[Video] Vokalis Green Day Kibar Bendera Palestin Ketika Konsert Di Kuala Lumpur
Persembahan konsert Green Day yang diadakan buat pertama kali di Kuala Lumpur menjadi lebih bersejarah apabila vokalis Billie Joe Armstrong dilihat mengibarkan bendera Palestin di atas pentas.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Penindasan yang berlaku terhadap penduduk Palestin sejak 2023 telah mendapat perhatian seluruh dunia.
Lebih menyedihkan apabila penduduk Gaza didakwa sudah tiada lagi tempat selamat untuk berteduh walaupun tentera rejim Israel mengeluarkan arahan pemindahan ke tempat selamat.
Meskipun Israel telah bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata pada Januari lalu, namun tentera Zionis dilaporkan masih tidak henti memusnahkan puluhan rumah di Rafah, selatan Gaza.
Apa yang berlaku begitu memberi kesan kepada penduduk dunia apabila ramai yang mula meluahkan rasa kesal dengan tindakan kejam yang dilakukan oleh tentera rejim Israel dan menyokong Palestin.
Baca Artikel Berkaitan: PM Qatar Umum Gencatan Senjata Di Gaza Bermula 19 Januari
Baca Artikel Berkaitan: 40 Rakyat Palestin Dibunuh Beberapa Jam Selepas Pengumuman Gencatan Senjata
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Di AS Tembak 2 Pelancong Dari Israel Yang Disangkakan Rakyat Palestin
Vokalis Green Day Kibar Bendera Palestin Atas Pentas Ketika Konsert Di Kuala Lumpur
Perkara sama turut dilakukan oleh band legenda Green Day. Lebih manis apabila ia disaksikan peminatnya di Malaysia sewaktu menyaksikan persembahan konsert kumpulan tersebut secara ‘live’ bertempat di Stadium Hoki Negara, Bukit Jalil semalam (18 Februari).
Persembahan konsert Green Day itu yang diadakan buat pertama kali di Kuala Lumpur ini ternyata menjadi sejarah apabila vokalis kumpulan tersebut iaitu Billie Joe Armstrong dilihat mengibarkan bendera Palestin di atas pentas.
Menerusi video dimuat naik di laman Instagram (@greendayitalianrageandlove), Billie dilihat mengambil bendera Palestin yang dihulurkan oleh salah seorang pengunjung konsert.
Sambil menyanyi dengan penuh bersemangat, Billie telah melilitkan bendera tersebut di bahu badan.
Aksi itu secara tidak langsung telah menerima sorakan yang penuh gemuruh dari pengunjung konsert yang hadir di Kuala Lumpur.
Ramai Teruja Lihat Green Day Beri Sokongan Dengan Mengibar Bendera Palestin
Rata-rata netizen meluahkan rasa gembira melihat adegan Billie yang memberi sokongan terhadap Palestin dengan menyambut bendera yang diberikan oleh peminatnya itu.
“Sebab itu saya suka kumpulan ni, mereka sememangnya dalam hati saya sampai bila-bila,” ujar netizen.
Walaupun sesetengah netizen dilihat hanya memberi emoji, tetapi ia secara jelas menunjukkan bahawa reaksi tersebut adalah petanda positif yang diberikan terhadap tindakan vokalis Green Day itu.

Green Day Aktif Beri Sokongan Kepada Palestin Sejak Dulu Lagi
Sebagai info, kumpulan Green Day yang ditubuhkan pada tahun 1987 dan berasal dari Rodeo, California itu dianggotai oleh beberapa ahli iaitu:
- Vokalis: Billie Joe Armstrong
- Pemain bass: Mike Dirnt
- Pemain drummer: Tre Cool
Untuk pengetahun anda semua, band ini pada mulanya diperkenalkan dengan dengan nama Blood Rage dan ditukar kepada Sweet Baby sebelum akhirnya dinamakan sebagai Green Day.
Walaupun kumpulan tersebut berasal dari negara Barat, namun mereka tidak gentar menunjukkan sokongan terhadap Palestin.
Malah, mereka juga pernah menulis lirik lagu ‘Peacemaker’ yang dilancarkan pada tahun 2009 dengan memasukkan nama Gaza iaitu ‘Call up the Gaza’.
Selain itu, vokalis mereka turut dilihat menukar lirik lagu ‘Jesus of Suburbia’ daripada ‘From Anaheim to the Middle East’ kepada ‘From Palestine to the Middle East’ ketika persembahan konsert di Mexico pada November lalu.
Baca Artikel Berkaitan: Aurora Di Amerika Syarikat Berwarna Merah & Hijau, Ramai Kaitkan Dengan Bendera Palestin
Baca Artikel Berkaitan: Murid Di Sarawak Guna Gabungan Kertas Berwarna Hasilkan Bendera Palestin Ketika Persembahan
Baca Artikel Berkaitan: Guru Buat Kolam Rangoli Bendera Palestin & Kubah Dome Of The Rock Buat Ramai Terharu [Video]
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads  dan Instagram.Â