Now Reading
Cecah 11 Juta Tontonan, Video Wanita Hampir Disambar Petir Ketika Main Tenis Undang Perhatian

Cecah 11 Juta Tontonan, Video Wanita Hampir Disambar Petir Ketika Main Tenis Undang Perhatian

Menurut wanita warga Indonesia dikenali sebagai Nana, panahan petir pada pokok yang tinggi itu berlaku semasa 30 minit terakhir latihan tenisnya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Cuaca yang tidak menentu sememangnya boleh membawa padah kepada keselamatan manusia. Sebagai contoh jika cuaca terlalu panas, anda berisiko menghidap strok haba. Sekiranya hujan lebat pula, terdedah kepada sambaran kilat atau petir.

Sebelum ini, satu perlawanan bola sepak liga tempatan melibatkan Kelab Juventud Bellavista dan Familia Chocca di Huancayo, di Peru bertukar tragedi selepas sambaran petir berlaku.

Insiden tersebut menyebabkan seorang pemain maut akibat disambar petir ketika sedang beraksi. Manakala lapan pemain lain rebah secara serentak di padang bola.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] 8 Pemain Rebah Serentak, 1 Maut Selepas Dipanah Petir Ketika Perlawanan Bola Sepak Di Peru

Baca Artikel Berkaitan: Seorang Lelaki Dijumpai Maut, Akibat Terkena Panahan Petir

Pokok Tinggi Dipanah Petir Ketika Wanita Indonesia Ini Main Tenis

Terbaharu, tular satu hantaran di laman TikTok apabila seorang wanita warga Indonesia dikenali sebagai Nana (@nfianas) berkongsi detik cemas yang berlaku pada dirinya semasa sedang bermain sukan tenis.

Menerusi video perkongsian, kelihatan Nana dengan bersahaja menghayun raket tenisnya bagi membalas pukulan pihak lawan.

Pada awalnya, ia kelihatan seperti permainan tenis yang biasa sahaja, namun lain pula yang terjadi apabila pokok tinggi berhampiran gelanggang tenis tersebut dipanah petir.

Terkejut dan panik dengan perkara tersebut, Nana dengan segera keluar daripada gelanggang berkenaan.

Petir Paling Jelas Dilihat Depan Mata

Nana dalam satu hantaran lain menjelaskan bahawa hujan lebat baru sahaja reda sewaktu dia sedang bermain tenis itu. Tambah wanita terbabit, petir itu telah menyambar pokok yang terletak di padang bola bersebelahan dengan lokasinya.

“Padang bola tu memang ramai orang tengah main sebab baru je lepas hujan reda. Tapi tiba-tiba masa aku main (tenis) pada 30 minit terakhir dalam sesi latihan, turunlah si petir ni sambar pokok paling tinggi di situ.

“Pelatih aku juga tak terkata (terkedu). Katanya, tu petir paling jelas dilihat depan mata,” kata Nana di ruangan kapsyen.

Perkongsian tersebut nyata mendapat perhatian ramai selepas menerima jumlah tontonan melebihi 11 juta kali setakat artikel ini ditulis (20 Februari).

@nfianas Semoga ga jadi trauma sama tenisan deh, bener bener se keras itu bunyi petir😭⚡️#petir ♬ original sound – Benny Indriansyah

Tonton video [DI SINI].

Ramai Panik Lihat Wanita Hampir Disambar Petir Kuat

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai meluahkan rasa panik melihat Nana yang begitu dekat dengan pokok yang dipanah petir.

“Itulah orang pesan kalau hujan jangan main dekat luar 😭,” kata seorang wanita.

Malah ramai juga berkata petir yang kuat itu sememangnya boleh meragut nyawa seseorang.

“Ni bukan hampir jadi orang sakit tapi jenazah terus,” ujar seorang wanita.

Sementara itu, ada juga segelintir individu yang berkongsi pengalaman berdepan dengan petir serta kilat di depan mata.

“Terbayang masa saya berjalan di tengah hujan gerimis. Petir menyambar di depan saya. Terbakar jambatan kayu tu,” kata seorang lelaki.

Sumber: TikTok (@nfianas)

Tips Keselamatan Ketika Berlaku Panahan Petir

Untuk info, petir terjadi disebabkan oleh peningkatan suhu dan tekanan secara mendadak dari kilat.

Ia secara tidak langsung mengakibatkan udara di sekeliling mula mengambang dengan deras dan menghasilkan gelombang kejutan sehingga tercetusnya bunyi yang kuat.

Sumber: Pexels

Apabila berlakunya kilat dan petir, berikut adalah perkara yang perlu dilakukan bagi melindungi keselamatan diri. Antaranya:

  • Segera mencari tempat berlindung, lebih digalakkan di dalam bangunan berbumbung.
  • Tidak menggunakan payung.
  • Elakkan dari berteduh di bawah pokok.
  • Tidak menggunakan telefon berkabel.
  • Menutup tingkap.
  • Segera turun dari kawasan tinggi seperti bukit, puncak atau gunung.
  • Jauhi sumber elektrik.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kilat Sambar Litar Perlumbaan MotoGP Indonesia Ketika Hujan Lebat

Baca Artikel Berkaitan: Pelajar 12 Tahun Maut Selepas Disambar Petir Ketika Guna Telefon


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd