Now Reading
“On Ke?” – Polis Trafik Tahan ‘Rider’ Pakai GoPro Tarik Perhatian Ramai, Video Raih 1 Juta Tontonan

“On Ke?” – Polis Trafik Tahan ‘Rider’ Pakai GoPro Tarik Perhatian Ramai, Video Raih 1 Juta Tontonan

Menerusi video yang dikongsi, penunggang motosikal terbabit telah ditahan oleh polis trafik akibat tidak menggunakan laluan khas.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Rata-rata kereta pasti akan memasang dashcam bertujuan untuk memudahkan pemandu sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini seperti kemalangan jalan raya.

Bagi penunggang motosikal pula, mereka biasanya akan memakai kamera di bahagian helmet seperti GoPro.

Namun siapa sangka peranti ini juga boleh membuat pemiliknya ‘kantoi’ jika melakukan suatu kesalahan trafik!

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kemalangan Beberapa Kenderaan Gara-Gara Tak Jaga Jarak Di Lorong Kanan Undang Perhatian

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Taufan Yagi: Dashcam Kereta Rakam Saat Jambatan Di Vietnam Runtuh

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pelajar Lesen ‘L’ Tukar Lorong & Brek Mengejut Di Jalan Raya, 4 Pemandu Terlibat Kemalangan

Polis Tahan Motosikal Guna Laluan Kenderaan Lain Di Plaza Tol

Itulah yang berlaku pada seorang pengguna TikTok (@naimzlkfl) ketika sedang menunggang motosikal beberapa hari lalu.

Menerusi rakaman video yang dikongsikan, dia telah melakukan kesalahan trafik apabila tidak menggunakan laluan motosikal. Sebaliknya, dia dilihat memasuki laluan bagi kenderaan lain di plaza tol.

Sebaik sahaja melepasi palang di tol berkenaan, barulah dia tersedar bahawa terdapat pihak berkuasa yang sedang menunggu di hadapan.

Penunggang Motosikal Pakai Helmet Dengan GoPro

Sebaik sahaja dia menghentikan motosikal, polis berkenaan terus meminta dia mengeluarkan dokumen penting. Menyedari kamera yang dipasang pada helmet, polis itu kemudiannya bertanyakan sama ada kamera itu sedang merakam.

“On ya? Maknanya itupun boleh tunjukkan kesalahan-kesalahan awak. Senang. Nak flashback balik tengok papan tanda kat mana semua ada,” ujarnya sambil ketawa kecil.

Dia kemudiannya menyerahkan kad pengenalannya kepada polis itu sebelum dikenakan saman sebanyak RM100.

https://www.tiktok.com/@naimzlkfl/video/7473380331995860232

Tonton video penuh [DI SINI].

Pengguna Media Sosial Seloroh Penunggang Motosikal Seolah-Olah Bayar ‘Tol’

Perkongsian tersebut sememangnya menarik perhatian ramai sehingga meraih satu juta tontonan dan lebih 35 ribu tanda suka.

Menjenguk di ruangan komen, seorang pengguna media sosial berkata dia juga telah ditahan polis trafik di kawasan yang sama. Difahamkan mungkin pihak berkuasa selalu menunggu di sana kerana ramai penunggang motosikal yang melakukan kesalahan sedemikian.

Di samping itu, ada juga yang bersenda bahawa GoPro yang dipakai bagi tujuan keselamatan diri telah ‘memakan tuan’.

Dalam pada itu, seorang pengguna media sosial bertanya mengapakah ada penunggang motosikal yang masih tidak menggunakan laluan khas. Penunggang motosikal yang ditahan tadi menjelaskan bahawa dia tidak menggunakan laluan khas tersebut kerana keadaan jalan yang tidak elok.

Jalan Sempit & Gelap Antara Sebab Penunggang Motosikal Tak Guna Laluan Khas

Bagi pengguna jalan raya, pasti tahu bahawa sesetengah kawasan menyediakan laluan khas bagi motosikal terutamanya berhampiran plaza tol dan di lebuh raya. Namun masih ada penunggang yang tidak menggunakan laluan tersebut.

Ebid Motor dalam artikelnya telah menyenaraikan beberapa punca yang menyebabkan banyak penunggang motosikal tidak mahu menggunakan laluan khas. Antaranya:

  • Takut akan ancaman.
  • Jalan tidak terurus.
  • Jalan sempit.
  • Jalan gelap dan dibiarkan tanpa pencahayaan.
  • Risau tersalah ‘exit’.
  • Sukar meminta bantuan sekiranya motosikal rosak.

Namun kegagalan mematuhi laluan yang disediakan boleh menyebabkan penunggang motosikal dikenakan tindakan dan saman mengikut Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Anggota Polis Bayar Kos ‘Repair’ Lepas Tahan Motosikal 2 Kali Langgar Lampu Merah Kerana Brek Rosak

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Hampir Dirempuh Motosikal, Insiden Kontena Tercabut Dari Kepala Lori Bikin Ramai Seriau

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pendaratan Payung Terjun Tersasar, Anggota TDM Terlanggar Penunggang Motosikal


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd