[Video] Individu Kongsi Barang Terlarang Yang Dibawa Ke Konsert, Siap Ada Roti Buku & Limau Mandarin!
Antara barangan lain yang dilarang dibawa masuk ke konsert Cigarettes After Sex itu termasuklah botol air, gula-gula dan payung.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Jika anda biasa ke konsert, pasti sudah tahu bahawa terdapat barang yang dilarang dibawa masuk ke ruang acara termasuk botol air, makanan dan rokok.
Namun masih ada juga pengunjung konsert yang membawa barangan dilarang, sama ada secara sengaja mahupun tidak.
Barangan ini kemudiannya akan disimpan oleh pihak penganjur dan diletakkan di luar ruang konsert, sebelum boleh diambil semula oleh pengunjung.
Baca Artikel Berkaitan: “Sanggup Tahan Lapar Macam Ni” – Nuget 2 Ketul Berharga RM5 Di Konsert Dua Lipa Jadi Perhatian
Baca Artikel Berkaitan: Kenapa Kena Pakai ‘Ear Plugs’ Kalau Pergi Konsert? Ini Sebabnya
Baca Artikel Berkaitan: KKD Arah Penganjur Konsert Sediakan ‘Kill Switch’ Jika Berlaku Aksi Tak Senonoh
Botol Air, Roti & Limau Antara Yang Cuba Dibawa Masuk Ke Konsert
Satu hantaran di TikTok (@whothefack) baru-baru ini berkongsi situasi barangan rampasan yang disusun di atas meja di luar kawasan konsert.
Seperti yang biasa berlaku di konsert lain, kebanyakan barang larangan yang dibawa ialah botol air. Bukan setakat botol air plastik, tetapi terdapat pelbagai jenama botol termasuklah Tupperware!
Namun ada juga beberapa barang yang lain daripada yang lain seperti bungkusan makanan segera, popcorn dan gula-gula. Siap ada sebuku roti dan sebungkus limau mandarin!
Kelihatan juga banyak payung yang ditinggalkan kerana tidak boleh dibawa masuk ke dalam konsert.
Tonton video [DI SINI].
Orang Ramai Terhibur Lihat Pengunjung Bawa Roti & Limau Ke Konsert
Menjengah ke ruangan komen, ramai pengguna media sosial yang turut tertarik dengan sikap pengunjung konsert yang membawa sebuku roti dan sebungkus buah limau.
Seorang individu turut berkongsi dia pernah melihat pengunjung membawa dua bungkus ayam gepuk ketika ke konsert. Macam-macam!
Dalam masa sama, ada juga yang mempersoalkan mengapakah botol air dan gula-gula tidak boleh dibawa masuk ke konsert.
“Tak faham kenapa tak boleh bawa masuk gula-gula. Kita dah sing along kadang hujung-hujung tekak dah perit,” kata seorang pengguna TikTok.
Beberapa individu telah menjelaskan botol tersebut mungkin akan diisi dengan minuman beralkohol atau cecair berbahaya seperti asid, manakala gula-gula pula boleh ditukar dengan dadah terlarang dalam bentuk pil.
Malah seorang lagi berkata terdapat bekas gula-gula yang boleh menyebabkan seseorang menjadi suspek apabila ditahan di sekatan jalan raya kerana sering digunakan untuk menyimpan barang terlarang.
Di samping itu, seorang pengguna media sosial memuji tindakan pihak penganjur yang menyusun barang larangan tersebut mengikut kategori dan memudahkan pengunjung.











Ada Konsert Yang Benarkan Pengunjung Bawa Botol Air
Walaupun rata-rata konsert tidak membenarkan botol air dibawa masuk, namun ia bergantung kepada pihak penganjur juga.
Seperti ketika konsert Coldplay di Malaysia pada 2023, pengunjung konsert bagi kategori tempat duduk boleh membawa botol air dan mengisi air di tempat disediakan.
Namun ia tidak dibenarkan bagi pengunjung konsert di kawasan berdiri atas sebab keselamatan.
Selain itu, terdapat juga perkara lain yang dilarang untuk dibawa ke konsert termasuklah sepanduk atau kain rentang yang terlalu besar, tripod kamera, kamera profesional dan beg yang terlalu besar.
Oleh itu anda diingatkan agar merujuk kepada senarai Do’s & Don’ts yang disediakan oleh pihak penganjur terlebih dahulu sebelum hadir ke mana-mana konsert.
Baca Artikel Berkaitan: Konsert Coldplay Di Malaysia Terima Jumlah Penonton Paling Ramai Sepanjang Siri Jelajah Dunia
Baca Artikel Berkaitan: Ujian Air Kencing Sebelum Konsert Tak Praktikal, Perlu Ambil Pendekatan Lain – KARYAWAN
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Laungan Azan Maghrib Dimainkan Di Tempat Konsert Cetus Perdebatan
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.