Atlet Muay Thai Negara, Johan Jojo Ghazali Beri Ibu Jam Rolex Buat Ramai Teruja
Nilai jam Rolex itu dikatakan mencecah RM50,000.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Menggembirakan hati ibu bapa sudah semestinya menjadi impian setiap insan yang bergelar anak.
Dalam proses mengenal dunia, merekalah yang sentiasa memenuhi keperluan dan kehendak kita sejak kecil lagi.
Apabila meningkat dewasa, akan terdetik sendiri niat untuk membalas jasa kedua-dua ibu bapa biarpun titik peluh mereka itu sebenarnya tidak terbalas.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Anak Hadiahkan Telefon Baru, Reaksi Si Ayah Bikin Ramai Terharu
Baca Artikel Berkaitan: Belum Pernah Miliki Kereta Baru, Bapa Sebak Anak Beri Hadiah Proton X50
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ayah Terharu Anak Hadiahkan Motosikal, Dulu Dijual Untuk Bayar Yuran Kolej
Jojo Beri Ibu Jam Rolex Nilai Cecah Puluhan Ribu Ringgit
Menerusi perkongsian di laman TikTok atlit Muay Thai negara itu, Johan Ghazali (@johanghazali) atau lebih dikenali sebagai Jojo, memberitahu ibunya bahawa mereka berdua akan terlibat dengan satu rakaman video untuk iklan minyak wangi.
Namun siapa sangka, dia sebenarnya ingin menghadiahkan ibunya seutas jam Rolex yang bernilai puluhan ribu ringgit.
Di pertengahan video itu, kelihatan ibunya tidak dapat mengawal perasaan dan terus menangis lalu memeluk Jojo.
“Tak perlu pun sampai bagi hadiah macamni pada ibu,” kata ibunya.
“Habistu dekat siapa lagi Jojo nak bagi?” balas Jojo.
Ramai Teruja Dengan Perkongsian Detik Manis Anak Beranak Ini
Detik manis yang dikongsi Jojo mengundang reaksi teruja daripada orang ramai.
Ada juga yang berkongsi niat mereka untuk menggembirakan hati ibu bapa seperti yang dilakukan Jojo suatu hari nanti.
“Tahniah bro doakan aku boleh bagi dekat Umi aku juga,” ujar netizen.
“Dekat tangan Jojo tu boleh tahan juga harga dia, Patek Philippe Nautilus rasanya, apa-apa pun well done Jojo,” kata pengguna TikTok.


Jadi, sama-sama kita usaha gembirakan hati ibu bapa. Tak semestinya dengan menghadiahkan barangan mahal sahaja, cukup sekadar menjadi manusia yang berguna di sisi mereka.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kereta Lama Asyik Rosak, Adik-beradik Pakat Hadiahkan Ibu Bapa Proton Saga Baharu Raih Perhatian
Baca Artikel Berkaitan: “Takpa Kita Bangkit Balik” – Jojo Terima 5 Jahitan Selepas Kalah Dalam Perlawanan ONE Championship
Baca Artikel Berkaitan: Pelajar Bagi Jambangan Duit Untuk Ibu Bapa Ketika Konvokesyen Kerana Ingin Balas Jasa [Video]
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.