Now Reading
[Video] Wanita Dedah Murid Sekolah Kini Guna Kad Debit Untuk Beli Makanan Di Kantin

[Video] Wanita Dedah Murid Sekolah Kini Guna Kad Debit Untuk Beli Makanan Di Kantin

Wanita ini menasihati ibu bapa untuk tidak memasukkan jumlah wang yang terlalu banyak di dalam kad debit berkenaan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Mesti anda semua masih ingat memori di mana ibu bapa kita akan memberi duit belanja untuk membolehkan anak-anak membeli makanan di kantin sekolah semasa waktu rehat kan?

Kalau tanya mak ayah kita, mesti mereka kata duit belanja sekolah yang diberikan ketika zaman dulu hanyalah sekitar RM0.50 sahaja.

Cuba tanya anak muda zaman sekarang ini, paling sikit duit belanja yang dibawa adalah RM2. Itu pun mungkin hanya lepas untuk beli air satu cawan je.

Baca Artikel Berkaitan: Sesi Persekolahan & Waktu Operasi Kantin Ketika Ramadan Seperti Biasa – Fadhlina Sidek

Baca Artikel Berkaitan: Pengusaha Kantin Sekolah Boleh Bincang Dengan Ibu Bapa Jika Mahu Naikkan Harga – Fadhlina Sidek

Baca Artikel Berkaitan: Topik Kantin Sekolah Dibuka Bulan Ramadan Jadi Perdebatan Hangat Di Media Sosial

Ibu Dedah Kantin Sekolah Anak Kini Guna Kad Debit

Menerusi video dimuat naik oleh pengguna TikTok (@shimaosmanmy), wanita ini berkongsi pengalaman di mana anaknya kini menggunakan kad debit bank untuk membeli hidangan di kantin sekolah.

Dalam video berdurasi 3:35 minit itu, wanita bernama Shima ini memberi beberapa nasihat bagi ibu bapa tentang cara untuk menguruskan anak-anak yang turut berdepan situasi sama ketika mahu membeli makann semasa waktu rehat.

Tambahnya lagi, ibu bapa tidak perlu memasukkan sejumlah wang yang banyak ke dalam kad berkenaan bagi mengelakkan anak-anak membeli secara berlebihan.

“Kalau boleh tak payah masukkan duit banyak-banyak dalam kad debit tu sampai RM50 hingga RM100. Nanti asyik ‘tag’ banyak kali, habis semua duit tu,” ujar pengguna TikTok.

Untuk lebih selamat, ibu bapa dinasihatkan untuk menulis maklumat penting seperti nama anak dan kelas serta meletakkannya di dalam lanyard jenis jernih.

“Kalau kad debit ni hilang, boleh pulangkan balik kepada pemiliknya atau bagi kepada guru kelas tersebut,” ujarnya.

Pada masa yang sama, pihak kantin juga memainkan peranan penting untuk memberi tunjuk ajar kepada murid-murid yang masih dalam proses untuk belajar menggunakan teknologi canggih tersebut.

@shimaosmanmy

SAYA PUN MENERIMA SEADANYA SEPERTI IBUBAPA LAIN TETAPI INGATKAN ANAK2 berhati2 #debitkad (Kalau boleh saya pun nak anak2 saya secara manual dengan “wang kertas & syiling” baru belajar cara mengira duit dengan betul bukan boros) TETAPI INGATKAN ANAK2 berhati2 #debitkad #backtoschool #sekolahrendah #sekolahmalaysia #selangor #kl #sisviral #momoftiktok #malaysiantiktok #tiktokviral #bankmalaysia

♬ Oh No – Kreepa

Ibu Bapa Beri Pelbagai Reaksi Tentang Penggunaan Kad Debit Di Kantin Sekolah

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengutarakan pelbagai pendapat yang berbeza melibatkan isu penggunaan kad debit di kantin sekolah itu.

Kebanyakan pengguna media sosial menjelaskan kecanggihan tersebut boleh mendatangkan risiko di mana boleh berlaku keciciran kad.

Malah mereka juga meluahkan rasa risau jika kad tersebut disalah guna oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

“Fuh makin seram. Takut tercicir atau member yang jenis melawak kasar ke ambil buat pembelian,” kata pengguna TikTok.

Sementara itu, ada juga sesetengah individu yang menganggap ia seolah-olah menghalang anak kecil untuk belajar mengira ketika membuat pembelian.

”Kalau tercicir kad tu susah juga. Bagi lah budak-budak kira sendiri. Semua nak senang. Kalau macam ni mana budak-budak nak belajar kira-kira,” ujar netizen.

Sumber: TikTok (@shimaosmanmy)

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Harini Abang Belanja” – Peniaga Kantin Sekolah Halalkan Sepinggan Nasi Kepada Murid

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Hari-hari Saya Tengok” – Pengusaha Kantin Tak Puas Hati, Guru Jual Makanan Di Sekolah

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pengerusi MARA Terjah Kantin MRSM, Respon Tidak Profesional Pengusaha Kantin Buat Ramai Ternganga


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm FacebookTwitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd