Now Reading
[Video] Gelagat Kucing Gemuk Kelam-Kabut Tersekat Di Pintu Grill Bikin Ramai Geli Hati

[Video] Gelagat Kucing Gemuk Kelam-Kabut Tersekat Di Pintu Grill Bikin Ramai Geli Hati

Seorang pengguna media sosial berkata perkara itu pasti sudah biasa terjadi memandangkan pemilik kucing kelihatan tenang sahaja menyaksikan gelagat anak bulusnya tersekat di pintu grill.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


“Gemuknya!”, itulah perkataan yang sering diucapkan oleh ramai orang apabila melihat seekor kucing berbadan gempal.

Manakan tidak, apabila kucing mempunyai badan yang gemuk, pasti dia akan kelihatan lebih gebu dan comel. Rasa nak gomol je!

Ditambah pula dengan gelagatnya yang bermacam, kadang-kadang pecah perut ketawa sebab tengok video kucing sahaja.

Baca Artikel Berkaitan: “Demi Sesuap Kibbles” – Gelagat Kucing Buat Show Di Zoo Bikin Ramai Terhibur

Baca Artikel Berkaitan: “Dia Lupa Ke Dia Kambing?” – Video Kucing Bermain Dengan Anak Kambing Raih 5.9 Juta Tontonan!

Baca Artikel Berkaitan: “Macam Meme Hamster” – Video Tikus Angkat Tangan Ketika ‘Dibuli’ Kucing Raih 5.6 Juta Tontonan

Si Bulus Kelam-Kabut Bila Tersekat Pada Pintu Grill

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok (@malipnajmi), kucing putih bertompok perang itu berada di dalam rumah pada mulanya.

Sebaik sahaja Malip membuka pintu kayu hadapan rumah, dia dengan yakinnya menyelinap dan cuba untuk keluar menerusi pintu grill yang masih tertutup.

Namun apa yang kelakarnya, badan si bulus yang digelar ‘Kakak’ itu tersangkut pula pada pintu terbabit!

Dia kemudiannya menjadi kelam-kabut dan berlari mengikut arah bukaan pintu. Rupa-rupanya tak berkunci pun pintunya.

‘Kakak’ Akhirnya Tergolek Keluar Sendiri

Selepas bergelut buat beberapa seketika, kedengaran seperti Kakak ‘terhantuk’ pada dinding sebelum tergolek keluar ke belakang. Maksudnya badan dia memang tak lepas pun nak lalu celah lubang pintu grill tu.

Lebih mencuit hati lagi apabila pemilik Kakak itu kedengaran tenang sahaja menegur gelagat kucingnya yang kelam-kabut.

“Muat tak tu? Ha, ha, ha, ha! Lailahaillallah,” tegurnya dengan ringkas.

Setakat artikel ini ditulis, video berkenaan telah mencecah 2.7 juta tontonan dengan lebih 500 ribu tanda suka. Korang memang suka video kucing kan!

Tonton video [DI SINI].

Orang Ramai Geli Hati Lihat Telatah ‘Kakak’

Telatah Kakak yang kelam-kabut apabila tersekat di pintu grill itu sememangnya menyinari hari orang ramai yang merasakan situasi itu begitu kelakar.

“Dah la sangkut. Kena panic attack pula,” kata seorang pengguna TikTok.

Seorang individu berkata, melihat reaksi tuannya yang tenang itu, sudah tentu perkara sama sudah biasa terjadi.

Ada juga pengguna media sosial yang secara seloroh berpesan kepada pemilik kucing itu agar tidak melihat sahaja kejadian itu.

“Dia dah besar, cuma kadang dia lupa dia besar,” balas tuan kepada Kakak.

Seorang wanita pula menyamakan keadaan Kakak seperti dirinya sendiri yang menyimpan angan-angan untuk memakai baju raya yang ketat.

Ada pula yang berseloroh dari POV si bulus itu sendiri, yang mungkin berasa tidak mahu keluar dari rumah lagi setelah melalui ‘insiden’ terbabit.

“Semalam boleh, kenapa hari ini tak boleh? Apa aku makan?” seloroh seorang individu.

Sumber gambar: @malipnajmi/ TikTok

Kucing ‘Ukur’ Ruang Guna Misai

Berdasarkan kepada artikel di laman web Treehugger, kucing akan menggunakan bulu misainya bagi ‘mengukur’ sama ada ia akan muat atau tidak untuk masuk ke suatu tempat yang sempit.

Ini kerana panjang misainya adalah setanding dengan lebar tubuh badannya, termasuk bulu.

Secara umumnya, kucing yang lebih gempal dan gebu akan mempunyai misai lebih panjang. Contohnya adalah baka Maine coon yang boleh mempunyai misai sepanjang enam inci, sama panjang macam pembaris!

Malah, Guinness World Records pada tahun 2005 telah mencatatkan misai kucing terpanjang di dunia (tujuh inci setengah) yang dimiliki seekor kucing Maine coon dari Finland.

Hmm tapi kenapa ya masih ada kucing yang tersekat? 🤔

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kepala Kucing Sangkut Dalam Tin ‘Wet Food’ Jadi Perhatian

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Veterinar Kongsi 4 Tanda Kucing Anda Ada Cacing, Take Note!

Baca Artikel Berkaitan: Ini Sebab Kenapa Kucing Anda Suka Duduk Dalam Posisi ‘Cat Loaf’


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd