“Nasib Kem Survival” – Lelaki Guna Stoking Untuk Perah Santan Undang Pelbagai Reaksi
Perkakas memasak yang terhad dalam program survival itu menyebabkan sekumpulan pelajar tersebut menggunakan stoking baru untuk memerah santan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Apabila berada di alam persekolahan atau institusi pengajian, terdapat pelbagai program yang dianjurkan bagi meningkatkan bakat dan kemahiran hidup para pelajar.
Antara aktiviti popular yang sering dilakukan pada setiap tahun adalah program perkhemahan di dalam hutan. Nama pun rimba, sudah tentu barangan di sana pun adalah terhad, tidak sama seperti di rumah.
Oleh disebabkan itu, peserta perlu menggunakan segala kemahiran yang ada untuk kekal bertahan di sana. Sebagai contoh menggunakan bahan-bahan semula jadi dari pokok untuk menyediakan makanan atau mengasah alatan tajam yang ada sebagai pisau.
Sekumpulan Pelajar Lelaki Memasak Dalam Program Survival
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila seorang lelaki dikenali sebagai Burhanuddin (@burhanuddinamir22) berkongsi situasi sekumpulan pelajar lelaki yang menyertai sebuah program kemandirian hidup (survival).
Menerusi video tersebut, pelajar-pelajar tersebut dilihat sedang memasak hidangan ayam masak lemak.
Oleh disebabkan mempunyai perkakas memasak yang terhad, pelajar dari Kelantan ini perlu menggunakan idea kreatif mereka untuk menyiapkan masakan itu dengan sempurna.
Pelajar Guna Stoking Untuk Perah Santan Kelapa
Macam yang kita tahu, bagi mendapatkan rasa pekat daripada gulai, anda perlu meletakkan santan segar ke dalam kuah. Tetapi seperti semua sedia maklum, memang susah nak cari mesin pemarut kelapa di program sebegitu.
Lain-lain daripada lain, kumpulan ini telah menggunakan sehelai stoking untuk memerah santan berkenaan. Apa yang dilakukan oleh mereka adalah dengan meletakkan kelapa parut ke dalam stoking, lalu memerahnya dengan kuat bagi mengeluarkan santan.
Jelas Burhanuddin, stoking yang digunakan adalah baharu dan bukannya sudah dipakai oleh mana-mana individu di situ.

Burhanuddin turut berseloroh dengan mengatakan kaedah yang dilakukan pelajar tersebut dipanggil sebagai ‘Teknik al-Kaki’.
“Jangan tanya perah santan guna apa. Kita guna apa yang ada je,” kata Burhanuddin.
@burhanuddinamir22 Survival#cook #masakansimple #student #man#food ♬ original sound – Hezron Henrry – HezMusic
Tonton video [DI SINI].
@burhanuddinamir22 Survival #kelantan #student #man #cooking ♬ Funny video "Carmen Prelude" Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)
Tonton video [DI SINI].
Idea Pelajar Guna Stoking Untuk Perah Santan Undang Pelbagai Reaksi
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai berasa terkejut dengan idea pelajar itu yang menggunakan stoking untuk memerah santan.
“Memang la zaman sekolah belajar cara nak survive dalam rimba. Tapi kalau macam ni, dalam rimba kena cirit-birit pulak. Makin tak survive lah,” kata seorang lelaki.
Malah segelintir individu berpendapat bahawa pelajar tersebut sebenarnya boleh sahaja memerah santan menggunakan tangan kerana ia adalah lebih mudah.
“Perah macam tu sahaja, tak perlu letak dalam stoking. Cuma kena letak air sikit,” ujar seorang pengguna TikTok.
Sementara itu, ramai juga yang kembang tekak meskipun stoking berkenaan adalah baharu.
“Walaupon stoking tu baru, aku tetap loya tekak nak makan,” kata seorang wanita.
















Tips Perah Santan Agar Ia Lebih Pekat
Tidak ramai di antara kita yang tahu cara terbaik untuk memerah santan agar ia lebih pekat. Nak perah santan pun ada caranya tau.
Berikut kami kongsikan beberapa tips yang boleh anda cuba. Antaranya:

- Kisar halus dahulu isi kelapa yang sudah diparut.
- Kisar parutan kelapa bersama air suam.
- Jangan letakkan air terlalu banyak untuk mengekalkan kepekatan santan.
- Kemudian tuang santan ke dalam penapis seperti biasa.
- Masukkan semula hampas kelapa ke dalam pengisar.
- Ulang langkah yang sama hingga anda mendapatkan jumlah santan yang dimahukan.
Baca Artikel Berkaitan: “Hilang Selera Makan” – Shell Out Dihidang Guna Penyodok Buat Ramai Kembang Tekak
Baca Artikel Berkaitan: “Rela Dukung Anak!” – Baby Chair Kotor Di Kedai Makan Buat Ramai Rasa Jijik [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Kembang Tekak! Peniaga Ayam Percik Dikatakan Letak Sos Dalam Tong Sampah
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.