Now Reading
“TV3 Kata Mereka Patuh Garis Panduan..” – Zhiddin Persoal Istilah ‘Celaka’ Dalam Lirik Di AJL

“TV3 Kata Mereka Patuh Garis Panduan..” – Zhiddin Persoal Istilah ‘Celaka’ Dalam Lirik Di AJL

Zhiddin Aziz persoal perkataan celaka yang wujud dalam lirik lagu dinyanyikan di pentas AJL ke-39

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi yang digunakan di negara kita. Penggunaannya merangkumi semua jenis seperti kuno, klasik dan moden.

Logiklah jika garis panduan dicipta bagi melaraskan penggunaan bahasa bersesuaian mengikut persekitaran semasa seperti upacara formal yang ditonton ramai.

Garis panduan berkenaan perlulah diikuti kerana bahasa melambangkan bangsa. Jika bahasa sendiri dipinggirkan, jangan harap dunia akan memuliakan.

Baca Artikel Berkaitan: “Agak Menyedihkan” – Pakar Bahasa Ulas Isu Rakyat Malaysia Masih Tak Reti Berbahasa Melayu

Baca Artikel Berkaitan: “Ramai Lebih Faham” – Influencer Perjelas Kenapa Lebih Selesa Buat Konten Berbahasa Melayu

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tidak Menang Anugerah, Baby Shima Kata Padan Muka & Minta Zhiddin Jaga Tepi Kain Sendiri

TV3 Mohon Maaf Dan Tegaskan Ikut Setiap Garis Panduan Yang Ditetapkan

Baru-baru ini tular rakaman video sebilangan lelaki yang hadir di pentas Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL), berpakaian seperti wanita.

Ramai yang menyuarakan rasa kurang senang dengan keadaan tersebut yang terang lagi bersuluh menentang garis panduan agama dan budaya lokal.

Berikutan kejadian itu, TV3 meraih kecaman ramai kerana didakwa tidak menitikberatkan kepentingan pemakaian di khalayak ramai, lebih-lebih lagi untuk disiarkan di televisyen.

Susulan itu, pihak mereka tampil memohon maaf serta menjelaskan bahawa mereka komited mengikuti setiap garis panduan yang ditetapkan pihak berkuasa.

“TV3 ingin menegaskan bahawa pakaian menyerupai wanita oleh tetamu tersebut tidak pernah dibenarkan dan tidak selari dengan norma dan nilai-nilai yang dijunjung oleh masyarakat Malaysia serta peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan,” ujar TV3.

Perkataan ‘Celaka’ Jadi Isu Kedua Selepas Isu Pemakaian Di Pentas AJL

Zhiddin Aziz, seorang pempengaruh sastera terkenal mempersoalkan ketidaktelaan TV3 tentang membenarkan bahasa yang kurang sopan di pentas AJL.

Zhiddin mengutarakan kekeliruannya tentang garis panduan yang dinyatakan TV3 kerana garis panduan yang sama ada menyebut tentang kedua-dua topik, pemakaian dan juga bahasa.

Dia beranggapan, jika TV3 benar menelaah garis panduan tersebut, perkataan ‘celaka’ tidak mungkin ada disebut dan dinyanyikan di AJL tempoh hari.

“Kalau patuh, perkataan itu tiada pada malam itu kerana perkataan itu jelas ada dalam larangan garis panduan yang kita rujuk ini. Sampai Dewan Juri pun tak berani nak letak lagu tu di mana-mana kedudukan. Sebab prinsip mereka, lagu yang diangkat mestilah guna bahasa yang sopan,” ujar Zhiddin.

Minoriti Menentang Zhiddin Dalam Penegasannya

Kenyataan Zhiddin bagaimanapun kurang dipersetujui sebilangan netizen yang berpendapat perkataan ‘celaka’ tidak ada unsur kurang sopan.

“Ada yang kata ‘alah rilek la, al-Quran pun guna celaka’, tapi cuba perhatikan, kepada siapa perkataan celaka itu digunakan? Kepada golongan yang melakukan kezaliman. Jadi kalau betul nak ikut al-Quran, ikutlah betul-betul,” tambah Zhiddin.

Zhiddin juga berpendapat, karyawan kini patut mencontohi karyawan dan seniman lama seperti lagu-lagu Tan Sri P. Ramlee yang lebih teliti dengan penggunaan bahasa dalam pembikinan lagu.

“Allahyarham Tan Sri P. Ramlee ada guna perkataan celaka dalam lagu dia, tapi dia ikut Al-Quran, surah Al-Mutaffifin. Beliau celakakan golongan yang zalim terhadap harta orang lain, pencuri, perasuah, seperti penyamun yang celaka,” katanya.

Dia menambah, karya Allahyarham Tan Sri P. Ramlee lebih diingati malahan akan dikenang sepanjang hayat.

Baca Artikel Berkaitan: Penulis Dakwa Karya Teks Pidato Juara Dunia ‘Diciduk’ Zhiddin Aziz [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Rakyat Malaysia Lupa Bahasa Ibunda, Cenderung Berbahasa Inggeris – Warga Jerman [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Warganegara Malaysia Wajib Kuasai & Fasih Bahasa Melayu – Saifuddin


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd