Now Reading
[Video] UAI Perjelas Hukum Sembelih Haiwan Nyawa-nyawa Ikan

[Video] UAI Perjelas Hukum Sembelih Haiwan Nyawa-nyawa Ikan

Menurut pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus, terdapat dua perkara yang perlu diketahui sebelum memulakan proses penyembelihan iaitu hayat mazbuh dan hayat mustaqirrah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Buat mereka yang beragama Islam, proses sembelihan mengikut syariat adalah satu syarat bagi membolehkan sejenis binatang itu halal dimakan.

Perbuatan sembelih binatang darat termasuk ternakan dan liar itu dianggap sebagai satu ibadah. Hal ini kerana mencari makanan yang halal adalah fardu ain di sisi syarak.

Pun begitu, masih ada segelintir individu yang masih keliru tentang hukum hakam penyembelihan haiwan sakit atau nazak.

UAI Beri Penjelasan Tentang Hukum Sembelih Ayam Nazak

Baru-baru ini, pendakwah bebas terkenal Ustaz Azhar Idrus (UAI) menerusi perkongsian di laman YouTube ada berbicara lebih mendalam tentang isu ini.

Dalam sesi tazkirah itu, pendakwah bebas berkenaan menerima soalan yang berbunyi, “Saya sembelih ayam yang dekat nak mati. Apa hukumnya?”

Jelas beliau, terdapat perkara yang perlu diketahui jika mahu menyembelih haiwan iaitu hayat (hidup). Hayat ini terbahagi kepada dua, hayat mazbuh dan juga hayat mustaqirrah.

Hayat mustaqirrah ditafsirkan sebagai haiwan yang segar dan sihat. Ayam itu masih berada dalam kategori ini meskipun ia tidak boleh berjalan, dengan syarat ia mestilah sihat dan kuat.

Hayat mazbuh pula bermaksud haiwan yang hampir mati (nazak). Jika ia tidak disembelih sekali pun ia akan mati tidak lama lagi. Dalam erti kata mudah, haiwan yang sudah nyawa-nyawa ikan.

Sumber: Pexels/

Menurut UAI, menyembelih binatang yang berada dalam keadaan sebegitu adalah tidak dibolehkan kerana ia juga dikira sebagai bangkai. Seperti yang kita tahu, hukum makan bangkai adalah haram.

“Contoh lembu kena langgar, dilanggar dek lori tapi tak mati lagi. Hanya keluarkan bunyi macam nak mati (nazak). Tapi tetap disembelih, tidak boleh (sebab dikira) bangkai.

“Yang boleh dimakan jika lembu itu dilanggar pada bahagian kaki sahaja (tak nazak) kerana tak bawa kepada kematian. Maksudnya kalau berubat boleh (sembuh). Kita pun sembelih dan boleh dimakan,” kata beliau.

Ciri-ciri Haiwan Hayat Mustaqirrah

Tambah pendakwah itu lagi, terdapat beberapa tanda bahawa haiwan itu di bawah kategori hayat mustaqirrah. Antaranya:

  • Bila disembelih, haiwan akan menggelupur
  • Darah memancut jika haiwan disembelih

UAI dalam masa sama mengingatkan orang ramai untuk berhati-hati dalam mengambil sesuatu makanan iaitu dengan mengesahkan dahulu makanan tersebut adalah halal agar ia tidak memudaratkan badan manusia.

Rukun & Syarat Sembelihan

Berikut kami kongsikan pula senarai rukun dan juga syarat proses penyembelihan.

Rukun sembelihan menurut Sheikh Zakariyya al-Ansari adalah:

  1. Penyembelihan
  2. Tukang sembelih
  3. Haiwan sembelihan
  4. Alat penyembelihan

Syarat untuk penyembelihan haiwan mengikut ulama pula adalah:

  • Penyembelih adalah seorang Muslim atau ahli kitab
  • Ahli kitab tidak kira dari kalangan ajami atau Arab yang mana ia merupakan ahli kitab yang asal sebelum berlakunya penyelewengan

Baca Artikel Berkaitan: Daging Korban Tak Sesuai Buat Stik, Rupanya Ini Sebabnya

Baca Artikel Berkaitan: “Tiada Dalil Haram Makan Haiwan Korban Kerana Kasihan” – PU Azman

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Masih Keliru, Ini Perkara Yang Perlu Diketahui Tentang Sijil Halal

Baca Artikel Berkaitan: Umat Islam Perlu Lebih Peka & Cakna Tentang Status Halal Restoran, Kata Pakar


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd