Now Reading
[Video] Tanah Mendap Di Kawasan Uptown Danau Kota Buat Ramai Bimbang

[Video] Tanah Mendap Di Kawasan Uptown Danau Kota Buat Ramai Bimbang

Menurut anggota bomba dikenali sebagai Yusof, tanah mendap yang berada di pejalan kaki berhampiran Uptown Danau Kota, Setapak itu adalah sedalam 4 meter.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pada 23 Ogos 2024, masyarakat digemparkan dengan insiden tanah mendap yang berlaku berhampiran Malayan Mansion di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.

Tanah mendap tersebut mengakibatkan seorang mangsa wanita warga India, G Vijaya Lakshmi terjatuh dan tertimbus di dalam lubang benam sedalam kira-kira enam meter. 

Selepas sembilan hari bertungkus-lumus menjejaki wanita itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa memaklumkan bahawa operasi mencari dan menyelamat (SAR) dihentikan serta-merta atas faktor keselamatan.

Insiden duka cita ini sekaligus membuatkan orang ramai hiba dan takut dengan mana-mana tanah mendap.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Wanita Terjerlus Di Masjid India: Suami Dedah Dengar Jeritan Isteri Sebelum Senyap

Baca Artikel Berkaitan: Keluarga Mangsa Tanah Jerlus Masjid India Terima Sumbangan RM30,000 Dari DBKL

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Terselamat Dari Insiden Tanah Mendap Di Masjid India Peluk Islam

Tanah Mendap Sedalam 4 Meter Berlaku Di Setapak

Terbaharu, tular satu hantaran di laman TikTok (@battosaimy) apabila seorang anggota bomba dikenali sebagai Yusof berkongsi situasi cemas iaitu tanah jerlus yang dikatakan berlaku di atas pejalan kaki bersebelahan Pangsapuri Indah, Setapak, Kuala Lumpur.

Jelas anggota bomba terbabit, kejadian berada lebih kurang 150 meter dari lokasi tumpuan ramai, Uptown Danau Kota.

Menurut Yusof, tanah mendap itu dianggarkan sedalam 4 meter. Jelasnya lagi, lokasi tersebut merupakan kawasan meletakkan kenderaan bagi pengunjung uptown.

“Risau sebab lubang tu (nampak) kecil. Orang ingat tak ada apa. Tapi hakikatnya lubang tu dalam dan besar,” ujarnya.

DBKL Sudah Mulakan Kerja Baik Pulih

Bagi menjaga keselamatan orang ramai, pihak bomba memasang sawar-sawar dan kon sekeliling lokasi kejadian.

Ambil maklum tentang kes itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga telah menampalkan notis dan memulakan kerja-kerja baik pulih pejalan kaki pada pagi Khamis (20 Februari).

Bukan itu sahaja, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga dimaklumkan berada di lokasi kejadian bagi mengawal situasi terbabit.

Baca Artikel Berkaitan: Tular Video Kononnya Tanah Mendap Di Jalan Sultan Ismail, Ini Penjelasan Dari DBKL

Sumber: TikTok (@battosaimy)

Yusof Minta Pengunjung Uptown Danau Kota Berhati-hati

Bimbang dengan keselamatan individu, Yusof menasihati orang ramai untuk sentiasa berwaspada dan cuba mengelak berada di lokasi kejadian buat sementara waktu.

“Hati-hati yang mana yang pergi Uptown Danau Kota tu. Ada tanah jerlus kedalaman hampir 4 meter. Beringat sebelum terkena. Takut tragedi Masjid India berulang je.

“Takut bila ramai orang penuh satu tempat tu jadi mendapan,” kata Yusof.

@battosaimy Mana2 yg berhampiran uptown danau kota berhati2 ketika melalui jalan ni. #uptowndanaukota #tanahjerlus #masjidindia #redalert #fyp ♬ Situasi Darurat – Luwla Sound

Tonton video [DI SINI].

Orang Awam Bimbang Untuk Berkunjung Ke Kawasan Setapak

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai meluahkan rasa bimbang dengan kes tanah mendap yang semakin berleluasa sekitar ibu kota.

“Sejak kes aunty tu (kes tanah jerlus Masjid India), aku terus trauma nak pergi KL jujur cakap. Otak aku macam-macam fikir,” kata seorang pengguna TikTok.

Malah ramai juga berkata mereka akan mengelak pergi ke uptown berkenaan untuk membeli persiapan Raya Aidilfitri pada tahun ini.

“Black list la uptown Danau Kota kalau nak beli-belah. Selalu pergi sini masa nak raya,” ujar seorang wanita.

Sementara itu, ada individu yang berkata dia hampir terjatuh ke dalam tanah mendap bersebelahan pangsapuri tersebut.

“Lagi sikit nak jatuh dalam ni semalam. Nasib rakan tegur, kalau tak dah travel pergi alam lain dah,” kata seorang wanita.

Sumber: TikTok (@battosaimy)

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Satu Lagi Kejadian Tanah Mendap Di Masjid India

Baca Artikel Berkaitan: Punca Tanah Jerlus Di Kampung Kerinchi Bukan Disebabkan Oleh Paip Pembetungan Awam – IWK 

Baca Artikel Berkaitan: Tanah Mendap: PM Beri Jaminan Kuala Lumpur Masih Selamat Untuk Dikunjungi


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd