[Video] Konon Jumpa Buaya Di Sungai Dekat Mid Valley, Gelagat Sekumpulan Rakan Ini Bikin Ramai Geli Hati
Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan wanita berkenaan bersama rakan sepejabatnya gigih mencari buaya yang tular berada di sungai terbabit menerusi tingkap di pejabat mereka.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Sebelum ini, tular video memaparkan seekor buaya sedang ‘bersantai’ di Sungai Klang berdekatan dengan pusat membeli-belah The Garden Mid Valley dan juga KL Eco City.
Penemuan haiwan reptilia itu secara tidak langsung telah menarik perhatian orang ramai selepas video berkenaan tular.
Malah sepasukan Anggota Pertahanan Awam (APM) juga dilaporkan berada di lokasi untuk memantau kehadiran haiwan berkenaan di Sungai Klang berkenaan.
Gelagat wanita dan rakan pejabat sibuk cari buaya raih perhatian
Namun di sebalik kekecohan itu, tular video seorang wanita dan juga rakan sepejabatnya begitu asyik mencari keberadaan buaya berkenaan dari jauh.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Azzu di TikTok, pada mulanya dia dan rakan-rakan berada di tepi cermin dipercayai di pejabat mereka yang berada berdekatan dengan sungai untuk melihat keadaan semasa.
Dalam video itu jelas kelihatan beberapa anggota APM sedang sibuk melakukan kerja pemantauan untuk mengesan haiwan reptilia berkenaan.
Perkara itu secara tidak langsung turut membuatkan Azzu dan rakannya mencari keberadaan buaya yang ada di sungai berkenaan.
Malah kedengaran mereka membincangkan di manakah kemunculan buaya yang dirakamkan dalam video tular sebelum ini.
Kononya dah jumpa buaya sekali biawak
‘Kekepohan’ di antara wanita itu dan rakan pejabatnya berterusan sehingga beberapa ketika. Mereka secara tiba-tiba kemudiannya seperti terkejut seolah-olah sudah menjumpai buaya berkenaan.
Namun sebaik sahaja Azzu menghalakan kamera untuk merakam haiwan yang sedang merangkak di kawasan berdekatan sungai berkenan mereka kemudian menyedari ia bukan reptilia yang dicari.
Sebaliknya haiwan yang sedang merangkak itu adalah biawak bersaiz besar.
“Haaaa tu, dia tengah jalan. Haaa tu, sebelah sini, sebelah sini. Wei nampak wei nampak, ni ha tengah jalan,” kata mereka dengan teruja.
Di ruang kapsyen, Azzu memaklumkan apabila melihat semula video itu mereka kemudian menyedari ia bukan buaya seperti disangka tetapi biawak.
“Kecoh kan hari ni ada buaya dekat Mid Valley. Pejabat kita orang boleh nampak bawah tu, buaya memang ada tapi dah pergi tempat lain. Kita orang atas pejabat ni kepoh masing-masing.
“Masing-masing tak kenal buaya ke biawak ke, gelak sendiri bila tengok balik video ni sebabnya biawak… Patut abang APM tak tangkap, sebab buaya dah lari,” katanya.
Ramai terhibur lihat gelagat wanita dan rakan begitu asyik mencari buaya
Melihat di ruangan komen, ramai yang terhibur melihat gelagat wanita itu dan rakan sepejabatnya.
Tidak kurang juga ada yang mengatakan biawak yang berada di sungai terbabit kebiasaannya mempunyai saiz yang besar maka tidak hairanlah jika mereka menyangka ia adalah buaya pada awalnya.
“Ya Allah, apa salah biawak tu hahahha”

“Biawak pun macam buaya dah”

“Letih aku dengar, suka masing-masing.”

“Kesian dia (biawak) kena fitnah”

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.