Now Reading
“Takkan Masuk Hotel Baru Nak Pakai Kemas” – Lelaki Kongsi Baju Sesuai Untuk Majlis Rasmi

“Takkan Masuk Hotel Baru Nak Pakai Kemas” – Lelaki Kongsi Baju Sesuai Untuk Majlis Rasmi

Menurut lelaki dikenali sebagai Que, dia memberi pandangan bahawa baju t-shirt dan dan baju jenis jersi adalah tidak sesuai dipakai ke majlis rasmi seperti kenduri kahwin.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap kali majlis berlangsung, sudah tentu tuan rumah atau pihak penganjur mahu acara berjalan dengan lancar.

Bagi tetamu pula, antara perkara yang perlu dititikberatkan adalah etika pemakaian ketika hadir ke majlis tersebut. Namun masih ramai bertindak memakai pakaian sesuka hati yang tidak bersesuaian dengan majlis.

Sebelum ini, seorang jurugambar meluahkan rasa tidak senang apabila wujud segelintir kaum lelaki yang hanya memakai selipar ketika menghadiri majlis persandingan.

Katanya, momen yang dirakam itu akan disimpan oleh pengantin sebagai kenangan. Justeru ia akan kelihatan tidak sedap untuk dilihat pada pandangan mata. Jelasnya lagi, tetamu tidak perlu memakai pakaian yang mewah tetapi yang bersesuaian dengan kenduri itu.

Baca Artikel Berkaitan: “Kena Hormat Majlis” – Jurugambar Tegur Tetamu Pakai Selipar Ketika Hadir Kenduri Kahwin

Baca Artikel Berkaitan: Pemuda Sebak, Bapa Sanggup Beli Kasut Terpakai RM8 Untuk Hadiri Konvokesyen [Video]

Lelaki Kongsi Pakaian Perlu Dielakkan Jika Terima Jemputan Majlis Rasmi

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila seorang lelaki dikenali sebagai Que (@quetalk24) berkongsi antara pemakaian yang tidak sesuai dipakai di mana-mana majlis rasmi sebagai contoh kenduri kahwin.

“Yang pertama tolong jangan pakai t-shirt (tak berkolar). Tak kisah la kalau ia berjenama, LV (Louis Vuitton), atau Fendi ke sebab dia nampak sangat-sangat tak profesional.

“Tolong jangan pakai baju jenis jersi. Tak kisah rekaan dia lawa ke atau tak,” kata Que.

Untuk sarung kaki pula, Que menasihatkan orang ramai supaya mengelak daripada memakai sandal atau selipar.

Sumber: Pexels

Pakaian Yang Sesuai Dipakai Ketika Majlis Rasmi

Sebaliknya, terdapat beberapa pilihan lain yang boleh dipakai sewaktu majlis rasmi untuk kelihatan lebih rapi (presentable).

Antaranya adalah seperti:

  • Kemeja
  • T-shirt berkolar
  • Kemeja Mandarin kolar
  • Jeans atau slack (seluar panjang)
  • Kasut seperti kasut kulit atau loafer

Selain daripada baju-baju yang disenaraikan, team TRP berpendapat mungkin anda boleh menggunakan baju-baju formal seperti batik, atau pun baju Melayu lengkap.

Sumber: Emmer Zecna/Pexels

Menurut Que, terdapat beberapa kepentingan untuk memakai pakaian yang kemas ke majlis sebegitu.

“Contoh kita pergi majlis kahwin, kita pakai cantik dan kemas. Yang pertama sekali sudah semestinya tuan rumah tidak akan rasa malu jemput kita sebab kita hormati majlis tu.

“Yang kedua kita sentiasa nampak baik. Jadi orang tak malu untuk approach (dekatkan diri) dan borak dengan anda. Sebab kita tak tahu dekat sana (majlis rasmi) mungkin ada orang yang tengah mencari salesman, ada orang yang cari rakan niaga,” kata Que.

Penampilan Rapi Beri Tanggapan Pertama Yang Baik Kepada Orang Lain

Tambah lelaki tersebut, cara mudah untuk memberikan tanggapan pertama yang baik pada diri sendiri adalah dengan menjaga penampilan masing-masing.

“Kebanyakan orang percaya perkara yang dilihat berbanding dengan apa yang didengar. Jadi tolong berpakaian kemas, tidak kiralah kenduri kahwin tu dekat rumah atau dewan. Tak perlu tunggu dekat hotel pun baru korang nak berpakaian kemas.

“Kita tak tahu bila kita dapat dan di mana peluang (sebagai contoh hal kerja) tu akan datang kepada kita. Bila kita tak tahu bila peluang tu nak datang, kita cipta peluang tu sendiri,” katanya di akhir perkongsian.

@quetalk24 ALWAYS DRESS WELL ! #saleshumor #selfimprovement #salestips #mentalhealthmatters #entrepreneur #dresswell #dresswellfeelgood ♬ original sound – QUETALK

Tonton video [DI SINI].

Ramai Setuju Bahawa Pemakaian Kemas Adalah Penting Untuk Majlis Rasmi

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai bersetuju dengan pandangan Que tentang pemakaian yang kemas di majlis formal.

“Topik ni memang menarik. Saya banyak kali pergi majlis orang yang jemput. Saya pakai pakaian kemas kemudian perkenalkan diri sebagai ejen, syukur saya dapat client berpangkat Datuk,” kata seorang lelaki.

Malah ramai juga berkata pemakaian yang kemas ke majlis rasmi ini adalah bagus bagi meningkatkan keyakinan diri di khalayak ramai.

“Sejujurnya kadang-kadang muka tu tak seberapa tapi kalau kemas, wangi, auto handsome. Dress well bukan kena pakai baju mahal-mahal pun. Cuma kemas dan sesuai dengan majlis, bukan untuk puaskan orang, tapi ni salah satu benda yang boleh tingkatkan keyakinan diri,” ujar seorang wanita.

Dalam pada itu, segelintir individu turut berkata mereka mempunyai alasan tersendiri untuk tidak berpakaian elok ke majlis rasmi.

“Bukan tak nak pakai tapi kalau pergi majlis-majlis kahwin dekat kampung ni, rasa macam jadi alien sebab semua orang pandang pelik kalau dress well,” kata seorang netizen.

Sumber: TikTok (@quetalk24)

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm FacebookTwitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd