Now Reading
[Video] Siap Nak Kuah Kicap, Gelagat Si Kecil Doa Pada Allah SWT Minta Pisang Goreng Raih Perhatian

[Video] Siap Nak Kuah Kicap, Gelagat Si Kecil Doa Pada Allah SWT Minta Pisang Goreng Raih Perhatian

Menerusi video itu, kelihatan si ibu sedang mengajar anak perempuannya cara untuk berdoa kepada Allah SWT dengan lebih spesifik.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Anak-anak kecil yang sedang membesar dikatakan mempunyai daya pemikiran seperti span di mana ia mudah menyerap dan menerima sebarang ilmu yang diajari.

Oleh itu, tidak hairanlah apabila ibu bapa serta individu dewasa di sekeliling perlu sentiasa menunjukkan contoh serta teladan yang baik kepada mereka.

Ini kerana perkara tersebut bakal dicontohi oleh anak-anak kecil dan menjadi amalan sehingga dewasa serta membentuk personaliti mereka.

Ibu beri POV pada anak cara berdoa spesifik kepada Allah SWT

Terbaharu, seorang ibu telah memberikan gambaran atau Point Of View (POV) kepada anaknya cara untuk berdoa dengan spesifik kepada Allah SWT untuk menyatakan keinginan dengan jelas.

Gelagat dua beranak itu bagaimanapun telah menarik perhatian orang ramai dengan kecomelan si kecil.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Marina Shamsudin di TikTok, awalnya kelihatan dia dan anak perempuan yang dikenali sebagai Dahlia Inara Muhammad Zuhri Shah sedang duduk di atas sejadah dipercayai baru sahaja selesai mendirikan solat dan sedang berdoa.

Doa nak minta makan goreng pisang

Dalam video tersebut kedengaran si kecil itu ingin menikmati pisang lalu si ibu mengajarnya cara untuk berdoa untuk meminta rezeki itu daripada Allah SWT.

Sebelum memulakan doa tersebut kedengaran si ibu Marina Shamsudin bertanya kepada Dahlia bilakah dia ingin menikmati buah tersebut. Si kecil itu lalu menjawab pada hari Sabtu.

“Ya Allah ya Tuhanku, saya Dahlia Inara Binti Muhammad Zuhri Shah. Saya nak satu biji pisang,” doa ibu Dahlia seperti dipinta.

Siap nak makan dengan kuah kicap

Namun Dahlia segera menghentikan doa ibunya itu dan mengatakan dia mahukan sebanyak empat biji pisang.

Jadi saya nak pisang empat biji. Dah siap goreng ke belum goreng? ‘Dah siap goreng’.

“Saya nak pisang empat biji dah siap goreng pada hari Sabtu. Haa nak kuah kicap ke nak cheese (keju)? ‘Kuah kicap’.

“Dengan kuah kicap sekali ya Allah,” doa ibunya dan mengaminkan doa berkenaan.

Sebaik melihat selesai ibunya berdoa Dahlia kemudian dilihat seperti ingin menambah lagi doa tersebut dengan meminta perkara lain, namun Marina mengatakan sudah cukup.

“Masa ni dia nak edit balik doa pertama dia nak makan coklat (daripada makan pisang) adoilah anak.”

Di ruang kapsyen, si ibu mengatakan begitulah situasi apabila dia sedang berbual dengan si kecil kesayangannya itu.

https://www.tiktok.com/@drmocharina/video/7472036771090402567?_r=1&_t=ZS-8u0N2HbUJZ1

Ramai terhibur dengan gelagat comel si kecil dan ibu

Melihat di ruangan komen, ramai yang terhibur melihat gelagat comel dua beranak itu. Malah ada yang memuji dengan mengatakan ia adalah yang bagus untuk mengajar anak meminta kepada Allah.

Tidak kurang juga ada yang bertanya adakah doa tersebut sudah dimakbulkan atau perlu menunggu beberapa hari.

Malah ada yang menyifatkan si ibu mengajar Dahlia untuk meletakkan kebertanggungan kepada Allah SWT.

“Aku pernah doa minta Allah permudahkan urusan aku bersalin anak. Allah betul-betul permudahkan, bius penuh dan pembedahan. Tahu-tahu sampai wad, tak cukup spesifik kot aku doa, terlalu general.”

“Mengajar anak memohon kepada Allah SWT, mengajar anak tu kenal tuhannya walaupun nampak kecil tapi kesannya sangat besar. Alhamdulillah, tahniah buat ibu dan ayahnya.”

“Bagus mommy ajar kebergantungan kita pada Allah SWT walaupun sekecil-kecil perkara”

“Kak tunaikan pisang goreng 4 biji dia please hari Sabtu ya”

“Maknya pun melayan 😂”


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm FacebookTwitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd