Now Reading
Bekerja Di Kedai Jual Rokok Haram Dalam Islam, Betul Ke?

Bekerja Di Kedai Jual Rokok Haram Dalam Islam, Betul Ke?

Islam menuntut umatnya mencari rezeki yang halal dan bebas dari unsur haram.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Jika bercakap tentang pemilihan kerja, sudah pasti ramai yang pernah ada pengalaman bekerja di kedai serbaneka, terutamanya ketika bekerja sambilan.

Ramai yang hanya mempertimbangkan bekerja di tempat yang tidak mengendalikan arak, tetapi lupa tentang rokok.

Langkah berjaga-jaga wajib diambil kira bagi mengelak hasil pendapatan kita datang daripada perkara yang syubhah yang boleh menjurus kepada pendapatan yang haram.

Baca Artikel Berkaitan: [Foto] Design Vape Seakan Marker Pen Bikin Ramai Keliru & Cetus Kebimbangan

Baca Artikel Berkaitan: Akta 852 Tentang Larangan Berkaitan Produk Tembakau, Ini Yang Patut Anda Tahu

Baca Artikel Berkaitan: “Haramkan Penggunaan Vape Secara Total”- Sultan Pahang

Hasil Dari Menjual Rokok Adalah Haram Di Dalam Islam

Dalam perbincangan yang dikongsi di laman TikTok (@youcasttt) baru-baru ini, pempengaruh media sosial, Yousaf Iqbal bersama-sama Ustaz Yaakub Yusra membincangkan tentang keberkatan dan hukum bekerja dengan arak dan rokok.

Ustaz Yaakub menjelaskan, jika seseorang yang berniaga ingin membincangkan tentang keberkatan menjual rokok, hukumnya adalah haram.

“Kalau seseorang ‘owner’ nak bincang dari segi keberkatan, haram. Itu sahaja. Sebab itu rokok dan vape ni tak perlu keluar zakat. Kalau nak pergi ke pejabat pun tak boleh dan tak perlu keluar zakat kerana sumber itu sumber yang haram,” ujar beliau.

Yousaf juga bertanya tentang hukum bagi pekerja itu sendiri jika mereka mengendalikan rokok. Ustaz Yaakub mengatakan bahawa ia merupakan perkara yang syubhah.

“Tak elok, syubhah. Arak haram tak? Sama sahaja, jelas disebut dalam hadis. Dari segi i’lahnya sama sahaja. Kalau ada yang bandingkan dengan penjualan kondom, anda kena faham. Kondom tidak dijual untuk golongan yang belum berkahwin.

“Rokok dan arak ni pula, jelas tiada beza. Tua atau muda, sudah berkahwin atau tidak, hukumnya sama tetap haram. Ada yang kata mereka asingkan rokok dijual untuk orang berumur 21 tahun ke atas sahaja. Perkara ini pun sama.

“Kalau umur dia 141 tahun pun tetap haram, tak keluar dari hukum dan tak tertaklif dari syariat, sama sahaja,” tambah beliau.

Ustaz Yaakub juga menambah, hanya orang gila dan hilang akal sahaja yang terkeluar daripada haram merokok. Beliau menyatakan bahawa itu sahaja sangka baiknya terhadap golongan yang merokok.

https://www.tiktok.com/@youcasttt/video/7473398466492828935?_t=ZS-8u5eUN8eKim&_r=1
Tonton video penuh [DI SINI]

Hukum Ambil Hasil Jual Rokok Berdasarkan Mufti

Jadi apakah hukum bekerja sebagai juruwang di kedai serbaneka yang menjuak rokok?

Menurut Jabatan Mufti, bekerja sebagai juruwang adalah perkara yang diharuskan pada syarak. Namun, isu berkaitan rokok, Jabatan Mufti memutuskan rokok dan rokok elektronik ‘vape’ adalah haram.

Oleh itu, umat Islam dilarang sama sekali menghisap rokok atau vape serta melakukan apa-apa aktiviti yang berkait rapat dengannnya.

Maka Pejabat Mufti memutuskan, bekerja di kedai yang ada unsur itu dianggap sebagai terlibat dengan perkara syubhah. Namun, ia tidak menjadikan hasil pendapatan daripada pekerjaan itu haram secara keseluruhannya.

Pejabat Mufti menegaskan supaya pekerja yang terlibat dengan unsur syubhah merasa tidak reda dengan perbuatan itu, terutamanya ketika berurusan menjual rokok tersebut.

Reda Dengan Perbuatan Haram Adalah Dosa

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, seorang Mukmin dituntut untuk bertakwa kepada Allah dengan menjauhkan diri daripada pekerjaan yang berkaitan dengan arak atau rokok.

Ini kerana terlibat dalam pekerjaan sebegini bermaksud meredai dan menyokong syarikat yang mengamalkan transaksi haram. Sedangkan, meredai perbuatan haram itu sendiri adalah satu dosa.

Mufti menyarakan supaya umat Islam mencari pekerjaan yang jauh daripada unsur syubhah. Sebagaimana sabda Nabi SAW:

“Barangsiapa yang memelihara dirinya daripada sebarang syubah maka sebenarnya dia telah menyelamatkan agama dan maruahnya”.

Hadis riwayat Bukhari (52) dan Muslim (20)

Baca Artikel Berkaitan: “Vape Tetap Haram Untuk Umat Islam” – Menteri Hal Ehwal Agama

Baca Artikel Berkaitan: Isetan Letak Rokok Di Seksyen ‘Non-Halal’ Undang Perhatian Ramai

Baca Artikel Berkaitan: “Nak Letak Di Mana, Terpulang” – Mufti Kelantan Respon Cadangan Letak Rokok Di Bahagian Tak Halal


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd