.
Sementara itu, segelintir individu turut menasihati masyarakat agar mengelakkan perkara yang jelas tidak membawa faedah kepada diri sendiri.
“Terima kasih ustaz. Sangat jelas, kalau ragu-ragu dan tak mendatangkan manfaat lebih baik tinggalkan,” ujar seorang wanita.
Sementara itu, ada juga warganet yang berkata dia tidak akan menyentuh botol atau gelas arak meskipun ia sudah disucikan kerana tidak berasa yakin.









Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



