Now Reading
“Membaca Jambatan Ilmu” – Ramai Kesal Wujud Ibu Bapa Tidak Peka Dengan Arahan Guru

“Membaca Jambatan Ilmu” – Ramai Kesal Wujud Ibu Bapa Tidak Peka Dengan Arahan Guru

Walaupun makluman yang lengkap telah dihantar ke dalam aplikasi WhatsApp, namun majoriti ibu bapa masih gagal ambil cakna dan tetap bertanya-tanya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pada era globalisasi ini, penggunaan media sosial serta aplikasi atas talian kini lebih efektif bukan sahaja dalam konteks hiburan, malahan urusan pejabat dan pendidikan.

Jika sebelum ini sebarang maklumat lanjut berkaitan aktiviti persekolahan hanya disampaikan kepada ibu bapa melalui surat rasmi dan perhimpunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), ibu bapa kini lebih memilih untuk menggunakan platfom atas talian seperti aplikasi ‘WhatsApp’.

Namun demikian, apabila ibu bapa lebih mudah berhubung dengan para guru, makin banyaklah ragam dan kerenah yang terpaksa dilayan.

Baca Artikel Berkaitan: Sekolah Sesi Petang Tamat Awal Pada Bulan Ramadan – KPM

Baca Artikel Berkaitan: Murid Yang Dipercayai Didenda Berjemur Tengah Panas Mungkin Jadi OKU

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Demi Nak Bantu Keluarga Kurang Berkemampuan, Peniaga Jual Baju Sekolah 3 Helai RM10

Ibu Bapa Tidak Peka Dengan Arahan Yang Guru Beri

Baru-baru ini tular di aplikasi X dan Thread tentang soalan-soalan yang diutarakan ibu bapa di dalam grup WhatsApp berkaitan sesi persekolahan anak-anak yang ‘menguji kesabaran’ para guru.

Sumber: X @fatyhaxx

Menerusi perkongsian tersebut, jelas menunjukkan bahawa guru berkenaan telah menghantar pesanan ringkas dan lengkap tentang ‘Pemakaian Baju Sepanjang Minggu 1 Bagi Tingkatan 1’.

Walau bagaimanapun, ada pula individu yang didakwa merupakan salah seorang ibu bapa dalam grup tersebut masih bertanya soalan yang terang lagi bersuluh sudah berjawapan.

Sumber: X @jannahahahaha
Sumber: Thread @ainsyhdh

Orang Ramai Persoal Kerenah Ibu Bapa Tentang Persiapan Persekolahan Anak

Berikutan perkongsian pengguna media sosial berkaitan isu ini, sesetengah masyarakat menyuarakan ketidakpuasan hati melihat respon yang diberikan oleh ibu bapa berkenaan dalam grup WhatsApp kelas anak-anak.

“The reason why kena biar admin je yang boleh send chat dalam group. Kalau parent nak tanya, PM personal pastu tak payah reply,” ujar netizen.

“Gila pemalas nak membaca. Semua benda nak kena suap,” kata pengguna X.

“Hahaha, naya. Sindrom orang tak membaca sebelum bertanya,” luah masyarakat.

Sumber: X @fatyhaxx

Baca Artikel Berkaitan: Bapa Teruja Anak Pinjam Buku Yang Sama Dipinjam Di Sekolah Pada 34 Tahun Lalu

Baca Artikel Berkaitan: Murid Kantoi Bawa Vape & Telefon Ke Sekolah, Orang Ramai Puji Ibu Benarkan Pengetua Ambil Tindakan

Baca Artikel Berkaitan: Bapa Dakwa Anak Didenda Melutut Depan Perhimpunan Kerana Pakai Kasut Sekolah Tanpa Tali


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd