Now Reading
“Terus Rasa Nak Balik” – Wanita Mat Saleh Terkejut Lihat Lelaki Korea Tak Sama Macam Dalam K-Drama

“Terus Rasa Nak Balik” – Wanita Mat Saleh Terkejut Lihat Lelaki Korea Tak Sama Macam Dalam K-Drama

Dakwanya, pemuda di Korea tidak setampan seperti pelakon-pelakon yang dilihat di dalam drama Korea.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bila sebut je artis lelaki dari Korea nak datang Malaysia, mesti ramai peminat terutamanya golongan wanita yang teruja untuk berjumpa dengan mereka.

Maklumlah, semuanya kacak-kacak belaka hingga buat kaum hawa semua ‘cair’ melihat wajah mereka. Contohnya Park Seo-joon, Kim Soo-hyun dan Ji Chang-wook.

Keterujaaan ini bukan sahaja dialami oleh masyarakat Malaysia sahaja, namun ia juga dirasai sama oleh golongan wanita di seluruh dunia termasuklah negara-negara barat.

Sumber: Gifer

Baca Artikel Berkaitan: Park Seo-Jun Muncul Di Sunway Pyramid Sempena Kolaborasi Bersama MILO Malaysia

Baca Artikel Berkaitan: Konsert NCT DREAM Live In KL Dipenuhi ‘Lautan Hijau’ Dari Para Peminat Di Axiata Arena, Bukit Jalil

Baca Artikel Berkaitan: Konsert CNBLUE, CNBLUENTITY Di Mega Star Arena Dibanjiri 5,000 #BOICE!

Wanita Mat Saleh Kecewa Tak Jumpa Lelaki Kacak Di Korea

Menerusi video dimuat naik semula di laman X (@stillgray), seorang wanita mat saleh berkongsi kisahnya ketika melancong ke Seoul, Korea Selatan dan dikatakan mahu jatuh cinta dengan lelaki Korea.

Namun bak kata pepatah, jauh panggang dari api kerana wanita ini meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa golongan lelaki yang dijumpai di negara itu tidak seperti yang dijangka.

Dakwanya, pemuda di Korea tidak setampan seperti pelakon-pelakon yang dilihat di dalam drama Korea.

Sumber: X (@stillgray)

Malah, wanita ini juga sempat merakam beberapa kelibat jejaka di negara tersebut yang dijumpai secara rawak ketika sedang berjalan kaki di ibu kota tersebut.

Kecewa dengan apa yang berlaku, wanita ini berpendapat dia seolah-olah ditipu dengan apa yang dipaparkan dalam drama Korea.

“Kita semua sebenarnya dah kena tipu. Saya rasa terganggu sangat. Saya rasa nak beredar dari sini sekarang juga,” ujar wanita mat saleh itu.

Pengguna Media Sosial Beri Pelbagai Pendapat Tentang Situasi Tersebut

Perkongsian video dari wanita itu telah menimbulkan pelbagai reaksi dari orang ramai di mana sesetengah daripada mereka berpendapat wanita tersebut seperti baru menyedari realilti sebenar masyarakat di Korea Selatan.

Sementara itu, wujud sesetengah pihak yang menganggap pemilik video berkenaan tidak sepatutnya berkata demikian kerana sifat cantik dan kacak itu bersifat subjektif.

“Cantik itu boleh datang dalam pelbagai bentuk dan ia datang daripada personaliti yang baik dan keyakinan, bukan setakat rupa paras je,” luah netizen.

Pada masa yang sama, segelintir individu juga mengecam tindakan wanita terbabit yang sesuka hati merakam serta mengambil gambar sekumpulan pemuda secara rawak di tempat terbuka sambil mengatakan perkara buruk tentang mereka.

“Saya rasa sedih dengan lelaki-lelaki yang dia rakam dalam video. Pelancong asing datang ke negara orang lain dan cakap buruk tentang masyarakat tempatan di sana adalah satu perkara buruk yang ‘next level’,” ujar netizen.

Sumber: X @stillgray

Definisi cantik dan kacak itu bergantung kepada pendapat masing-masing.

Mungkin ada sesetengah pihak yang menganggap rupa paras seseorang itu cukup menawan bagi mereka, tetapi ‘mata’ anda kata tidak.

Tak kisahlah sekacak atau secantik mana individu tersebut, yang penting akhlak serta perwatakan mereka itu penuh dengan adab dan etika.

Baca Artikel Berkaitan: “Culture Shock Sikit” – Individu Kongsi Pengalaman Kali Pertama Sertai Majlis Kahwin Bangsa Korea

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Gelagat Pekerja Korea Sebut ‘Pencuci Mulut’ Macam Choral Speaking Dengan Rakyat Malaysia Bikin Ramai Terhibur

Baca Artikel Berkaitan: “You Deserve An Award!” – Orang Ramai Puji Lelaki Masak Nasi Dagang Buat Rakan Sekerja Di Korea


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd