Murid Lelaki 10 Tahun Kritikal Gara-gara Tercekik Makan ‘Gummy Mata’
Menurut ibu saudaranya, kanak-kanak dikenali sebagai Mohamad Fahmi itu tersedak gula-gula kenyal yang dibeli di gerai luar sekolah sewaktu mengikuti Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA).
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kes kanak-kanak tercekik dilihat semakin membimbangkan. Malah ada juga insiden yang sehingga meragut nyawa. Kebiasaannya, kes tercekik ini berlaku apabila si kecil cuba menghadam makanan yang agak besar dan tidak muat dalam rongga tekak.
Seperti sebelum ini, seorang kanak-kanak perempuan berumur sembilan tahun di Kampung Sungai Ling Maran, Pahang dilaporkan maut selepas tercekik buah rambutan.
Hasil bedah siasat menunjukkan kematian mangsa berpunca daripada salur nafas yang tersumbat disebabkan rambutan terbabit.
Baca Artikel Berkaitan: Budak Perempuan Umur 9 Tahun Meninggal Dunia Kerana Tercekik Buah Rambutan
Baca Artikel Berkaitan: “Risiko Tercekik” – Tular Video Ibu Suap Bayi ‘Newborn’ Bubur Pisang, Dr Say Tampil Beri Teguran
Kanak-kanak Tercekik Makan Gula-gula ‘Gummy Mata’
Terbaharu, tular satu hantaran di laman Facebook apabila wanita dikenali sebagai Fara Hani berkongsi situasi tragik yang berlaku kepada anak saudaranya, Mohamad Fahmi Hafiz Mohamad Fakhruddin.
Menurut Fara Hani, kanak-kanak itu sekarang berada dalam keadaan kritikal di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata atau lebih dikenali sebagai gummy mata.
Memetik Astro Awani, insiden ini berlaku pada Selasa (18 Februari).
Mengulas lanjut, murid berumur 10 tahun terbabit kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) HPP selepas dilaporkan tidak sedarkan diri ketika mengikuti Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di Sungai Dua, Butterworth.

Mohamad Fahmi Tiba-tiba Rebah Lepas Mengadu Tersedak
Menurut Fara Hani, dalam kejadian yang berlaku sekitar 2.30 petang itu, Mohamad Fahmi dikatakan meminta izin daripada gurunya untuk ke tandas selepas dia tersedak.
Bagaimanapun, ketika berjalan ke tandas Mohamad Fahmi dikatakan telah rebah dan tidak sedarkan diri.
“Melihat keadaan Mohamad Fahmi yang tidak sedarkan diri, gurunya terus memberikan bantuan awal termasuk bantuan resusitasi kardiopulmonari (CPR) kepadanya namun tiada tindak balas.
“Selepas menghubungi ambulans, guru terbabit ada buat panggilan video dengan pasukan perubatan yang meminta beliau memeriksa mulut Mohamad Fahmi sebelum menemukan gula-gula terbabit dalam tekak kanak-kanak itu,” ujarnya.
Pada awalnya murid lelaki itu dirawat di Hospital Seberang Jaya, namun dipindahkan ke HPP untuk rawatan lanjut selepas melihat keadaannya yang semakin kritikal.
Mohamad Fahmi Masih Belum Sedarkan Diri
Semasa mendapatkan rawatan, pihak hospital mendapati terdapat sebiji lagi gula-gula gummy mata dalam poket baju sekolahnya.
“Setakat ini saya masih belum dapat menziarahi Mohamad Fahmi di hospital tapi dimaklumkan oleh abang, anaknya itu masih belum sedarkan diri,” kata ibu saudara itu.

Kanak-kanak Beli Gummy Luar Kawasan Sekolah
Menerusi hantaran sama, turut dikongsikan tangkap layar status WhatsApp dipercayai ibu kepada mangsa telah pun melarang anak-anaknya untuk membeli snek atau gula seperti itu namun apakan daya manusia sebaik-baik perancang sahaja.

Jelas Fara Hani lagi, Mohamad Fahmi telah membeli gummy berkenaan di sebuah gerai bertempat di luar kawasan sekolah.
“Hani mohon buat semua rakan-rakan Facebook yang mana ternampak post ini, mohon doakan anak syurga ini kembali sedar dan sembuh. Jasa baik kalian sangat dihargai,” kata wanita terbabit.
Ramai Luah Bimbang Dengan Gummy Mata Yang Mengundang Bahaya
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai meluahkan rasa bimbang mendengar kisah Mohamad Fahmi. Malah ada yang berkongsi pengalaman yang lebih kurang sama yang pernah berlaku kepada ahli keluarga lain.
“Anak saudara pun pernah terlekat macam gummy coklat bulat tapi bentuk bumi. Nasiblah mak dia perasan. Mak dia ketuk-ketuk belakang badan,” kata seorang wanita.
Sementara itu, ramai juga berharap agar pihak sekolah meningkatkan pemantauan terhadap penjaja yang menjual snek atau makanan yang boleh membahayakan keselamatan murid.








Baca Artikel Berkaitan: [Foto] Ibu Kecewa, Ada Penjaja Jual Mi Segera Kepada Murid Di Luar Sekolah
Baca Artikel Berkaitan: Kerap Makan Sosej & Nuget, Pelajar Darjah 2 Buta & Hilang Penglihatan
Baca Artikel Berkaitan: “Boleh Jadi Penyakit Kalau Tak Jaga” – Ramai Bimbang Lihat Kanak-kanak 2 Tahun Cecah Berat 26KG
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.