Now Reading
“Nyawa Jadi Taruhan” – Tindakan Rider Pantas Alihkan Tayar Atas Highway Raih Pujian

“Nyawa Jadi Taruhan” – Tindakan Rider Pantas Alihkan Tayar Atas Highway Raih Pujian

Menurut lelaki dikenali sebagai Mraz, tayar tercabut itu dilihat berada di tengah-tengah Lebuhraya Utara-Selatan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Insiden tayar kenderaan yang tercabut semasa di jalan raya bukanlah satu perkara asing lagi. Semakin hari, kita boleh lihat semakin banyak pula kes sama berulang di negara ini.

Seperti sebelum ini, tular di media sosial apabila sebiji tayar secara tiba-tiba bergolek dengan laju di lorong memotong lebuh raya. Difahamkan tayar belakang sebelah kanan tersebut tercabut daripada treler yang berada di laluan kiri.

Baca Artikel Berkaitan: “Makin Banyak Kes” – Tayar Lori Tercabut Di Lebuh Raya Buat Ramai Bimbang

Tidak terhenti di situ, terdahulu ada juga insiden tayar lori tercabut sehingga menyebabkan kecederaan terhadap seorang lelaki. Individu tersebut dilaporkan cedera di bahagian peha dan kaki selepas terkena tayar itu di Simpang Kuala, Sungai Daun, Kedah.

Jelas mangsa, jarak yang dekat dengan lori terbabit menyebabkannya tidak sempat untuk mengelak.

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Cedera Di Paha & Kaki Gara-Gara Dihentam Tayar Lori Tercabut

Baca Artikel Berkaitan: Tayar Bergolek Sendiri Tengah Jalan, Didakwa Tercabut Dari Lori [Video]

Lelaki Baik Hati Bantu Alihkan Tayar Tercabut Di Lebuhraya Utara-Selatan

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@mraz5818) apabila seorang pemandu kereta dikenali sebagai Mraz (@mraz5818) berkongsi situasi di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran dengan Gua Tempurung.

Menerusi rakaman dashcam, kelihatan seorang penunggang motosikal sedang berdiri di tengah-tengah lebuh raya itu. Namun lelaki berkenaan bukanlah berniat untuk melakukan onar sebaliknya membantu melancarkan trafik dengan mengalihkan tayar tercabut yang berada di atas jalan.

Kelihatan lelaki tersebut telah meletakkan kenderaan dua rodanya itu di tepi lebuh raya sebelum melintasi jalan terbabit.

Dalam video sama, kelihatan lelaki itu bergegas mengangkat tayar berat itu lalu berlari ke tepi jalan agar dia tidak menghalang kenderaan lain.

Pemilik Dashcam Rasa Syukur Dengan Sikap Baik Hati Penunggang Motosikal

Walaupun melintasi kawasan lebuh raya adalah satu aksi berbahaya, tetapi sikap prihatin yang ditunjukkan oleh rider tersebut memang layak dipuji. Apa yang pasti, tindakannya itu telah menyelamatkan banyak nyawa pengguna jalan raya yang lain.

“Sewajarnya kita menjadi manusia yang pandai bersyukur dan berterima kasih kepada mereka yang telah banyak melakukan pelbagai kebaikan kepada kita semua,” kata Mraz di ruangan kapsyen.

@mraz5818 highway utara selatan (berhampiran gua tempurung)Sewajarnya kita menjadi manusia yang pandai bersyukur dan berterima kasih kepada mereka yang telah banyak melakukan pelbagai kebaikan kepada kita semua #perakpress #guatempurung #utaraselatan ♬ Syukur (Alhamdulillah) – UNGU

Tonton video [DI SINI].

Ramai Puji Rider Tak Berkira Bantu Pengguna Jalan Raya Lain

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memuji sikap prihatin rider yang tidak berkira menghulurkan bantuan meskipun dalam keadaan berbahaya.

“Inilah anak-anak Malaysia. Bertindak balas demi keselamatan adalah budaya kita,” kata seorang lelaki.

Malah, ramai juga yang kagum dengan kesungguhan lelaki itu yang sanggup berlari bagi mengalihkan tayar tersebut.

“Demi keselamatan diri dia dan pengguna jalan yang lain, dia buang rasa penat angkat tayar berat tu siap berlari lagi,” kata seorang pengguna TikTok.

Sementara itu, ramai juga mendoakan perkara-perkara yang baik buat penunggang motosikal terbabit atas bantuannya terhadap orang awam.

“Semoga lampu isyarat yang abang lalu sentiasa hijau, poket abang tak pernah kering, motor abang tak langgar lubang, cas telefon selalu penuh dan dimurahkan rezeki selalu, amin,” kata seorang netizen.

Sumber: TikTok (@mraz5818)

Allah SWT Akan Permudahkan Urusan Individu Yang Membantu Orang Lain

‘Seperti mana kamu lakukan, kamu akan dibalas balik.’

Untuk info, ungkapan itu dipetik dari sebuah riwayat seperti yang direkodkan oleh Abdul Razzaq dalam Musannafnya yang berbunyi:

الْبِرُّ لَا يَبْلَى، وَالْإِثْمُ لَا يُنْسَى، وَالدَّيَّانُ لَا يَمُوتُ، فَكُنْ كَمَا شِئْتَ كَمَا تَدِينُ تُدَانُ

Maksudnya: “Kebaikan tidak akan pudar, dosa tidak akan dilupa, al-Dayyan (Allah yang Maha Membalas segala amalan hambanya) tidak akan mati, jadilah seperti mana yang kamu ingin, seperti mana yang kamu lakukan akan dibalas.”

Sumber: Freepik

Dalam satu hadis juga, Nabi Muhammad SAW mengingatkan bahawa siapa yang memudahkan urusan orang lain maka Allah SWT akan memudahkan urusannya.

Manakala orang yang menyusahkan urusan orang lain maka Allah Yang Maha Esa juga akan menyukarkan urusannya. 

Alih Halangan Jalan Raya Adalah Tanda Orang Beriman

Menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pula, melakukan amal kebaikan termasuk membuang kayu di jalan yang boleh menganggu keselamatan orang lain adalah tanda orang beriman.

أنَّ رَسولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ قالَ: بيْنَما رَجُلٌ يَمْشِي بطَرِيقٍ، وجَدَ غُصْنَ شَوْكٍ علَى الطَّرِيقِ، فأخَذَهُ، فَشَكَرَ اللَّهُ له، فَغَفَرَ له

Maksudnya: “Ketika seorang lelaki berjalan pada suatu jalan dan menemukan dahan berduri, lalu ia membuangnya, maka Allah berterima kasih kepadanya dan mengampuni dosanya.”

[Sahih al-Bukhari (2472)]

Baca Artikel Berkaitan: Tular Tayar ‘Terbang’ Hingga Jadi Punca Kemalangan, Polis Saman Pemandu Treler [Video]

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pengguna Jalan Raya Tampil Bantu Alihkan Pokok Tumbang Raih Pujian

Baca Artikel Berkaitan: “Jadi Asbab Kaki Melangkah Ke Syurga” – 2 Lelaki Alihkan Serpihan Tayar Pecah Atas Highway [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd