“Comel Je!” – Gelagat Si Kecil Halau Ayah Balik Ketika Tunggu Di Luar Kelas Buat Ramai Geli Hati
Menerusi video tular, kelihatan murid lelaki itu sedang membuat mimik mulut yang meminta si bapa untuk balik.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Umum mengetahui, semua sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) baru-baru ini telah dibuka semula untuk sesi 2025/2026.
Buat murid yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah, sudah tentu pelbagai perasaan yang mereka lalui. Ada yang takut, teruja, sedih dan sebagainya.
Untuk golongan ibu bapa pula, sudah tentu ramai di antara mereka yang berasa khuatir melepaskan anak-anak ke persekitaran yang baharu. Risau juga jika si kecil tidak boleh menyesuaikan diri di sana.
Oleh disebabkan itu, ramai di kalangan ibu bapa dan penjaga yang datang dan menemani anak mereka sepanjang seharian berada di sekolah pada hari pertama.
Murid Baharu Minta Si Bapa Balik & Tidak Tunggu Di Luar Kelas
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@aliff4747), menyaksikan situasi di sebuah bilik darjah dipercayai kelas tahun satu.
Menerusi video perkongsian, kelihatan ramai murid sedang duduk di tempat masing-masing. Ada yang dilihat sedih, takut dan sebagainya. Sehinggakan ada murid yang dilihat perlu ditemani oleh si ibu hingga ke bilik darjahnya.
Pun begitu, ramai di antara mereka yang menunjukkan reaksi normal untuk seorang pelajar baru.
Namun lain pula situasinya apabila anak lelaki Aliff sangat berani jika dibandingkan dengan rakan-rakan yang lain.
Dalam klip tersebut, kelihatan anak Aliff meminta bapanya untuk balik. Lebih mencuit hati apabila si kecil itu hanya membuat gerakan mulut dan berkata, ‘Balik’ beberapa kali kepada si ayah yang sedang menunggu di luar.
Menurut si bapa dikenali sebagai Aliff, dia pada awalnya berasa gementar dan berdebar-debar untuk menghantar anak lelakinya itu di sekolah. Tetapi selepas melihat reaksi si anak, Aliff terus terhibur dan berasa lega.
Perkongsian ini nyata mendapat perhatian ramai selepas mencecah jumlah tontonan sebanyak 103,800 kali setakat artikel ini ditulis (18 Februari).
@aliff4747 suruh tungu X suruh balik ✅ alhamdulillah first day skoloh 😂
♬ Funny video "Carmen Prelude" Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)
Tonton video [DI SINI].
Ramai Terhibur Lihat Gelagat Si Kecil Yang Menghalau Bapa
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai turut terhibur melihat gelagat si kecil yang begitu berani dan meminta bapanya balik.
“Dia tak nak semua orang tahu dia anak mak tu,” kata seorang pengguna TikTok.
Malah ramai juga berkata anak mereka turut menunjukkan reaksi yang sama seperti anak Aliff sewaktu dihantar ke sekolah.
“Anak sulung saya macam ni la, hari pertama je dapat hantar masuk kelas. Hari kedua sampai pagar sekolah dia halau balik 😂 Masuk tingkatan 1 dah pun budak tu hari ni,” kata seorang wanita.
Sementara itu, segelintir individu turut memuji murid itu kerana pandai berdikari.










Baca Artikel Berkaitan: Gelagat Murid Kembali Ke Sekolah Cuit Perhatian Ramai, Siap ‘Flashback’ Momen Waktu Kecil
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Netizen Keras Perut Gelak Tengok Gelagat Pelajar Sekolah Bawa ‘Skeleton’ Naik Motosikal
Baca Artikel Berkaitan: Dah Macam Pengetua, Gelagat Mak Cik Kantin Bagi Taklimat Kepada Pelajar Baharu Raih Pujian [Video]
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.