Now Reading
Wanita Sanggup Beratur 17 Jam Demi Dapatkan 4 Beg brïk!

Wanita Sanggup Beratur 17 Jam Demi Dapatkan 4 Beg brïk!

Pengguna media sosial berkata tempoh menunggu untuk membeli beg tangan jenama brïk itu adalah lebih lama berbanding penerbangan dari Malaysia ke London.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Jenama fesyen tempatan semakin mendapat tempat apabila ramai rakyat Malaysia mula beralih angin daripada jenama mewah antarabangsa.

Antara jenama fesyen lokal yang mula menempa nama di dalam negara termasuklah Machino, SAOI, Christy Ng, Petit Moi dan Sometime by Asian Designer.

Namun produk yang dihasilkan secara terhad menyebabkan sesetengah jenama menjadi buruan sehingga ada yang sanggup beratur berjam lamanya ketika acara jualan demi menjadi pemilik produk berkenaan.

Baca Artikel Berkenaan: Tak Beli Kasut Raya Lagi? Ini 9 Jenama Tempatan Yang Sesuai Untuk Para Wanita

Baca Artikel Berkenaan: Ini 5 Inspirasi Gaya Yang ‘Simple’ Dengan Baju Raya Untuk Para Wanita Di Pagi Aidilfitri

Baca Artikel Berkenaan: Raya 2025: Ini 5 Jenama Baju Raya Sedondon Boleh Dibeli Untuk Seisi Keluarga Tahun Ini!

Wanita Tiba Di Semua House Bagi Acara Jualan brïk Sebelum 11 Pagi

Baru-baru ini, satu acara jualan oleh jenama beg tangan tempatan, brïk, sekali lagi membuktikan kegigihan rakyat Malaysia dalam mendapatkan produk kegemaran mereka.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di TikTok (@_ameeraalissha), Ameera berkongsi pengalamannya beratur sehingga 17 jam di Semua House, Kuala Lumpur demi membeli beg tangan brïk.

Wanita itu berkata dia telah mula beratur seawal jam 10.47 pagi tetapi hanya dapat memasuki kedai tersebut pada awal pagi keesokan harinya.

Waktu beratur yang lebih lama berbanding tempoh penerbangan dari Malaysia ke London itu sememangnya mengejutkan orang ramai!

Sumber gambar: @_ameeraalissha/ TikTok

Hanya Dapat Nombor Giliran Lepas 3 Jam Beratur

Difahamkan bahawa beg jenama brïk yang diasaskan oleh dua beradik, Sabrina dan Syakira Rizal, itu telah dihasilkan dengan kuantiti terhad.

Perkara ini membuatkan para peminatnya telah berkerumun ke pusat beli-belah terbabit sehingga menghasilkan barisan yang begitu panjang.

Tambah Ameera, walaupun dia tiba di sana sebelum 11 pagi, namun dia hanya menerima nombor giliran pada pukul 2 petang. Apa yang lebih mengejutkan lagi, gilirannya adalah yang ke-1088!

Sumber gambar: @_ameeraalissha/ TikTok

Staf Kedai Umum Pemegang No Giliran 630 & Ke Atas Perlu Datang Esoknya

Perkara itu tidak mematahkan semangatnya dan dia tetap meneruskan penantian.

Namun menjelang 7 petang, kakitangan kedai telah memaklumkan bahawa pelanggan dengan giliran selepas ke-629 perlu datang semula pada keesokan harinya kerana stok bagi hari itu telah habis.

Nasib baik tak jadi rusuhan walaupun ada yang menyuarakan rasa tidak puas hati. Buat Ameera pula, dia dan pelanggan lain masih kekal bersabar.

Mereka diumumkan sejam kemudian bahawa masih terdapat stok yang tersedia dan semua pelanggan boleh teruskan beratur.

Kata Ameera, dia berjaya menunggu berkat keazamannya, dan sehingga 1 pagi, dia dan pelanggan lain masih kekal dalam barisan tersebut.

Ada yang siap bawa kerusi healing! (Sumber gambar: @_ameeraalissha)

Setiap Pelanggan Hanya Boleh Beli Maksimum 4 Beg brïk

Giliran wanita itu akhirnya tiba pada jam 3.37 pagi, dan dia memasuki kedai berkenaan demi membeli empat beg tangan iaitu kuantiti maksimum yang dibenarkan bagi setiap pelanggan.

“Pukul 4.05 pagi, saya akhirnya dapat memandu pulang ke rumah! Semua yang saya lihat kelihatan kabur,” katanya.

Hantaran yang tular itu sudah tentunya mencetuskan perbincangan dalam kalangan warganet. Ramai yang berasa terkejut dengan waktu menunggu yang teramat lama dan mempersoalkan mengapa ramai yang sanggup berbuat demikian.

https://twitter.com/LynntshaMhd/status/1891517826285838401

Baca Artikel Berkenaan: “Sanggupnya!” – Aksi Pelanggan Beratur Panjang Untuk Beli Mekap Undang Perhatian

Baca Artikel Berkenaan: [Video] Netizen Pertikai Tindakan Pelanggan Sanggup Beratur 6 Jam Demi Cromboloni Viral

Baca Artikel Berkenaan: “Bukan Kita Kelaparan 6 Tahun” – Ustaz Azhar Idrus Bidas Netizen Sanggup Beratur Lama Untuk Beli Makanan Viral


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm FacebookTwitter, Threads  dan Instagram. 


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm FacebookTwitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd