[Video] Botol Kicap Banyak Lipas, Reaksi Wanita Ini Terima Kecaman Orang Ramai
Menurut wanita itu, dia telah membeli kicap itu sejak sebulan yang lalu, namun tidak pernah membiarkan botol dalam keadaan terbuka dan disimpan di dalam kabinet.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Bagi sesetengah orang, pasti hidangan terasa tidak lengkap jika tanpa renjisan kicap yang dikatakan lebih membuka selera.
Di Malaysia, begitu banyak produk kicap yang dikeluarkan di pasaran dengan pelbagai jenis seperti manis, masin, lemak manis dan pedas.
Namun sebelum ini beberapa kali dilaporkan apabila botol kicap yang dibeli didakwa dimasuki haiwan perosak seperti lipas dan cicak.
Baca Artikel Berkaitan: Nasi Putih, Telur Kicap Dijual Dengan Harga RM7 Undang Pelbagai Reaksi
Baca Artikel Berkaitan: “Rasa Salted Caramel” – Lelaki Cuba Makan Ais Krim Vanila Campur Kicap Masin Curi Perhatian
Baca Artikel Berkaitan: “Terus Takde Mood Nak Makan” – Wanita Jumpa Lipas Dalam Botol Kicap
Kicap Rasa Pelik Disangkakan Tamat Tempoh
Baru-baru ini, seorang wanita telah berkongsi menerusi TikTok (@hhmhds) apabila kicap yang digunakan olehnya di rumah terasa agak pelik.
Katanya, dia yang pada mulanya merasa kicap itu tidak terfikir apa-apa yang pelik kerana ia merupakan kali pertama mencuba kicap jenama itu.
Namun apabila kakak dan abang iparnya kemudian turut berkata kicap itu terasa pelik, dia telah melihat pada botol untuk menyemak jika kicap itu telah tamat tempoh.
Ketika dia membelek-belek botol tersebut, dia ternampak sesuatu terapung di dalam kicap.
Botol Kicap Tersumbat Sebab Ada Banyak Lipas
Menerusi video yang dimuat naik, kelihatan seseorang sedang membesarkan lubang pada penutup botol sebelum menuang kicap ke dalam bekas. Namun kicap tersebut tidak dapat dituang dengan mudah seolah-olah ada benda yang tersekat.
Setelah botol itu digoncang dan diketuk beberapa kali, barulah terkeluar segala isi botol tersebut. Memang betul ada lipas! Bukan seekor dua, tapi banyak! 😭
Menurut wanita itu, dia telah membeli kicap jenama terkenal itu kira-kira sebulan yang lalu tetapi tidak pernah membiarkan penutup botol terbuka dan disimpan di dalam kabinet.
“Kalau nak cakap lipas dari rumah saya, boleh tengok lubang pun kecil. Kalau ada seekor dalam tu boleh cakap dari rumah saya, tapi ni boleh tengok kicap nak keluar pun susah sebab lipas tersumbat dalam botol” katanya.
Tonton video [DI SINI].
Orang Ramai Persoalkan Jika Lipas Masuk Ke Dalam Botol Kicap Atas Salah Sendiri
Menjenguk ke ruangan komen, ada yang berkongsi pengalaman botol kicap dipenuhi lalat. Seorang individu berkata dia pernah melihat video yang menunjukkan terdapat cicak di dalam botol kicap jenama sama.
Seorang lagi menegaskan agar wanita terbabit melaporkan perkara berkenaan kepada pihak syarikat dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Namun begitu, lebih ramai lagi yang merasakan mungkin lipas itu telah masuk ke dalam botol kicap kerana penutup secara tidak sedar pernah dibiarkan terbuka.
Malah mereka menafikan kata-kata wanita tadi bahawa lubang kecil pada botol kicap itu tidak boleh dimasuki lipas yang besar.
“Dari pengalaman sendiri, saya percaya lipas boleh masuk lubang tu,” kata seorang pengguna media sosial.
“Pernah tertinggal tumbler dalam kereta, siap tertutup elok. Tapi bila nak cuci sampaii 5 ke 7 ekor lipas dalam tu,” jelas seorang lagi.
Dalam masa sama, beberapa individu juga mempersoalkan mengapa bangkai lipas itu kelihatan masih utuh dan ‘segar’ jika sudah lama berada di dalam kicap tersebut.
Seorang wanita persoalkan jika lipas tersebut telah ada di dalam botol sebelum ia dibuka. Dia menjelaskan bahawa kicap yang dibotolkan akan ditapis melalui beberapa penapis, oleh itu mustahil terdapat lipas sebesar itu.










Lipas Memang Boleh Masuk Di Tempat Yang Sangat Kecil
Seperti yang dikongsikan oleh orang ramai, tidak mustahil untuk lipas masuk ke tempat-tempat yang kecil termasuklah lubang pada botol kicap.
Menurut artikel oleh UC Berkeley News, lipas boleh ‘memenyekkan’ diri mereka untuk masuk ke dalam lubang yang sekecil 1 per 10 daripada tinggi tubuhnya (sekitar seinci).
Penyelidik Kaushik Jayaram berkata lipas akan menggunakan bahagian lain tubuhnya untuk bergerak jika kakinya tidak dapat digerakkan. Tetapi perkara itu tidak menghalang mereka untuk bergerak dengan pantas dalam ruang yang sempit!
Ciri-ciri pada lipas ini menjadi inspirasi bagi para saintis menghasilkan robot yang boleh masuk melalui celahan kecil dan berfungsi dalam usaha cari dan menyelamat dalam runtuhan bangunan.
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Di China Pelik Nafas Berbau, Rupanya Lipas Tersangkut Dalam Saluran Pernafasan
Baca Artikel Berkaitan: “Ingatkan Kacang” – Lelaki Cerita Pengalaman Pahit Termakan Lipas Akibat Tinggal Air Kopi Di Dalam Kereta
Baca Artikel Berkaitan: Ini 5 Tips Halau Lipas Dari Membiak Dalam Kereta
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



