[Video] Makcik Kantin Sekolah Ajar Murid Cara Guna Duit Untuk Beli Makanan Raih Pujian Ramai
Difahamkan taklimat tentang cara penggunaan wang semasa membeli makanan di kantin itu melibatkan murid Tahun Satu.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Musim persekolahan pada tahun 2025 ini memperlihatkan pelbagai ragam yang ditunjukkan oleh murid-murid terutamanya si kecil yang baru sahaja melangkah ke darjah satu.
Selain perlu belajar untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu, mereka juga pasti teruja untuk membeli makanan secara berdikari menggunakan wang belajar yang diberikan oleh ibu bapa.
Makcik kantin pun kena bersedia untuk melayan kerenah murid-murid berkenaan di awal musim persekolahan ini.
Baca Artikel Berkaitan: Topik Kantin Sekolah Dibuka Bulan Ramadan Jadi Perdebatan Hangat Di Media Sosial
Baca Artikel Berkaitan: Sesi Persekolahan & Waktu Operasi Kantin Ketika Ramadan Seperti Biasa – Fadhlina Sidek
Baca Artikel Berkaitan: Pengusaha Kantin Sekolah Boleh Bincang Dengan Ibu Bapa Jika Mahu Naikkan Harga – Fadhlina Sidek
Makcik Kantin Beri Tunjuk Ajar Kepada Murid Sekolah Tentang Cara Guna Duit Belanja
Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@suriamalaysia), seorang pengusaha kantin dilihat sedang memberi taklimat kepada murid sekolah yang dipercayai baru sahaja melangkah masuk ke alam persekolahan.
Difahamkan taklimat yang dilakukan ketika waktu rehat itu melibatkan murid Tahun Satu.
Dalam video tersebut, wanita berkenaan dengan penuh bersemangat memberi tunjuk ajar tentang cara menggunakan wang belanja ketika mahu membeli makanan dan minuman di sekolah.
Malah, pengusaha kantin berkenaan juga meminta murid-murid tersebut untuk tunggu sebentar untuk mengambil baki jika mereka memberikan wang bernilai RM5 atau RM10.
“Kalau bagi duit warna hijau (RM5), jangan gerak. Kena ambil baki dulu. Beli makan, guna duit satu je macam ni (sambil tunjuk RM1) atau dua sahaja,” ujarnya.

Selain itu, wanita tersebut juga menasihati pelajar untuk tidak memberikan duit mereka sewenang-wenangnya kepada orang lain.
Selepas selesai memberikan penerangan, pengusaha kantin itu meminta lima orang murid perempuan untuk mula membeli hidangan mereka di kantin mengikut barisan.
Video berkenaan juga telah mendapat perhatian ramai sehingga meraih 1.4 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.
Video penuh boleh klik [DI SINI].
Taklimat Makcik Kantin Itu Raih Pelbagai Reaksi
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan reaksi yang berbeza selepas melihat usaha pengusaha kantin tersebut yang mahu mengajar murid baharu untuk menggunakan wang membeli makanan.
Sesetengah pengguna media sosial menganggap langkah ini merupakan satu inisiatif yang perlu diterapkan di semua sekolah.
“Semoleknya semua sekolah buat macam ni kalau jenis tak jujur tak bagi semual duit baki,” ujar netizen.
Selain itu, masyarakat turut memuji tentang cara penyampaian taklimat di kantin berkenaan yang jelas dan mudah difahami. Siap ada yang menggelarnya sebagai ‘Orientasi Kantin’ ya!
“Makcik ni patut dijadikan contoh untuk pengusaha-pengusaha kantin sekolah,” kata netizen.
Dalam pada itu, segelintir pengguna TikTok pula sempat bergurau kononnya taklimat tersebut juga perlu dilakukan di sekolah menengah.

Sudah Wujud Sekolah Yang Guna Kad Debit Untuk Beli Makanan Di Kantin
Sebelum ini, seorang ibu mendedahkan bahawa sekolah anaknya kini sudah mula menggunakan kad debit untuk membolehkan murid-murid membeli hidangan di kantin.
Wanita bernama Shima itu memberi beberapa nasihat kepada ibu bapa tentang cara untuk menguruskan anak-anak yang turut berdepan situasi sama ketika mahu membeli makann semasa waktu rehat.
Tambahnya lagi, ibu bapa tidak perlu memasukkan sejumlah wang yang banyak ke dalam kad berkenaan bagi mengelakkan anak-anak berbelanja secara berlebihan.
Untuk lebih selamat, ibu bapa dinasihatkan untuk menulis maklumat penting seperti nama anak dan kelas serta meletakkannya di dalam lanyard jenis jernih.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Wanita Dedah Murid Sekolah Kini Guna Kad Debit Untuk Beli Makanan Di Kantin
Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Hari-hari Saya Tengok” – Pengusaha Kantin Tak Puas Hati, Guru Jual Makanan Di Sekolah
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pengerusi MARA Terjah Kantin MRSM, Respon Tidak Profesional Pengusaha Kantin Buat Ramai Ternganga
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.