Now Reading
“Adik Saya OKU Pekak” – Kerjaya Jurubahasa Isyarat Popular RTM Jadi Inspirasi Ramai

“Adik Saya OKU Pekak” – Kerjaya Jurubahasa Isyarat Popular RTM Jadi Inspirasi Ramai

Menurut jurubahasa isyarat RTM Tan Lee Bee, keadaan adiknya yang cacat pendengaran mendorongnya untuk belajar bahasa isyarat agar mereka berdua boleh berkomunikasi dengan baik.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Saban hari, kita boleh lihat pendedahan terhadap golongan OKU (Orang Kurang Upaya) pekak semakin meluas. Ini termasuklah pembelajaran bahasa isyarat tidak kira di kalangan orang dewasa atau anak muda.

Sebelum ini, filem Babah lakonan Qi Razali telah membuatkan ramai tersentuh kerana kisah seorang bapa yang mempunyai masalah pendengaran dan kegigihan untuk membesarkan anak perempuannya.

Filem ini dalam masa yang sama membuka mata orang ramai untuk belajar tentang bahasa isyarat agar boleh berkomunikasi dengan golongan cacat pendengaran.

Baca Artikel Berkaitan: “Nangis Tanpa Dengar Satu Bunyi Pun” – Qi Razali Terharu Golongan OKU Pekak Enjoy Tonton Filem ‘Babah’

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Babah Dalam Realiti”- Wanita Ini Buat Ramai Sebak Guna Nota Untuk Luah Syukur Ada Ayah Hebat

Jurubahasa Isyarat RTM Belajar ‘Sign Language’ Demi Adik OKU Pekak

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@zestie.my) menyaksikan satu temu bual bersama jurubahasa isyarat terkenal di RTM, Tan Lee Bee tentang kerjaya hidupnya.

Dalam video tersebut, dia berkata impiannya semasa zaman kanak-kanak adalah untuk menjadi seorang polis ketika sudah dewasa. Pun begitu, rezeki tidak salah alamat apabila dia sekarang dikenali ramai sebagai jurubahasa isyarat televisyen.

Menurut Lee Bee, dia mula belajar bahasa isyarat kerana adik perempuannya. Jelasnya isyarat tangan itu membolehkannya untuk berbual dengan si adik yang merupakan OKU pekak.

“Saya boleh berkomunikasi dengannya dan kita boleh berbual sepanjang hari,” jelasnya.

Sumber: TikTok (@zestie.my)

Lee Bee Kongsi Rutin Sebelum Mulakan Kerja

Ujar Lee Bee, sekiranya penonton lihatnya dia kaca televisyen, itu bermaksud dia sedang bertugas untuk RTM atau mentafsir kes perbicaraan mahkamah.

Dia juga dalam masa sama mengambil tawaran sekiranya mana-mana syarikat lain memerlukan perkhidmatannya.

“Saya tak pekak saya normal. Sebabkan saya tak boleh bercakap ketika berita disiarkan, jadi saya bercakap banyak sewaktu tidak bekerja,” kata Lee Bee.

Berbicara lebih mendalam mengenai jawatannya itu, Lee Bee turut berkongsi beberapa rutin yang dilakukan sebelum mula bersiaran.

“Sebelum mulakan berita, saya akan ambil ‘ear piece’. Sebab sebagai seorang penterjemah, kami perlu memastikan bahawa kami mendengar 100%.

“Sebelum mulakan berita juga, saya akan melakukan sedikit senaman tangan, supaya ia tidak begitu tegang dan bagi memastikan tangan saya melakukan kerja yang lebih baik,” jelasnya.

Sumber: TikTok (@zestie.my)

Lee Bee Minat & Seronok Jadi Jurubahasa Isyarat

Berkecimpung selama 40 tahun dalam bidang jurubahasa isyarat di televisyen, Lee Bee berkata dia sangat menyukai kerjayanya.

“Kalau tak rasa seronok dengan kerja, kamu tak boleh buat yang terbaik. Saya memang minat sampaikan Perdana Menteri kata, saya tak perlu cakap. Tengok dari cara kamu pun boleh nampak kamu ada minat yang mendalam dalam kerja ini,” luahnya.

Sumber: TikTok (@zestie.my)

Semasa menterjemah juga, Lee Bee menerima banyak respon positif daripada penonton yang mana ada individu berkata bahawa gerakan tangannya adalah tidak kekok.

“Badan saya tak tegang. Saya bergerak ke kiri dan kanan. Saya duduk di sebelah kanan. Jika ada pihak lain pula bercakap, saya akan beralih ke sebelah kiri. Jadi kita nak penonton tahu ada dua watak (terjemahan untuk dua individu).

“Ada masa saya buat silap, tiga hari saya tak tidur. Saya ambil masa beberapa hari untuk lupakan semua tu. Ia (bahasa isyarat) bukan mudah tetapi saya belajar juga. Kita tak boleh cakap yang kita ni bagus,” kata Lee Bee.

Lee Bee Harap Malaysia Boleh Lahirkan Semakin Ramai Jurubahasa Isyarat

Sementara itu, Lee Bee juga berharap kepentingan bahasa isyarat ini semakin didedahkan kepada masyarakat selain berhasrat agar ramai individu mengikut langkahnya pada masa akan datang.

“Saya nak jurubahasa berkaliber yang boleh betul-betul buat kerja mereka dengan baik. Supaya orang pekak boleh faham segalanya. Nasihat saya adalah mereka perlu bergaul dengan golongan pekak. Sambil tu, boleh belajar isyarat baru. Kita kena ikut (pergerakan tangan) mereka.

“Tak boleh cakap, saya dah jadi penterjemah, saya dah pandai dah jadi saya tak nak gaul dengan orang pekak. Tidak, kalau tak nak bergaul, kamu tak akan jadi seorang jurubahasa yang baik,” katanya di akhir perkongsian.

@zestie.my Meet the legendary TV sign language interpreter 🤩 @Tan Lee Bee ♬ original sound – Zestie Malaysia

Tonton video [DI SINI].

Ramai Kagum Dengan Kesungguhan Lee Bee Untuk Menterjemah Buat OKU Pekak

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai kagum dengan kisah kerjaya Lee Bee sebagai jurubahasa isyarat.

“Saya belajar sedikit bahasa isyarat kerana aunty ini memberi saya inspirasi,” ujar seorang pengguna TikTok.

Malah sesetengah individu berkata mereka rasa kekok jika tidak melihat Lee Bee sewaktu menonton berita di RTM.

“Legendary. Walaupun tak faham, rasa berita TV tak lengkap kalau tak ada dia,” kata seorang lelaki.

Sumber: TikTok (@zestie.my)

Asas Pembelajaran Bahasa Isyarat

Pembelajaran bahasa isyarat adalah amat penting pada masa kini kerana ramai juga rakyat Malaysia yang terdiri daripada orang bisu dan pekak.

Buat mereka yang pertama kali mahu belajar bahasa isyarat di sini kami kongsikan visual jari tangan dari portal MyHealth sebagai indikator bagi setiap abjad. Belajar yang basic dulu okay?

Sumber: Myhealth

Baca Artikel Berkaitan: “Mata Masuk Habuk” – Isteri Terjemah Tazkirah Dalam Bahasa Isyarat Buat Suami OKU Undang Sebak

Baca Artikel Berkaitan: Anggota Bomba Guna Bahasa Isyarat Dengan Pengunjung Karnival Buat Ramai Kagum

Baca Artikel Berkaitan: Pelajar USIM Belajar Bahasa Isyarat Ketika Minggu Orientasi, Mahu Rai Rakan-rakan OKU


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd