Now Reading
“Seram Tapi Menjadi!” – Telatah Influencer Makeup Ala Labubu Bikin Ramai Geli Hati

“Seram Tapi Menjadi!” – Telatah Influencer Makeup Ala Labubu Bikin Ramai Geli Hati

Influencer dikenali sebagai Sofea Shra itu membuat solekan ala Labubu kerana mahu melihat sendiri reaksi ibunya yang menggemari patung tersebut.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Lumrah sebagai seorang wanita, golongan ini sangat menyukai kecantikan. Bukan sahaja makeup biasa, malah sesetengah kalangan kaum Hawa sudah mula menerokai solekan berupa ‘eksotik’.

Seperti sebelum ini, seorang wanita mendapat perhatian ramai selepas dia memakai kostum dan makeup dari karakter Valak ketika sedang memandu.

Lebih menghiburkan adalah dalam perjalanan ke sebuah majlis makan malam, wanita itu berdepan dengan satu sekatan jalan raya (SJR) yang dilakukan oleh pihak polis. Banyak-banyak hari, waktu itu juga ada road block.

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Mekap & Pakai Macam ‘Valak’ Buat Polis Terkejut Ketika SJR

Baca Artikel Berkaitan: “Betul-Betul Rare” – Ramai Teruja Lihat Pengantin Pilih Tema Doom & Gothic Ketika Majlis Sanding

Baca Artikel Berkaitan: Malaysian Woman Scammed RM20k Trying To Buy A Batch Of Labubu Dolls

Influencer Pakai Alat Solek Tema Patung Labubu

Terbaharu, tular satu hantaran di laman TikTok (@sfeashraa) apabila influencer Sofea Shra tampil dengan satu lagi tutorial makeup. Namun kali ini bukan sekadar solekan biasa ya, Sofea mendapat inspirasi untuk makeup ala figura kegemaran ibunya.

Menurut Sofea, ibunya sangat obses dengan patung Labubu yang turut diminati orang ramai pada ketika ini.

“Aku tak tahu siapa yang ajar mak aku dan pengaruh dia untuk ada hobi ni. Tapi tahu-tahu je dia dah ada koleksi yang lengkap. Biasanya kan Labubu bogel (tak berpakaian) kan? Tapi mak aku punya level siap pakaikan baju, seluar, aksesori dengan kasut Gucci,” katanya.

Sumber: TikTok (@sfeashraa)

Berbalik kepada tutorialnya, Sofea memulakan solekan itu dengan memakai base bedak foundation. Dia kemudian melukis mulut Labubu yang kelihatan seperti watak badut fiksyen ‘Joker’.

Untuk memastikan ia sama seperti patung berkenaan, Sofea turut melukis sembilan batang gigi tajam. Walaupun pada awalnya, wanita itu berasa was-was dengan rupanya, tetapi Sofea mengamalkan konsep, “Trust the process”.

Sumber: TikTok (@sfeashraa)

Ketika melukis mata Labubu pula, Sofea dilihat berdekah dan tertawa kerana tidak sangka dengan rupa parasnya yang kelihatan agak luar biasa. Bahkan rakannya juga berkata Sofea kelihatan seperti hantu.

Walaupun ia kelihatan agak aneh tetapi Sofea memang jelas kelihatan seperti Labubu tetapi dalam saiz gergasi, siap dengan blusher pink!

Sumber: TikTok (@sfeashraa)

Naik E-Hailing Sambil Pakai Makeup Ala Labubu

Siap sahaja keseluruhan makeup itu, Sofea memesan e-hailing, Grab untuk ke rumah ibunya. Mana tidaknya, selepas bertungkus-lumus cuba menyerupai Labubu, mesti Sofea nak lihat reaksi si ibu.

“Grab aku dah sampai. Aku hanya harap dia (pemandu) tak tiba-tiba tinggalkan lepas nampak aku macam ni,” kata pempengaruh tersebut.

Ketika menaiki kereta, Sofea sempat meminta maaf kepada pemandu kerana muncul dalam rupa sebegitu selain memintanya untuk tidak berasa takut.

“Eh tak apa saya tahu awak ada tempat nak pergi,” kata pemandu itu.

Sumber: TikTok (@sfeashraa)

Si Ibu Rasa Seram Tengok Muka Sofea Seperti Labubu

Tiba di saat yang paling ditunggu-tunggu iaitu reaksi mak Sofea, influencer itu hanya mampu tergelak selepas si ibu berasa terkejut melihat mukanya.

“Ish! OMG menakutkan siot,” ujar si ibu.

@sfeashraa surprising my mom by turning myself into labubu…. wearing skintific powder foundation @skintific.my ♬ Comical, fun, cute, video background music(1124511) – Lill Lilly

Tonton video [DI SINI].

Ramai Terhibur & Rasa Seram Sejuk Lihat Sofea Menyerupai Patung Labubu

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai turut terhibur dengan gelagat Sofea yang makeup sebagai patung Labubu gergasi. Ramai berpendapat Sofea berjaya menyerupai patung comel ini.

Malah ramai juga yang berseloroh dan menyakat Sofea yang menyerupai Labubu.

“Halloween tahun ni awal sangat ke?” tanya seorang pengguna TikTok.

Sementara itu, ramai juga geli hati dengan reaksi abang Grab yang dilihat seolah-olah pasrah menerima penumpang dengan rupa Labubu.

“Mesti pemandu Grab tu ingat you nak pergi cosplay event 😭,” kata seorang netizen.

Sumber: TikTok (@sfeashraa)

Lisa Blackpink Sebabkan Kegilaan Labubu

Bagi anda yang tidak mengenali patung Labubu ini, ia sebenarnya direka oleh pelukis Hong Kong, Kasing Lung dalam siri ‘The Monsters’.

Diperkenalkan pada tahun 2015, Lung kemudiannya berkerjasama dengan syarikat permainan, Pop Mart sebelum terhasilnya pelbagai patung dan perhiasan Labubu.

Bukan sahaja diminati si kecil, malah ramai juga golongan dewasa yang obses dengan patung tersebut. Siap buat koleksi di rumah atau bilik tidur. Jadikan sebagai keychain pun ada!

Sumber: Instagram (@lalalalisa_m)/ Tebureng

Patung tersebut kemudiannya menjadi kegilaan ramai selepas penyanyi terkenal K-pop, Lisa BLACKPINK, memuat naik gambar Labubu yang dihiaskan pada beg di media sosialnya.

Di laman web Pop Mart, patung Labubu dijual bermula pada harga RM49.80 (siri blind box) dan boleh mencecah sehinga RM399 bagi bersaiz mega.

Baca Artikel Berkaitan: Jadi Kegilaan Ramai, Apakah Hukum Umat Islam Kumpul Patung Labubu?


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd