“Dulu Mikhail, Sekarang Jadi Miqaiel” – Guru UPKK Pening Dengan Nama Gen Alpha, Ejaan Makin Unik!
Menurutnya, ejaan nama pelajar sekarang makin kreatif, jauh beza dibandingkan dengan dulu.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kebanyakan ibu bapa inginkan nama anak yang membawa maksud-maksud baik dan indah. Bukan sekadar itu, mereka juga inginkan nama yang sedap untuk dipanggil dan didengari.
Namun kebelakangan ini, ibu bapa baru lebih memilih nama anak-anak yang unik dalam pengejaannya.
Trend ini bukanlah suatu perkara baru sebenarnya, malahan ia sedang berkembang dengan sangat laju. Setiap tahun, pasti ada saja nama-nama baru yang akan timbul.
Baca Artikel Berkaitan: Boleh Ke Letak Nama Pelik Untuk Anak? Ini Garis Panduan Yang Dikeluarkan Oleh JPN
Baca Artikel Berkaitan: “Ramai Yang Tak Percaya” – Nama Baby Girl Ariffin Curi Perhatian Netizen
Baca Artikel Berkaitan: Nama Penuh Gadis Ini Badjie Xatieqoutieqc Ibadallah. Cuba Sebut, Boleh?
Guru Pening Ejaan Nama Gen Alpha Terlalu Unik
Tular satu perkongsian video di laman TikTok (@pakostad9), seorang tenaga pengajar Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) tentang pengalamannya pada hari pertama sekolah.
Guru tersebut meluahkan rasa terkejut dengan nama-nama pelajarnya yang semakin unik. Menurutnya, ejaan nama anak-anak yang dulunya ringkas kini sudah menjadi agak kompleks.
Katanya, ibu bapa sudah semakin ‘kreatif’ dalam menamakan anak-anak mereka.
Menerusi perkongsian sama, guru berkenaan kelihatan secara sinis menjadi keliru antara hendak ketawa ataupun menangis.
Ejaan Makin Ekstrem Buat Guru Ini Makin ‘Hilang Arah’
Dia turut berkongsi conoth-contoh nama yang didengarinya pada hari pertama persekolahan.
“Kalau dulu nama Qayla tu dieja Q-A-Y-L-A, sekarang dah jadi Q-H-A-I-Y-L-A. Kalau dulu Mikail tu M-I-K-A-I-L, sekarang dah jadi M-I-Q-A-I-E-L.”
Melihat kepada reaksinya, dia seakan-akan sedang cuba untuk memahami logik disebalik ‘pengubahsuaian’ nama-nama ini.
@pakostad9 Hari pertama sekolah #pakostad
♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)
Nasihat ‘Sinis’ Kepada Ibu Bapa Di Masa Hadapan
Di akhir video perkongsian tersebut, guru ini sempat memberi nasihatnya yang seakan-akan berbunyi sarkastik kepada ibu bapa-ibu bapa baru.
“Tolonglah, kawan-kawan yang baya-baya saya, umur 30 dan 35 ke atas, dan yang baru kahwin, rancanglah ejaan nama anak dengan baik sekali. Berbincanglah,” ujarnya dengan nada kekeliruan.
Ramai Terhibur Dengan Reaksi Guru Ini Dan Berkongsi Pengalaman Sama
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang pernah merasai pengalaman sama. Ada juga yang berkongsi ejaan nama anak-anak mereka yang ‘normal’ untuk memeriahkan keadaan.



Muhammad, Nama Bayi Lelaki Paling Popular Di England & Wales
Untuk pengetahuan umum, Pejabat Statistik Kebangsaan (ONS) mendedahkan bahawa Muhammad merupakan pilihan utama ibu bapa dalam menamakan bayi lelaki mereka di England dan Wales pada tahun 2023.
Baca Artikel Berkaitan: Muhammad Nama Bayi Lelaki Paling Popular Di England & Wales, Noah Di Tempat Ke-2
Malah, nama Muhammad juga telah mengatasi nama pilihan utama pada tahun sebelum 2022 iaitu Noah (Nabi Nuh AS) yang juga nama rasul diikuti dengan Oliver.
Jadi untuk bakal ibu ayah di luar sana, nama anak bagilah simple sikit. Kesian anak nanti nak isi borang pun ‘bercinta’ sebab kena beratur lama. Hehe.
Baca Artikel Berkaitan: Wanita Ini Dedah Tak Wajib Guna Bin & Binti Pada Nama Orang Islam
Baca Artikel Berkaitan: Wanita Ini Miliki 1,019 Huruf Dalam Sijil Kelahiran. Pecah Rekod Nama Terpanjang Di Dunia!
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.