“Macam Tu Je Digula-gulakan” – Gelagat Wanita Guna Audio YouTube Untuk Seru Dolphin Bikin Ramai Terhibur
Wanita dikenali sebagai Ekinyuka itu berkata dia bersama rakannya perlu menunggu hampir satu jam untuk melihat ikan lumba-lumba berenang di pulau Maldives.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Apabila melancong ke tempat orang, sudah tentu kita mahu merasai sendiri pengalaman lain serta unik yang tidak ada di negara ini.
Sebagai contoh apabila bercuti di Maldives, anda berpeluang untuk melihat ikan lumba-lumba jenis Bottlenose Dolphin dan juga Spinner Dolphin. Kebanyakan pulau di sana juga menawarkan lawatan untuk menyaksikan dolphin terbabit.
Kalau bernasib baik, dapatlah anda melihat haiwan bijak dan laju itu semasa matahari terbit atau terbenam.
Baca Artikel Berkaitan: Group Of Teachers In Sabah Help Stranded Dolphin Get Back To Sea [VIDEO]
Sekumpulan Rakan Tunggu Hampir Sejam Untuk Lihat Dolphin
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@ekinyuka) apabila seorang wanita dikenali sebagai Ekinyuka berkongsi pengalamannya melihat ikan lumba-lumba di depan mata sewaktu bercuti ke Maldives.
Namun peluang melihat dolphin tersebut bukanlah semudah yang disangka. Jelas Ekinyuka, dia bersama rakan-rakannya perlu menunggu hampir satu jam bagi melihat perkara itu.
Guna Audio Bunyi Dolphin Di YouTube Untuk Panggil Ikan Lumba-lumba
Dek kerana buntu menunggu, mereka akhirnya tampil dengan idea kreatif iaitu dengan memasang audio bunyi ikan lumba-lumba dari laman YouTube.
Siapa sangka bunyi berfrekuensi tinggi itu berjaya menarik perhatian ikan lumba-lumba tersebut.
Dalam video perkongsian, anda boleh lihat seekor dolphin mula munculkan dirinya. Lebih menarik perhatian, Ekinyuka sempat merakam saat ikan lumba-lumba itu berenang berlatarkan matahari terbenam. Memang cantik!

“POV: Bila kau nak jumpa dolphin di Maldives tapi dolphin tanak jumpa kau. Jadi kami panggil diorang (ikan lumba-lumba) dengan bunyi.
“Kami tunggu hampir satu jam dolphin tak nak keluar. Jadi kami ambil keputusan untuk guna audio daripada YouTube dan diorang muncul. Dolphin pun tertipu,” kata Ekinyuka.
Tambah Ekinyuka, ia adalah satu penantian yang tidak sia-sia.
@ekinyuka we wait for almost one hour tapi dolphin tak nak keluar so we decided to use youtube sound and diorang muncul. dolphin pon tertipu 🤣
♬ intro x chorus the night we met – ourfeelings🪐
Tonton video [DI SINI].
Ramai Terhibur Dengan Gelagat Sekumpulan Rakan Yang Menggunakan Audio Di YouTube
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai terhibur dengan idea kreatif yang difikirkan oleh mereka untuk memanggil ikan lumba-lumba. Segelintir individu berkata mereka menggunakan cara yang sama untuk menyeru haiwan lain.
“Saya pernah buat masa pergi Australia nak cari kanggaru dekat kawasan hutan. Asyik cari tak jumpa, pilihan terakhir buat macam ni juga. Sekali memang keluar 😂,” kata seorang pengguna TikTok.
Malah, ramai juga berseloroh selepas melihat sekumpulan wanita itu ‘scam’ dolphin berkenaan.
“Macam tu je dia digula-gulakan,” ujar seorang lelaki.
Sementara itu, seorang individu menjelaskan bahawa ikan lumba-lumba tersebut mula munculkan diri kerana mendengar bunyi getaran yang dihasilkan oleh YouTube.
“Sementara itu, seorang individu menjelaskan bahawa ikan lumba-lumba tersebut tidak memunculkan diri kerana mendengar bunyi getaran yang dihasilkan oleh YouTube”, kata seorang lelaki.


















Baca Artikel Berkaitan: Kenapa Ada Logo ‘Dolphin Friendly’ Pada Tin Tuna? Ini Sebabnya
Baca Artikel Berkaitan: Neelofa Dikritik Berenang Bersama Ikan Lumba Lumba
Baca Artikel Berkaitan: [Watch] Hundreds Of Dolphins Spotted Swimming In Melaka Straits
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.