Now Reading
[Video] Rakyat Malaysia Disyaki Curi Wang & Kad Kredit Ketika Latihan Bola Keranjang Di Osaka

[Video] Rakyat Malaysia Disyaki Curi Wang & Kad Kredit Ketika Latihan Bola Keranjang Di Osaka

Menurut laporan media tempatan, lelaki tersebut telah ditahan oleh pihak polis dan mengakui mengambil kad kredit, tetapi menafikan tuduhan berkenaan wang tunai.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sesetengah individu pasti memasang cita-cita untuk berhijrah ke luar negara demi mendapatkan peluang pekerjaan yang lebih bagus.

Bagi rakyat Malaysia, mendapatkan kerja di negara dunia pertama seolah-olah seperti ‘jackpot’ kerana akan menerima gaji dengan kadar mata wang yang lebih tinggi.

Namun lain pula yang jadi apabila seorang warganegara Malaysia yang bekerja sambilan di Jepun ditahan kerana dipercayai mencuri.

Baca Artikel Berkaitan: Betul Ke Orang Jepun Tak Suka Dengan Warga Asing?

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lelaki Kongsi Rutin Pekerja Di Jepun Pada Awal Pagi, Berdiri Secara Serentak & Bersenam

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Ini Kongsi 5 Perkara Yang Dianggap Biadap Di Jepun

Lelaki Malaysia Disyaki Curi Wang & Kad Kredit Ketika Latihan Bola Keranjang Di Osaka

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di platform X (@tweet_tokyo_web) baru-baru ini, dipercayai seorang lelaki dari Malaysia berusia 26 tahun telah mencuri wang dan kad kredit ketika sesi latihan kelab bola keranjang.

Dia dikatakan telah menyertai latihan tersebut buat pertama kali dan menggunakan nama palsu dalam bahasa Jepun.

Berdasarkan rakaman video yang dikongsi, lelaki tersebut dilihat berdiri berhampiran pintu masuk sebelum duduk di bahagian tepi gelanggang bola keranjang.

Dia kemudiannya membelek-belek barangan yang ditinggalkan oleh pemain lain sambil memerhatikan keadaan sekeliling agar tidak tertangkap.

Pelaku Telah Ditahan, Mengaku Ambil Kad Kredit

Yahoo! Japan melaporkan bahawa rakyat Malaysia yang bekerja sebagai pengajar sambilan di sebuah sekolah menengah rendah di Osaka itu telahpun ditahan atas dakwaan mencuri.

Pihak polis berkata dia telah menyertai latihan kelab bola keranjang di Takatsuki City sebelum disyaki mencuri wang berjumlah 500,000 yen (RM14,642) serta dua kad kredit daripada beberapa buah beg sementara ahli kelab lain sedang berlatih.

Kredit kad yang dicuri dipercayai telah digunakan secara salah. Pihak polis turut mengesahkan bahawa individu tersebut menggunakan nama palsu untuk melibatkan diri dalam latihan bola keranjang berkenaan.

Beberapa Kes Kecurian Sama Dilaporkan

Namun ketika disoal siasat, lelaki itu hanya mengakui sebahagian daripada tuduhan ke atasnya. Dia mengaku telah mengambil kad kredit, tetapi tidak mengetahui apa-apa tentang wang tunai.

Dalam masa sama, beberapa kes kecurian sedemikian turut dilaporkan berlaku di sekitar kawasan terbabit.

Pihak polis sedang menyiasat sama ada pelaku tersebut turut terlibat dalam kes jenayah kecurian lain.

Wanita Kongsi Pengalaman Bercuti Di Jepun, iPad Tak Hilang Walaupun Tertinggal Semalaman

Apa yang berlaku melibatkan warganegara Malaysia di negara yang amat menitik beratkan nilai kejujuran itu pastinya mendukacitakan.

Sebelum ini, seorang wanita Malaysia telah berkongsi pengalamannya ketika melancong ke Jepun.

Dia telah tertinggal iPad yang dimiliki di sebuah kedai makan tetapi tidak dapat mengambilnya pada hari sama kerana restoran tersebut sudah ditutup.

Namun ketika dia datang semula ke kedai itu pada keesokan harinya, amat mengejutkan apabila peranti tersebut masih berada di tempat sama ia ditinggalkan dan tidak berganjak sama sekali.

Keadaan ini merupakan salah satu bukti bahawa masyarakat Jepun secara umumnya tidak akan mengambil barangan yang tidak dimiliki oleh mereka.

Baca Artikel Berkaitan: “Jujur Tu Budaya Dekat Sana” – Wanita Tak Sangka Jumpa Semula iPad Tercicir Di Jepun

Baca Artikel Berkaitan: “Tak Perlu Hantar MC!” – Lelaki Kongsi Pengalaman Sakit Ketika Bekerja Di Jepun

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Apa Patut Anda Lakukan Jika Terjumpa ‘Harta Al-Luqatah’, Barang Berharga Yang Tercicir?


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm FacebookTwitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd