“Demi Sesuap Kibbles” – Gelagat Kucing Buat Show Di Zoo Bikin Ramai Terhibur
Persembahan melibatkan kucing jenis tabby itu diadakan di negara jiran iaitu Jember Mini Zoo, Indonesia.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Apabila sebut sahaja tentang kucing, sudah tentu ramai di kalangan masyarakat yang menyukai haiwan berbulu ini.
Kalau anda nak tahu, haiwan yang anda biasa dlihat di kawasan perumahan juga sudah mula menjadi tarikan di zoo. Sebagai contoh, Zoo Negara mencatat peningkatan dalam jumlah pengunjung mereka disebabkan kewujudan seekor kucing yang menjadi penghuni di sangkar Capybara.
Kucing berwarna oren itu juga digelar sebagai ‘Bintang Zoo Negara’. Siap diletakkan papan tanda lagi.
Baca Artikel Berkaitan: Siap Dapat Signage Baharu! Oyen Kini Digelar ‘Bintang Zoo Negara’, Berjaya Tarik Ramai Pengunjung
Baca Artikel Berkaitan: Zoo Negara Tambah Papan Nama Kucing ‘Oyen’ Sebelah Haiwan Capybara
Si Bulus Beraksi Dalam Show Di Jember Mini Zoo, Indonesia
Terbaharu, tular satu hantaran di laman TikTok (@putrirosis10) menyaksikan suasana riuh di Jember Mini Zoo yang terletak di negara jiran Indonesia.
Kebiasaannya, pihak zoo akan menganjurkan beberapa jenis persembahan sepanjang lawatan pengunjung ke sana. Haiwan yang selalu dilihat menyertai acara sebegini adalah singa laut, penguin, gajah, buaya, burung kakak tua, dan sebagainya.
Sambil buat lawatan, bolehlah anak-anak melihat sendiri di depan mata aksi licik dan kepintaran haiwan-haiwan yang telah dilatih itu.

[Sumber: Facebook Zoo Negara]
Namun lain pula di Jember Mini Zoo apabila seekor kucing jenis tabby (kucing bercorak belang) yang menjadi bintang dalam show tersebut. Ya, haiwan peliharaan comel yang selalu ada di rumah anda tu!
Menerusi video perkongsian, kelihatan si bulus sedang melompat melepasi tiga palang kayu yang disediakan. Sekali imbas, macam larian lompat pagar pun ada.
Selepas itu, kucing tersebut dilihat berjalan dengan pantas di antara celah kaki seorang jurulatih bagi mendapatkan sneknya.
@putrirosis10 PIU 🐈 #kucinglucu #viral #minizoo #kucinggemoy #fyppppppppppppppppppppppp #cats #jembercity #foryoupage #kucing #fypシ゚ #catslovers ♬ Meow number 16 – The kitten's nose – AtilaKw
Tonton video [DI SINI].
Kucing Lompat Menerusi Hula Hoop
Dalam satu lagi hantaran lain yang dimuat naik, kelihatan si bulus itu melompat menerusi gelung (hula hoop) untuk mendapatkan makanannya. Memang comel!
Sama seperti namanya, haiwan dalam persembahan ini pun bersaiz mini. Perkongsian tersebut nyata mendapat perhatian ramai selepas menerima tontonan sebanyak 890,000 kali setakat artikel ini ditulis (19 Februari).
@putrirosis10 Piu Kucing Mujaer 🐈🤏🏻 #kucinglucu #kucingviral #jember #kucinggemoy #cat #catsoftiktok #fyppppppppppppppppppppppp #fypage #fypシ゚ #viral #jember ♬ Kau tinggal sini ke – Upin & Ipin Official
Tonton video [DI SINI].
Ramai Cuit Hati Lihat Gelagat Kucing Di Zoo Mini
Menjengah ke ruangan komen, terhibur melihat si bulus yang dikatakan bekerja keras untuk mencari ‘rezeki’.
“Dia (kucing) dah pandai berdikari, ajar dia bang biar tahu whiskas bukan senang nak dapat kalau tak ada duit,” kata seorang lelaki.
Malah ada pemilik kucing yang berseloroh dengan berkata dia mahu menghantar ‘majikannya’ ke sana.
“Boleh hantar ni. 22 ekor kat rumah. Membuta dan cakar sofa ja kerjanya,” ujar seorang pengguna TikTok.
Sementara itu, ramai juga individu berkata kucing mereka di rumah boleh melakukan kemahiran yang sama seperti kucing tabby ini.
“Jalan belit kaki tu kucing saya sangat pakar. Kadang-kadang sampai nak terpijak dia sebab tiba-tiba menyelit tanpa bunyi,” kata seorang wanita.










Baca Artikel Berkaitan: Raih 3.5 Juta Tontonan, Gelagat Kucing Merajuk Abang Polis ‘Curi’ Patung Bikin Ramai Terhibur
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ramai Geli Hati Tengok Gelagat Kucing Suka ‘Disikat’ Guna Kulit Durian
Baca Artikel Berkaitan: “Tinggal Nak Masak Je” – Aksi Kucing Hitam Golek Pada Serbuk Kunyit Bikin Ramai Terhibur
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.